A and B, You Choose, God Decides

A and B, You Choose, God Decides

Kepada yang baca cerita aku ni, aku just nak mintak pendapat dan motivation dari korang untuk naikkan semangat aku yang dah tahap negative dah ni.

Sejak tadika lagi aku memang minat belajar. Dari darjah 1 aku aim nak dapat nombor 1 je dalam kelas. Aku pernah jadi the only one yang dapat straight As dalam trial exam PMR. Form 4, aku masuk sekolah budak pandai. Aku penat belajar, rebelled, bosan dengan budak2 nerd and decided untuk enjoy. Dalam kelas aku tidur. So aku flunked habis form 4. Naik form 5 aku taubat. So aku dapat maintain straight As dari UPSR sampai SPM. Tapi even straight As pun result aku boleh dikatakan cikai kalau compared dengan yg besusun A+. Sebab A+ aku 3 je and ada 1A-.

Time ni aku da start rasa down dengan diri aku. Membe2 aku ramai dapat masuk IB dan A-level (with scholarships to study abroad). Tapi aku dapat offer untuk belajar dalam negara je. Aku redha.

Aku masuk foundation dan aku dapat 4 flat. Aku takdelah pulun sangat, tapi as you all know foundation (asasi/matrik) memang senang, tak sesusah IB etc. Dengan guna result foundation aku tu, aku dapat scholarship untuk study abroad for my degree dengan course yg aku nak, which is pure science. At the same time, aku dapat offer buat medic di local uni juga bersama scholarship.

Mata aku dah dikaburi dengan offer dari overseas uni, so aku reject local uni. 3 tahun aku kat luar negara memang sakit. Aku pulun nak mati pon still didn’t get an A. Aku punya struggle tu tak payah cite la kan. Siapa yang study area UK or US faham la kot. Dan akhirnya aku grad jugak dengan result yang hancur, second lower degree. (Tapi alhamdulillah tak pernah failed). Time ni aku dah rasa aku salah pilih jalan hidup. Time ni aku dah rasa menyesal sebab tolak offer medic eventhough aku tau aku tak boleh go dengan pharmacology and anatomy (sebab aku fikir medical students dapat secure kerja dengan kerajaan lepas grad, with of course under terms and conditions). Aku rasa menyesal pergi overseas sebab result degree aku barai. Aku rasa mcm wasted gila dapat perfect score dari UPSR sekali kantoi time degree.

Aku balik Malaysia dan apply macam2 jenis kerja. Tapi takde yang sangkut. Sebab course aku low demand kat Malaysia dan bertambah pulak dengan result aku teruk. Again aku rasa bangang gler sebab tak buat background research pasal courses ni dulu. Nak apply PTD pon tak lepas. Lama aku menganggur. Aku buat kerja ajar tuition centres, volunteer internship, RA, nursery etc. Bila tengok kawan2 semua dah kerja besar, aku lagi rasa down. Sekarang aku kerja kerani kat law firm haha.

Aku teringin nak buat degree course lain sebab aku yakin otak aku belum karat dan boleh pergi lagi. Aku taknak sambung masters dalam bidang aku sebab aku nampak lebih banyak cons daripada pros. Also, aku nak challenge diri aku sendiri, mampu tak aku dapat dekan kat local uni. Sebab mindset aku dari kecil lagi, nak excel dalam bidang akademik. Tapi bila fikir masalah tuition fees, subsistence, umur yg meningkat, nak kumpul duit nak kawen lagi, aku batalkan niat murni tu.

Aku bersyukur sebab aku dapat apa yg orang lain tak dapat. Tapi somehow aku tak puas hati dengan pilihan hidup aku. Aku rasa loser. Especially bila dengar sedara2 bawang cakap pasal aku. ‘Belajar jauh2 sekali kerja kerani je, gaji tak sampai 2k’.

Aku share story aku sebab aku depressed. Aku bukan nak brag, tapi aku straight forward. Aku nak mintak pendapat apa yang perlu aku buat sebab aku macam dah takde goal dah sekarang ni. (I know our ultimate goal is to be abid dan khalifah, tapi ni matlamat hidup yang selain tu). I don’t know what I’m good at. Try buat business tak jalan, leadership skill takde, communication skill so-so, social skills not too bad (but I’m quite an organised person though and independent). Aku nak kerja yang stable. Yang boleh expand my mind and challenge my limits. After all, aku tau it’s all about rezeki and aku tau rezeki aku belum sampai lagi. So guys, masuk wrong way kau boleh uturn lagi, tapi kalau salah pilih jalan hidup, memang devastated la cite dia kan.

Ok that’s it. Thanks sudi baca. Lepas korang kutuk tu selitkan sekali advice k. Mana la tau kot2 bila korang advise, semangat aku naik balik. Thanks guys!

– BroKeSis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments