6 Tahun Depression

Assalamualaikum wbt,

Tertarik nak buat confession dekat sini since lately banyak confession berkaitan dengan depression. Aku salah seorang yg mengalami depression ni. Untuk pengetahuan korang, aku masih lagi dalam rawatan. Aku tak sedar aku mengalami depression pada mulanya. Tahun ketiga baru aku sedar yg aku depressed. Apa yg aku hadapi selama tiga tahun tu, aku tertekan, selalu resah, tak happy, asyik nangis. Tapi disebabkan aku still belajar lagi, aku tak ambil peduli sangat tentang depression. Aku ingat bila aku betulkan fikiran aku, buat apa yg baik, depression aku akan hilang. Rupanya tak hilang. Setiap kali apa aku buat dan hasilnya negatif, aku akan automatik jadi down.

Setiap kali down, aku konon2 bagi semangat kat diri sendiri, share masalah kat kawan2 pun aku gelak2 (sebab nak cover yg aku tengah sedih. Aku tak suka tunjuk yg aku sedih) acah kuat la kiranya ni. Kelemahan aku, aku tak pandai nak open up perasaan aku yg sebenar kat orang. Aku tak pandai nak nangis kat kawan2 aku. End up, aku nangis sorang2, pendam perasaan tu sorang2. Makin banyak masalah, makin banyak yg aku pendam.

Tahun keenam, lagi banyak masalah yg timbul. Bertubi2 kejadian pahit yg berlaku. Tak sempat pulih drpd satu malapetaka, datang lagi yg lain. Sampai satu tahap aku kena panic attack. Masa ni aku dah kerja. Masa kerja aku terganggu, tengah2 kerja tu aku menangis, aku hilang fokus, sedih sepanjang masa, aku rasa give up nak hidup, hari2 fikir nak bunuh diri.

Selepas kejadian panic attack tu, aku terus consult dengan doktor klinik panel company yg aku berkerja. Aku cerita daripada A to Z apa yg jadi kat aku. Apa aku rasa. Perasaan sedih, rasa hopeless, rasa worthless, dan rasa give up nak hidup. Klinik akan provide surat rujukan tuk hospital yg kau pilih. Dapat surat tu, aku terus rujuk klinik psikiatri, dapatkan appointment dgn psikiatri. Kat sini la bermula perjalanan rawatan dengan psikiatri dan psikologi. Doktor psikiatri diagnose aku dgn adjustment disorder with depression. *Boleh google. Masalah mental ni banyak sebenarnya. Anxiety disorder, ocd, etc. *Aku bagi contoh yg aku tahu je

Aku still dalam rawatan. Ya, memang perasaan malu tu ada. Tapi aku buat tuk aku. Aku penat nak hidup dalam keadaan sedih. Aku nak jadi normal macam orang. Luaran nampak aku kuat, nampak aku normal, tapi emosi dan mental aku tak stabil.

Yg sudi baca confession ni, terima kasih aku ucapkan. Aku minta maaf jugak kalau ayat aku tunggang terbalik. Dah lama tak menulis panjang2 gini. Aku tak ceritakan masalah aku secara details. Aku cuma bagi gambaran secara umum jela. Confession aku ni pun sekadar sharing kisah hidup aku. Macam mana permulaan nak consult doktor tuk dapatkan surat rujukan psikiatri. Hospital aku pergi ni government. Aku takde duit nak pergi swasta.

Siapa2 yg ada simptom2 kemurungan tu, better pergi check. Aku pendam lama2, sedih lama sangat, end up setiap kali aku stress, tekanan darah aku naik. Aku start migraine, sakit dada dan susah nak tidur.

Alhamdulillah aku ada kawan2 yg supportive. Yg sentiasa ada dengan aku. Yg tak putus2 support aku. Buat korang yg ada masalah depression, go and seek for help. You are not alone.

– Odette

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit