10 Steps Skincare Routine ( Korean Style) II

10 Steps Skincare Routine ( Korean Style) II

Assalamualaikum dan terima kasih admin sebab siarkan confession aku yang semalam dan terima kasih juga kalau confession kali ni pon di siarkan.

Tujuan aku buat confession kedua ni sebab nak bagi feedback kat kawan-kawan yang tanya kat komen. But, first of all, aku nak confess yang aku ni suka tengok drama korea, bukan fanatic, hanya certain drama especially yang kelakar dan romantic comedy type je yang aku tengok. Cerita korea sedih-sedih aku tak tengok sebab aku tak larat nak nangis. Nangis untuk diri sendiri je laa pon dah cukup hahaha. So, bila tengok pelakon drama korea ni muka semua macam kulit telur, aku banyak buat research pasal dorang. Yes, kebanyakan dorang memang buat plastic surgery, yang mana buat la, ada yang tak buat memang tu kecantikan asli dorang, tapi dorang tak tukar satu muka tu dengan plastic, dorang just enhance-kan dorang punya face figure tu contohnya mata buat kelopak mata, hidung ada batang pastu ada mancung kat hujung, dagu dorang naikkan or kikis jawline kasi tajam runcing. Tapi, kulit tu masih kulit asli yang bernafas macam kulit kita.

So, macam mana dorang jaga? Salah satu nya 10 steps skincare routine ni. Ada je pelakon korea yang berperang dengan masalah jerawat/acne yang teruk tapi yang tu nanti aku cerita macam mana dorang tutup flaw dorang tu sementara waktu. Selain routine ni, faktor lain adalah penjagaan makanan dorang. Orang korea kalau perasan banyak makan sayur, 60% dalam hidangan dorang ada sayur terutama bila dorang makan samgyeopsal ataupon bibimbab. Kalau tak minat korea pon still boleh google gambar dua makanan ni. Maaf kalau untuk korang yang bukan peminat korea tapi walaupon korang tak minat drama korea, korang still boleh amek tips cantik dari dorang kan. Heeeheee.

Ok, now move on untuk soalan-soalan korang. Aku baca satu-satu komen korang dengan gigih juga tapi aku jawap yang mana aku tahu laa yer. Tak nak jawap semua bajet tetiba aku expect sedangkan aku pon masih belajar pasal benda ni setahun dua so nanti ajaran sesat, aku pulak yang dosa. Kita sama-sama belajar ok. Oh, banyak jugak tips lain yang aku dapat kat komen so terima kasih pada yang share tips tu.

1- Feminine Wash kat muka
Okay, kalau baca confession aku sebelum ni, aku hanya mentioned untuk siapa yang ada jerawat batu sahaja, which muka yang break-out yang teruk sampai keluar nanah, boleh cuba pakai feminine wash. Pastu, bila nampak jerawat tu macam dah kering, baru lah pakai cleanser biasa. Kalau korang ada muka yang setakat naik jerawat pasir ke apa ke, pakai cleanser biasa. Kaedah ni bukan aku yang cipta, aku pon banyak buat research camne nak hilangkan jerawat teruk so banyak orang bagi tips suruh cuba ni. Then, bila buat menjadi, so aku share kat korang. Orang yang bagi tips tu pon kebanyakan dorang share lepas muka dorang ok. Ada yang consult dari doctor, then doctor sendiri suruh pakai feminine wash tu sampai jerawat batu hilang then baru tukar to mild cleanser. Please, kalau muka dah ok, pakai cleanser biasa. Pastu, aku minta maaf kalau sebelum ni aku buat korang confused dengan tip ni. Yelah, rosak muka anak orang, siapa nak ganti? Nak ganti dengan muka aku sah-sah korang tak nak hahhaha aku bukan Song Hye Kyo kekekke.

2- Cetaphil bagus cuma depend on certain orang
Macam yang aku cakap sebelum ni, aku tak berani nak suggest certain product kat korang sebab lain orang lain jenis kulit. Percaya atau tidak, KULIT AKU JENIS BERMINYAK. Dulu aku pernah pakai cetaphil lepas tengok member pakai cetaphil flawless nak mampos. Tapi bila aku pakai habis sebotol, muka aku start naik jerawat lagi banyak. So, cetaphil tu tak sesuai dengan aku tapi sesuai dengan kawan aku. Siapa yang dah beli cetaphil, pakai laa sampai habis dulu, then tengok. Kalau rasa ada perubahan elok, teruskan. Kalau tak, stop. Macam aku sekarang end up pakai pencuci muka susu kambing beli kat kedai jamu je bhahahhahha. Rupanya muka aku taknak yang mahal nak yang murahan je. Aigoooo.

3-Face Sheet Mask
Dah ada orang share kat komen sebelum ni, tapi hari tu saya lupa nak bagi satu tip lagi pasal sheet mask ni. Yes, I know sheet mask ni mahal tak berbaloi nak invest untuk pakai setiap hari. So, apa saya buat? Saya beli compressed sheet mask dekat watson jenama Watson. Dia ada 15 pieces dalam paket tu harga RM5 je. Apa itu compressed Sheet Mask? Dia sheet mask kosong yang belum letak apa-apa solution, dia kering je. So, kita sendiri yang balik rumah kena buat potion tu. Okay, contoh potion yang boleh dibuat untuk rendam sheet mask tu adalah:
Rendam uncang green tea dalam sedikit air panas, sikit je jangan banyak macam nak minum. Bila sejuk, masukkan pati aloe vera kat dalam tu kacau sampai sebati pastu masukkan compressed sheet mask tu kat dalam tu. Compressed sheet mask ni akan kembang dan terbuka sikit bila kena dengan air so biarkan dalam 5 minit baru amek letak kat muka. Bentuk dia sama dengan sheet mask yang kita beli kat kedai ada lubang kat mata hidung mulut semua tapi dia padat compressed kan jadi ball so senang laaa nak rendam kat mana-mana pon. Bawak pi travel pon senang. Cuma korang kena kreatif korang nak rendam dalam potion apa. Tu je. Then sheet mask pakai dalam 15-20 minit sahaja jangan lebih nanti muka jadi kering. Pakai selepas pakai serum supaya serum tu boleh teresap sekali masa pakai sheet mask. Rujuk confession sebelum ni. Kenapa eye-cream dan moisturiser pakai selepas sheet mask sebab dua barang ni texture atau zarah dia lagi kasar so dia amek masa nak meresap berbanding serum yang halus terus masuk kat kulit. Okay?

4- Brand apa sesuai untuk kulit berminyak
Macam yang aku mentioned kat atas tu, aku jenis kulit berminyak. Percayalah dulu kalau keluar kena panas atau berpeluh, makcik jual goreng pisang pon nak amek aku jadi anak angkat sebab minyak free je tak payah beli. Muka masha allah, melekit. Dah laa dengan cuaca kat Malaysia ni subhanallah, Allah maha berkuasa dia buat iklim khatulistiwa panas sepanjang tahun kecuali musim hujan dan jerebu. tapi, bila aku buat routine steps ni, muka aku boleh adapt je even guna bahan-bahan yang oil based punya. Maybe juga muka aku jenis cap ayam so Extra Virgin Olive Oil tu pon aku boleh buat as make up remover. Lagi satu, pakai face oil or serum yang oil-based tak akan kasi muka korang berjerawat. Garden of eden tu memang oil-based punya tapi bila pakai, jangan risau, dia tak akan bagi muka korang lagi jerawat. Muka aku jenis oily tapi bila pakai jerawat makin kecut then muka makin elok. Tapi, untuk skincare yang lain, suka aku ingatkan, korang memang kena try and error. Dulu aku pakai Safi balqis jenis gamat punya teruk naik jerawat, elok tukar yang manggis punya hilang je jerawat, padahal yang gamat tu lah yang sebenarnya untuk jerawat. So, aku tak leh nak bagitahu korang apa brand atau specific product untuk muka korang, harap maklum.

5- Foundation, BB Cream dan CC Cream
Okay, ketiga-tiga benda kat atas ni ada lah barang make-up, bukan skincare product. Foundation adalah alas bedak, maksudnya sebelum pakai bedak compact tu pakai dulu foundation untuk tutup cela yang mana ada. Satu masalah foundation ni adalah dia melekit dan crack (merekah + bertompok) kat muka bila kita berpeluh atau pakai lebih dari 6 jam. Sebab most of foundation adalah oil-based. Kalau nak cari foundation, cari yang water-based, mostly brand korea. Salah satunya brand Innisfree Smart Liquid Foundation. Bila korang berpeluh, dia tak berminyak, instead dia keluar peluh tu macam air which is tetiba muka tak berminyak tapi glowy. Boleh google review product ni kat youtube ataupon blog. Aku pakai ni so far aku suka sebab orang tegur kulit flawless bila make up pegi kenduri. kuikuikui. BB Cream pula adalah Blemish Balm ataupon Beauty Balm. Dia upgrade dari foundation sebab dia ada SPF dengan anti-aging sekali. Tujuan dia mostly untuk tutup redness kat muka seperti hidung dan bahagian pipi bawah mata. Sesuai untuk wanita bawah 25 tahun dan tak sesuai untuk atas 25 tahun. Orang yang ada pores yang besar kat muka dengan oily skin pon tak sesuai dengan BB Cream sebab nanti lagi jelas pores tu nampak. CC cream pula adalah Complexion Correction Cream ataupon Color Correction Cream. Dia ada moisturiser, ada SPF yang lagi tinggi dari BB Cream dan anti-aging properties. Orang-orang berusia sesuai pakai CC Cream sebab dia complexion correction. Yang mana ada garis halus ke cela ke sesuai sebab texture dia lagi ringan dari BB cream dan dia bagi lebih coverage. CC Cream yang bagus ni kebanyakan dari europe dan korang boleh skodeng kat sephora harga beratus memang boleh buat muka flawless macam Miranda Kerr tu.

6- BB Cream Cushion / CC Cream Cushion
So dah paham kan apa beza BB dgn CC kan. Now masuk bab korea plak. So, korea ni dorang banyak evolusikan skincare dengan make up dorang, so instead of bawak foundation BB or CC dalam bentuk liquid tiub tu, dorang buat dalam bentuk cushion. Tu yang korang duk tengok dorang duk dap -dap kat muka pastu flawless tu. Actually, muka sebenar orang korea ni takderlaa flawless tahap dewa, dorang still ada flaw such as acne dan tona tak sekata juga. Tapi, dorang guna BB or CC Cream Cushion ni tutup cela dorang. Jenama terbaik korea setakat ni untuk BB or CC Cream Cushion ni Laneige laaaa. Dia memang bagi coverage lawa giler tetiba pakai muka korang flawless pi mana ntah jerawat tu. Tetiba muka jadi Song Hye Kyo. tapi satu problem kita rakyat Malaysia ni adalah kulit kita jenis warna tak sama dengan korea punya orang. Kita banyak kuning langsat dan sawo matang, so nak cari tona warna dri brand korea tu payah. Muka dah coverage elok tapi check tangan dengan muka warna tak sama payah juga.

7- Lip Balm kat bahagian mata yang berkedut
Untuk tips ni, make sure lip balm korang perisa neutral ataupon madu ke shea butter ke, bukan perisa strawberry ataupon manggis. Bhahahha. Aku pon satu main tulis je kesian nanti muka korang ada perisa pulak hahhaha. Aku dapat tip ni memang dari orang korea sendiri. Dia duk tengok aku duk belek-belek eye cream tapi sampai ke sudah tak beli. Hahahhaa korang paham kan, tengok harga hurmm baik gi beli KFC kuikuikui. Typical sangat. So, dipendekkan cerita borak-borak ( ni untung tengok drama korea reti la sepatah dua bahasa korea kekeke) pastu dia bagitahu alaaa pakai je lip balm kat mata tempat yang rasa nak naik wrinkles tu. Effect sama je cuma lip balm ni dia lambat sikit laa bertindak. Dia sendiri pon buat benda sama. Dia cakap eye-cream memang mahal so tu salah satu cara nak jimat. Aku dah pakai dari 2 tahun lepas sampai sekarang baru betul tukar kepada eye-cream, sepanjang pakai lipbalm tu memang takder lagi garis halus kat tepi mata. Nak test tahu camne kita ada wrinkles, cuba senyum untuk lima saat pastu stop, so kalau garis yang ada masa kita senyum tu stay kat muka kita, maksudnya muka kita dah ada garis kedut/wrinkles. So, dah boleh start pakai eye-cream kalau tak nak jadi camtu. huhuhu.

8- Hermo.com or Althea.com tu apa?
Ni adalah website membeli belah secara online seperti Lazada ataupon 11street tapi kat sini semua barang make-up dengan skincare sahaja. Dua website ni memang jual product yang original dari negara keluaran masing-masing. Althea.com hanya jual product korea sahaja dan kena beli lebih dari RM99 baru dapat free shipping. Hermo.my ada range product dari Malaysia, Korea, Taiwan dan Jepun dan kalau beli dua barang or lebih, harga postage takder. Dia kira free shipping. So, kalau nak tahu harga range product Laneige ke Inninfree ke or any product yang aku mention dalam confession ni atau pon confession yang lepas, boleh tengok kat dua website ni. Harga dia beza dengan kat kedai kat Sunway pyramid ke dekat Mid Valley ke jauh lebih murah sebab sentiasa ada sale. Barang setakat ni jangan bimbang product dorang diperakui original dan authentic.

9- Apa local brand yang bagus kalau tak mampu nak pakai brand mahal
Aku boleh suggest secara kasar la, barang kat Watson dengan Guardian tu kebanyakan bagus. Contoh Nano White, Clinelle, Safi Rania Gold dan Simpysiti. Product-product ni kebanyakan based on korea dan jepun jugak, so kalau tak mampu nak pakai betul-betul jenama korea, boleh cuba ni. Aku boleh suggest sebab aku pernah pakai product ni semua then semua ok. Cuma yer laa, bila dah buka online shopping pastu jumpa brand korea harus laa tangan gatal nak click beli yang korea brand punya. Aku pon kumpul duit 2-3 bulan jugak sebelum nak beli product brand korea ni so dont worry kita sama je kawan-kawan. Yang mana mampu kita beli, kalau tak mampu kita krik-krik je okay. Yang penting, kita follow 10 steps routine tu.

10- Lepas pakai toner, serum atau face oil kena tampar muka
Jangan tampar macam korang nak bagi pelempang tapi cukup setakat tap-tap guna hujung jari je. Tujuan dia untuk kasi peredaran darah lancar pastu toner atau serum yang kita letak tu cepat dan senang meresap kat dalam kulit. Sebab tu kalau tengok drama korea dorang pakai toner ke serum ke dorang akan tampar muka dorang. Teknik ini juga boleh menjadikan muka lebih awet muda, berseri-seri dan glowing. Macam cakap tadi la, bila darah lancar, kira muka pon elok la.

Aku harap, penerangan aku ni boleh bantu korang kalau tak banyak pon sikit pon jadi laa. Tu pon kalau korang baca sampai habis hahhahha. Panjang weh aku menaip. Stop pakai product that can harm your skin. Aku adore Song Hye Kyo tu sebab dia awet muda, so start dari tu aku cuba cari jalan macam mana nak awet muda juga. kahkahkah. Sesuatu sangat. Dorang memang start dari umur 20 an lagi penjagaan muka so that bila korang umur 30 an pon muka still macam 20 an. So, kena jaga dan prevent dari awal laa so that kita pon sama dapat kulit sehat dan lawa bila berusia. Yer, ada orang memang Allah bagi kulit semula jadi flawless tu kira nikmat yang jangan didustakan laa, tapi bagi kami yang muka berhuhuhu ni kena laa ada effort lebih sikit. Tak ada orang yang tak cantik, hanya ada orang yang malas sahaja. Statement macam nak kena lempang kan aku ni . Okay guys, harap korang istiqamah buat ni jangan give up. Kalau tak cukup duit, ikhtiar buat DIY punya barang, jadi kreatif. Guna barang-barang sedia ada kat dapur pon boleh, petua kat google pon banyak sekarang.
Semoga gadis-gadis Malaysia makin cantik dan lawa, aminnn. Ahnyeonghi gyeseyo ahgase.

– Seorang Ahgase

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments