4 Tahun Belajar Benda Yang Tidak Disukai

In the name of ALLAH.

Aku seorang pelajar yang biasa- biasa . Baik dari segi akademik mahupun kokurikulum . Tidaklah terlalu cerdik ataupun bodoh . Orang kata sedang – sedang je. Walau macam manapun , setinggi kesyukuran aku lafazkan pada Tuhan yang telah memberikan aku beribu nikmat sehingga aku adalah aku !

Perjalanan hidupku nampak begitu mudah. Tapi tipulah manusia tidak pernah diuji kan ? Aku pernah menangis, putus asa dan pernah rasa betapa diri ini banyak kekurangan. Tapi aku pilih untuk tetap kuat selagimana aku punya Allah . Bunyi macam cliche kan ? Haha well, inilah gaya budak sekolah agama . Actually tidak . Ini adalah gaya mereka yang sentiasa yakin dengan Allah. Bukan nak tunjuk baik, tapi sebab nak ajak yang lain untuk sama-sama mengagungkan Allah.

Berapa ramai pada hari ini yang berusaha dan berdoa tapi lupa akan konsep tawakkal . Kalau itu adalah anda, amatlah rugi! Yakinlah bahawa Allah punya hak keatas sesuatu . Bila seorang hamba merintih pada Tuhan , pasti Tuhan dengari. Cuma bagaimana cara Tuhan tunaikan hasrat hambanya, itu adalah rahsia yang penuh dengan kenikmatan. Terpulang pada kita untuk bersyukur atau sebaliknya .

Perjalan sarjana muda aku adalah sebagai mahasiswa Bahasa Arab dan Komunikasi .Bahasa Arab guys ! Bagi mereka yang gemarkan Bahasa Arab , pastinya itu sesuatu yang menarik . Tapi berbeza dengan aku. Kerana aku tahu sejauh mana kemampuan aku dalam Bahasa Arab .Bahasa Arab aku taklah teruk mana . Tapi sebab bukan minat aku . Empat tahun aku belajar dalam keadaan yang aku sendiri tak ada minat . Tapi kau tahu macam mana aku boleh survive sepanjag empat tahun ni? Dengan assignment , presentation, report , semuanya in Arabic . Kadang-kadang tu rasa nak menangis . Sebab aku ni hati tisu . Haha . Tapi itu permulaan la , sebab aku masih ada kawan-kawan yang bantu bila aku jatuh , demi Allah jasa kalian aku tak kan pernah lupa .Dan yang paling best, aku ada abang dan kakak yang sangat supportive. Nikmat Allah itu, semuanya indah subhanallah.

Bila orang tanya kenapa ambil Bahasa Arab kalau dah tak minat , satu je jawapan aku , maybe sebab doa mak kot . Aku senyum lebar-lebar . Tahu kenapa jawapan aku macam ni? Semenjak dari lepas SPM lagi mak aku doa biar dapat masuk universiti then ambil bahasa arab. Tapi Allah maha kuasa, belum rezeki aku untuk dapat tawaran IPTA. Aku sambung STAM. Habis je STAM, aku sambung degree di salah sebuah IPTA . Sungguh Allah punya kusa keatas sesuatu , program sarjana muda aku dalah Bahasa Arab dan Komunikasi . Kau tahu, mak akulah orang yang paling gembira . Sebab doa dia Allah makbulkan. Dan aku? Aku turuti hajat mak dan bersangka baik dengan kerja tuhan.

Setiap benda yang aku buat, memang aku tak kan lupa untuk akhiri dengan tawakkal . Sebab aku lemah .Pergantungan aku sepenuhnya pada Allah . Even lepas habis je jawab exam, aku duduk doa sungguh sungguh then aku serah semua pada Tuhan. Tapi kau jangan lah nak harap lebih kalau usaha pun tak seberapa kan.

Akhirnya, perjalanan sarjana muda aku akan tamat hujung November tahun ini. Alhamdulillah sebab Allah permudahkan urusan aku . Dan aku tahu, bahawa banyak doa orang sekeliling aku yang mengeringi pengakhiran sarjana mudaku. Aiceh! Baru degree dah feelling lebih lebih kan. Haha . Biarlah, sebab orang tak tahu apa yang aku hadap sehinggalah aku sampai sejauh ni. Apa yang orang nampak semuanya indah. Kau tahu, belajar benda yang kau tak minat ni perlukan persediaan yang lebih . Nampak macam no point kan, tapi tulah benda yang kena ambil tahu. Kalau kau sedar kau tak seberapa nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, kenalah sediakan persediaan yang double. Barulah tak tercicir jauh sangat . Kau bukan tak mampu tau . Cuma bukan kemahiran kau, tapi benda boleh belajarkan . why not push sikit diri tu. Baru diuji macam ni dah nak mengalah ? tolonglah. Benda macam ni tak sepatutnya berlaku .

Kalau kau ambil kos Bahasa Arab ni, tak adalah teruk mana. Bukan sebab senang tau , tapi banyak benda menarik kau akan belajar. Dan kau akan mula sedar betapa istiewanya Bahasa Arab ni. Percayalah. Dengan bahasa , kau boleh kuasai dunia tau . Siapa yang kata belajar arab ni simple je . Oh Please , kalau nak belajar basic perbualan tu mungkinlah . Tapi untuk jadi mereka yang alim dalam bidang ni, ambil masa ya tuan-tuan.

Habis je degree terus aku tinggalkan bidang bahasa arab ni? Oh tidak . Alhamdulillah sekali lagi Allah kasihkan aku . Dia pilih aku untuk sambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang bahasa dan sastera arab. Sementara tunggu konvo, baik aku pi tadah ilmu kan . Aku sambung master bukan sebab tak dapat kerja . Tapi memang tu cita-cita aku . Macam yang aku cakap, aku masih tak ada minat dalam bidang ni . Tapi Alhamdulillah sebab Allah kurniakan aku kesabaran dalam belajar dan mudah untuk menerima ilmu baru. Bukan nak cakap yang aku ni cepat pickup tau . Sebab ada masa aku ni blur .Tapi tulah, ada je jalan yang Allah bantu. Apa-apa pun niat nak tuntut ilmu tu kena sentiasa refresh.

Aku masih tercari-cari akan hikmah disebalik aturan ini. Yela, bahasa arab aku tidaklah sehebat rakan-rakan yang lain. Tapi Tuhan masih izinkan aku untuk belajar dan kuasai bidang ni . Sekali lagi aku serahkan semuanya pada Tuhan . Apa yang penting, jangan pernah buruk sangka pada Tuhan. Siapa kita untuk menilai kerja Dia .

Doakan aku. Doakan agar perjalanan master aku dipermudahkan . Entah berapa tahun penamatnya, biarlah berakhir dengan kegembiraan. Kita masih boleh belajar benda yang kita minat dengan cara yang lain. Bukannya semua benda belajar perlu ada minatkan? Adakalanya bermula dengan paksaan, kemudian kita akan lebih menghargai. PHD? Aku ada impian untuk sambung, tapi aku tak pasti sejauh mana kekuatan aku untuk sambung dalam bidang yang sama. Tapi walau macam mana pun aku akan tamatkan benda yang aku mulakan .

Terima kasih sebab sudi baca cerita aku yang suam-suam kuku ni .Haha . Harap dalam suam-suam ni, kau dapat ibrah dan benda benda yang manis. Sebab aku jenis yang tak suka tinggalkan bena-benda pahit ni. Aku tulis ni pun, kebetulan otak tengah serabut nak hadam journal . Itu sebab aku mengarang . Nak hilangkan stress . Haha .

Ingat, Kita biasa dengar nasihat untuk jaga hubungan baik dengan manusia dan Allah , tapi kita selalu lupa untuk bersangka baik dengan kerja Tuhan. Bila sampai satu tahap kau betul-betul down, sabar dan solatlah.

p/s : sampai sekarang aku tak faham kenapa masyarakat kita, bila dengar je orang tu ambil bahasa arab, terus dia nak tanya bab feqah la, aqidah la . Sebenarnya budak bahasa arab ni, pengkhususan mereka lebih pada bahasa . Bukan semua bab agama kami mahir . Kalau nak kepastian, rujuklah mereka yang lebih alim dalam bidang mereka. Bereh ?

Sekian,
Budak Lughoh .

– budak lughoh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit