10 Steps Skincare Routine (Korean Style)

10 Steps Skincare Routine (Korean Style)

Assalamualaikum. Thanks to admin jika confession aku ni disiarkan.

Sebenarnya semenjak aku komen dekat satu page kat IIUM confession ni pasal Korea 10 Steps Skincare Routine ramai juga yang pm minta tips. Tapi disebabkan nak terangkan kat sorang-sorang satu persatu agak panjang sebenarnya so depa suruh aku buat confession kat sini. Yang mana kenal, kenal laa hahahaha. Harap rahsiakan fb aku sebab aku tak flawless lagi macam Song Hye Kyo nanti ramai pulak kecam. Agak-agak buat korean skincare routine tapi tak flawless pon? Mampos aku nak jawap soklan gitu. Saya pon baru mula setahun dua. Orang korea tu dah start lama dah cara skincare gitu. So, benda organik natural ni lambat laa kesan dia. Harap maklum.

Tapi tak salah kalau kita nak cuba kan, sebab semenjak aku buat routine ni, condition kulit aku bertambah baik. Kulit muka dah tak kusam, muka agak-agak glow in the dark, pastu yang best jerawat dan parut jerawat makin kurang. Aku jenis yang tak make up sangat, keluar rumah pon tak pakai bedak ke apa, kecuali jika ada kenduri kahwin atau pon event je.

oh sebelum tu, suka aku ingatkan, aku akan listkan product yang aku guna kat dalam ni. Korang boleh ikut depend on korang punya kemampuan kewangan korang sebab aku pon tak kaya nak spend banyak duit kat skincare je. So, aku cari jalan macam mana nak jimatkan duit tapi still follow steps dia. Senarai harga barang boleh tengok dekat Hermo.my kat situ kadang-kadang ada sale pastu beli 2 barang free shipping so untung weh. Barang murah pos pulak free heeehhee.

Step 1: Double Cleansing
Pakai oil cleansing atau pon micellar cleansing water untuk buang lapisan pertama make up anda. Kalau yang tak pakai make up pon kena buat double cleansing juga sebab kadang-kadang pelembab muka kita pon boleh sebabkan pori tersumbat. Jadi kena betul-betul cuci muka bersih-bersih. Dulu sebab tak mampu nak beli kat kedai punya, so aku guna je Extra Virgin Olive Oil yang kat dapur tu letak kat atas telapak tangan pastu gosok seluruh muka. Teknik ni dipanggil minyak menarik minyak. Mungkin muka aku jenis cap ayam jadi guna minyak olive oil kat dapur pon berkesan. Tapi lepas tu ada duit sikit aku beli Garnier Micellar Cleansing Water. Letak atas kapas pastu tekap kat muka untuk buang make up. Kalau ada duit, boleh beli terus oil cleansing contoh jenama Innisfree ataupon Nature Republic. Aku try sample dua jenama ni bagus. Try sample je laa mampu nak beli tak mampu lol.

Step 2: Foam cleansing/ water based cleanser
Step ni baru pakai apa jenis pencuci muka yang korang duk pakai sekarang. Aku pakai sabun susu kambing je pon. Dulu pakai sabun susu beras tapi stok habis pakai laa susu kambing pulak. Tak kesah jenama apa pon pencuci muka korang, teruskan je pakai asal sesuai dengan kulit korang. Tak payah beli mahal-mahal, kita nak follow step je, bukan semua nak pakai brand korea. Kalau yang jenis ada jerawat batu, korang boleh try pakai feminine wash kat muka. Korang selalu promote Cetaphil kan, sebenarnya cetaphil tu pH dia rendah, sama juga dengan feminine wash kita. Tapi feminine wash ni lagi berkesan sebab dia bunuh bacteria sekali kat muka, hence, no jerawat anymore. Aku pakai ni alhamdulillah jerawat tak naik kecuali once a month. Aku akan pakai sabun susu kambing time malam, pagi-pagi pakai feminine wash jenama Lactacyd tu.

Step 3: Exfoliate
Exfoliate ataupon scrub ni nama lain dia buang daki atau sel kulit mati kat tubuh kita. In this case, kat muka laa kan. Kita kan tiap-tiap hari pakai or letak benda kat muka, even cuci muka dua kali sehari pon belum tentu daki atau kulit mati tu hilang betul-betul. Jadi, exfoliate/scrub ni elok untuk buang sel lama yang dah mati pastu baru laa sel baru tumbuh balik dengan elok nya. Bila scrub please kawan-kawan jangan tonyoh kuat-kuat muka serius muka anda akan calar. Scrub muka anda kena jadi selembut yang boleh. Kita tonyoh daki tak semestinya kena kasar, sebab dalam scrub atau exfoliater tu dah ada biji-biji kasar yang tolong bantu sel lama tu keluar. Just gosok sama je macam anda cuci muka okay. Saya pakai jenis St Eves Apricot Scrub Rm15 kat guardian/watson. Kadang-kadang lepas minum teh saya simpan uncang dia buat scrub juga kat muka. Kalau kat umah anda ada olive oil, campur olive oil tu dengan serbuk kopi halus ataupon gula perang, pastu jadi laa scrub. Sebenarnya yang jenis bahan kat dapur ni lagi selamat dan best dari kat kedai. Sila cuba. Oh, lepas scrub sila cuci muka bersih-bersih balik ye. Kalau guna minyak olive oil, sila buat step ni sebelum Step 2. Kalau pakai St Eves punya, sila buat after Step 2. Step ni hanya di buat 3 kali seminggu sahaja bukan setiap hari. Kalau tak nanti kulit korang kering dan rosak sebab setiap hari duk exfoliate. Ingat tu.

Step 4: Toner
Toner ni kalau dalam korean skincare memang wajib, sebab tu dorang evolusikan toner ni dari pakai yang guna kapas sampai laa sekarang tap-tap je kat muka tak pon spray terus. Dulu orang complaint kalau pakai toner kena ada kapas, so sekarang, memang tak payah kapas pon. Toner ni penting untuk tutup balik liang pori kat muka kita lepas kita cuci muka pastu dia balancekan pH kat muka kita balik. Saya guna Laneige Fresh Calming Toner. Saya beli dekat Hermo yang sample/travel size je untuk try product Laneige. Kalau korang tak mampu nak beli mahal, boleh pakai yang murah takder hal. Dulu saya buat sendiri toner saya, saya rebus kelopak bunga ros yang mak tanam kat depan rumah sampai kelopak tu bertukar warna jadi pucat dan kaler putih. Tapis buang kelopak ros tu pastu rebus sikit lagi dalam seminit untuk kasi pekat sikit. Masukkan dalam botol spray pastu spray je kat muka jadi toner. Kalau nak simpan lama, letak dalam peti sejuk, time nak guna masha allah segar, sejuk dan wangi. Tapi toner buatan sendiri ni boleh bertahan seminggu je sebab betul organik dengan natural kan so tak boleh simpan lama-lama. Pastu kena tahan bebel mak sebab bunga ros depan umah selalu takder. hehehe. Jangan risau kalau tak mampu kewangan yang penting kreatif. Pakai safi balqis ke Syahirah ke tak kesah pon yang penting cari yang sesuai dengan kulit.

Step 5: Treat with Essence/ Emulsion
Kalau brand korea depa memang ada jual ni. Tapi benda ni mahal, so kalau korang ada ni korang pakai laa selepas toner. Saya takder so saya skip/gabung ke step 6.

Step 6: Serum/ Face Oil
Serum ni ada yang jenis gel ataupon face oil. Ikut laa yang mana korang ada. Serum ni dia lagi pekat dan hebat dari moisturiser sebab tu kena pakai sebelum moisturiser. Saya pakai serum Garden of Eden. Garden of Eden tu korang boleh beli ikut mana sesuai dengan kulit korang, sebab dia ada banyak jenis. Saya pakai Grape-E sebab saya nak anti-aging nye effect. Kalau korang risau jerawat, korang leh pakai Rosa-T nye. So far, Garden of Eden punya brand ni sangat bagus serius tak tipu. Korang boleh rasa perubahan kat muka korang lepas pakai ni. Dia agak pekat dan berminyak sikit tapi dont worry, yang ada jerawat pon boleh pakai sebab tahap minyak dia tu best bukan oily yang boleh goreng kat dapur punya. Dulu saya buat sendiri jugak face oil saya. Saya rendam bunga ros dalam olive oil selama dua minggu or lebih, tapis pastu pakai minyak tu tiap-tiap malam sebelum tido. Memang muka tak kusam dan makin okay. Pagi-pagi make sure bersihkan muka elok-elok, tu je penting.

Step 7: Face Mask Sheet
Step ni hanya untuk yang pakai facemask jenis sheet punya. Kalau korang pakai mask jenis yang nak kena cuci balik seperti madu ke kunyit ke, sila pakai sebelum Step 2 or Step 3. Okay, kenapa lepas sapu serum bagai kena pakai sheet mask time ni? Bagus betul tanya soalan camni hhahaha. Okay, sheet mask ni orang invent sebab, kalau kita pakai benda kat muka, hanya 70% je yang betul-betul lekat kat muka, lagi 30% tu meresap kat udara ke kat merata-rata. So, bila pakai sheet mask ni, kulit kita takder pilihan, nak tak nak kena serap jugak apa yang ada kat sheet mask tu sebab dah tempek kat muka. So, sekaligus, apa yang kita pakai sebelum sheet mask tu pon akan teresap sama dengan kandungan benda dalam sheet mask tu. Hebat kan? Hebat sangattttt. Sheet mask saya tak kesah brand apa, saya pakai je. Kalau ada sale beli murah-murah saya beli je. Selalu kat SASA ada jual sale rm20 untuk 10 keping so RM2 sekeping tu murah dah laaa. Kalau mampu pakai laa tiap-tiap hari, kalau tak macam saya pakai tiga kali seminggu bila time saya buat exfoliate je.

Step 8: Eye-Cream
Orang korea depa muda umur 25 tahun pon depa dah start pakai eye-cream. Sebabnya depa nak prevent wrinkles yang kat mata tu awal-awal. Kalau tengok pelakon korea, kebanyakan dorang kat mata memang takdak kedut even dah umur 40 tahun. Sebab depa muda-muda dah pakai eye cream ni. Aku pakai ni sebab ari tu dapat sample eye-cream pastu nak merasa camne pakai benda ni. Kalau korang rasa nak pakai, pakai laa. Aku tak beli yang betul normal size lagi, aku cuba sample je dulu. Product bagus untuk eye-cream ni Laneige dengan Safi Rania Gold tu. Aku memang akan cuba sample dulu pakai tengok brand mana ok, pastu baru beli ikut kemampuan dan fungsi. Aku rasa aku mampu beli Safi Rania je laa kot bhahahha Laneige mahal siot. hahhahahaa. Dulu sebelum pakai product betul, aku belajar satu tips dari orang korea, dia cakap kalau tak mampu pakai eye-cream mahal, pakai je lip balm kat bahagian mata yang wrinkle tu. So, memang aku guna teknik tu je dulu. Tapi, sebab nak try betul punya eye-cream aku pi laa mintak sample dari yang branded ni.

Step 9: Moisturiser/Pelembab
Pastikan betul-betul pelembab bukannya day cream atau pon krim kecantikan. Pelembab tujuan dia nak kekal kan kelembapan kat kulit kita. Kalau nak yang best pilih yang jenis gel, kalau tak jenis creamy pon boleh. Saya pakai Laneige Time-Freeze Intensive Cream, ni untuk anti-aging juga. Saya beli dekat Hermo travel size/sample size punya sebab yang normal size tu beratus harga dia huuhuhu. Sebelum ni saya pakai Innisfree Green Tea Seed Cream tak pon Safi Balqis je hehehe. Tak kesah brand apa yang penting ada pelembab. Saya tak boleh nak direct suggest terus jenama apa yang bagus sebab lain orang lain kulit kan. Kalau pelembab sekarang dah bagus untuk kulit korang, teruskan jangan bazir. Yang penting follow step je.

Step 10: SPF untuk siang, Sleeping mask untuk malam
Step ni step terakhir. Untuk waktu siang, akhiri routine anda dengan SPF ataupon sunblock, pastu baru pakai make up. Jangan pakai primer or foundation dulu baru nak pakai sunblock. Sunblock kena pakai BEFORE make up okay. Sebab kalau tak nanti dia tak function pon kalau pakai after make up. SPF ni wajib sebab kalau tak sia-sia step yang korang buat kat atas tu, Sebab faktor utama kulit kusam dan jeragat adalah sebab tak pakai SPF kat muka. Direct je matahari terus masuk kat kulit. So, mulai hari ni sila pakai yer kawan-kawan. Saya pakai jenama korea A’pieu Pure Block Suncream beli dekat Hermo masa offer Rm20 je. Sunblock paling murah dan best terbaik setakat ni pernah jumpa. Jenama ni pernah dapat award kat korea utk pilihan orang ramai sebagai sunblock terbaik.
Kalau malam pulak, kalau korang ada sleeping mask, boleh pakai sleeping mask selepas pakai moisturiser tu. Sleeping mask ni mask berbentuk gel yang kita akan pakai dari malam sampai waktu pagi subuh. Dia akan lock semua kelembapan kat muka kita untuk stay sampai pagi. Bila bangun pagi je nak cuci muka solat subuh rasa macam sentuh kulit baby lembut giler. Jenama Sleeping mask yang bagus brand korea adalah Innisfree dengan Laneige. Ada juga yang lain tapi sebab aku belum cuba jadi aku tak berani nak suggest. Aku hanya akan bagitahu brand yang aku pernah try je. Korang boleh pegi dekat Hermo.com pastu survey kat situ brand apa yang korang rasa korang mampu dan suka. Tapi benda ni mahal kalau rasa tak mampu, pakai setakat moisturiser je pon tak pe. Aku paham, sebab aku pon tak mampu. Cuma jenama branded ni, beli sebotol memang mahal, tapi tahan 4-5 bulan kalau aku. So, kira nak keluarkan duit awal-awal tu sakit laa tapi bila pikir balik tahap kegunaan dia untung jugak sebab 4-5 bulan kan.

So habis dah laa 10 steps ni. Mesti korang ingat 10 steps ni kena buat hari-hari kan. Tak. Tak pon. Dia ada 10 steps tapi kita buat depend on keperluan kita untuk hari tu. Ingat, step exfoliate tu buat hanya 3 kali seminggu bukan tiap-tiap hari okay. Step 10 SPF pakai siang, sleeping mask pakai malam. Perlu di ingat, buat 10 steps ni kena rajin dan istiqamah pastu kalau jenis yang tak sabar nak lawa routine ni bukan untuk korang. Benda ni makan masa. Sama juga macam nak kurus. Kalau betul nak kurus yang sehat kan amek masa. Kalau nak express nak cepat buat crashed diet cepat kurus, cepat laa juga gemuk balik. Skincare pon sama, kalau nak cepat flawless pakai krim kilo, cepat nampak perubahan tapi cepat juga muka rosak. Slow-slow lawa takpe. Song Hye Kyo dulu pon takder laa lawa giler macam sekarang, masuk umur 30an baru dia makin lawa nak mampos. Hahahaa ayat nak sedapkan hati. Tapi kalau jerawat naik sekali sekala tu bersyukur laa juga, tanda nya anda masih manusia, dan kulit anda berfungsi sehat macam biasa. Dia buat keluar toksik tak elok melalui jerawat so tanda dia buat keje. Jerawat juga tanda anda masih muda. Pernah tengok nenek umur 60 ada jerawat? Takder kan? So, kalau ada jerawat tu korang muda lagi laa tu. hahahha.

Kalau ada yang tak paham ke or ada yang nak tanya ke, nanti komen aku baca insha allah aku jawap dalam conffesion ke dua. Kalau takder soalan, aku stop sampai sini je laa. Okay, have a good day and thank you.

– Seorang Ahgase

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments