Abah tikam belakang

Assalamualaikum.

Belakangan ini, banyak pula post post berkenaan poligami di timeline aku. Terasa terpanggil, untuk share pandangan dan pengalaman aku. Aku juga mangsa poligami. Kenapa mangsa? Aku tak cakap ia tak elok, jauh sekali menidakkan hukum Allah. Sebab itu jugalah, aku tak menidakkan hukum Allah untuk manusia berlaku adil dan baik sesama manusia. Hence, this confession. Mari bercakap tentang situasi poligami yang aku hadapi. Sisi baik (sekali lagi, aku tak menidakkan) kita tak sentuh dalam post ini, okay? Thank you.

Mangsa poligami. Bukan aku yang diduakan, tapi mak aku. Tapi wallah, terlalu besar kesannya pada kami adik-beradik. Kami tersepit dalam situasi yang turut menjadikan kami mangsa ini.

Abah, seorang abah yang baik alhamdulillah. Bila berpeluang, kami selalu solat berjemaah. Abah kerap outstation. Bila balik, abah rajin bersembang dengan anak-anak. Ceria, banyak celotehnya. Tapi dengan mak, abah sangat berbeza. Suaranya tinggi, sinis, endah tak endah, acuh tak acuh, pandang pun mahu tak mahu je. Kedua-dua mak abah aku kelihatan sudah tawar hati sungguh sesama sendiri. Entahlah, kadang aku terfikir, mereka bertahan sebab kami, sebab anak-anak. Perit.

Aku tak tahu mana silap mak aku. Silap abah aku, entahlah, abah aku ni baik. Baik sangat. Tapi bilamana dia kahwin dua, terus tertutup hati aku akan semua kebaikan abah. Susah, susah sangat.

Aku bagi analogi untuk korang. Kau bayangkan perasaan ibu ayah yang dapat tahu anak dara/teruna nya yang belajar jauh dari kampung, tup tup dah bertahun-tahun bercinta tanpa memberitahu ibu ayah. Nak kahwin baru beritahu. Ibu ayah ni, lagi lagi anak dara, tipu kalau tidak ada sedikit resah dan kerisauan akan tempoh bertahun-tahun yang dirahsiakan itu. Hantar anak jauh jauh ingatkan anak belajar, bercinta pula. Korang bayangkan faktor ini saja lah. Tak perlu fikir jauh, zaman dah berubah ke ibu ayah tak kisah ke anak pandai jaga diri ke, tak payah dulu, susah lah gitu. Haha. Okay sekarang bayangkan abah korang. Tup tup kata nak kahwin, mesti banyak persoalan kau. Dengan siapa, mana kenal, kenapa, sejak bila. Macam macam lah. Dan segala macam persoalan yang menyesakkan dada dan kepala kau sendiri. Makan hati je kau sendiri. Btw, abah aku takda pun tup tup kata nak kahwin. Tup tup dah kahwin ada lah. Parok.

Sorry lah panjang pulak. Nak ceritanya kat sini. Yang bila abah kahwin, aku jadi hilang respect. Sebab abah bukan jenis yang boleh bawak bincang. Haha mimpi jelah. Berapa kali entah bergaduh dengan mak dulu pasal isu orang ketiga ni. Makcik pakcik aku cuba talked him out pun kelaut jadinya. Abah buat tak tahu je. Yang pedih lagi tu, dengan kitorang, buat macam takdahal. Bukan aku nak suruh abah rasa bersalah, tapi dah kalau depan mata kau dia boleh cakap dengan mak kau pandang hujung mata je, siapa tak sakit.

Kami lima beradik ni tahan hati je. Kami tegur, tapi begitu sajalah. Ibarat angin lalu. Sudahnya, kami juga jadi mangsa. Tersepit dengan rasa hormat dan bersalah sendiri. Nak melawan, derhaka pula. Tapi nak sayang, ya rabb susahnya. Sampaikan sekarang abah aku nak cakap dengan aku pun aku susah sangat nak pandang. Marah, benci, geram, semua lah. Marah kat abah, tapi marah kat diri sendiri juga buat abah begitu. Nak nangis je rasa. Dia punya sakit dekat hati tu literally sakit lah weh tak tipu. Kitorang adik beradik tak bercakap pasal ni, tapi aku tahu masing masing struggle dengan benda yang sama. Kitorang, kalau nampak adik beradik yang lain terbiadab dengan abah, mesti marah. Walhal dalam hati masing masing juga marahkan abah. Sama juga bila nenek, pakcik, makcik pandang serong dan cakap belakang pasal abah sebab kahwin dua dan abaikan hak mak (kami bukanlah keluarga senang, abah obviously tak mampu untuk berlaku adil, proven dah pun), aku jadi marah, walaupun aku juga setuju dengan mereka. Senang cerita, orang lain buat abah begitu, kami marah, sedang kami sendiri tak mampu buat yang lebih baik dari itu. Kami sendiri biadab, derhaka, payahnya bila dah tawar hati ni.

Aku tak benci abah aku teruk teruk. Aku benci perbuatan abah tu. Korang kena faham, aku jadi benci, jadi marah, sebab aku sayang. Aku ada expectation dekat abah aku. Dan bila abah hancurkan expectation tu, itu yang jadi sakit tu. Aku tak nak bakal suami aku lihat aku susah nak layan abah begini, aku tak nak anak anak aku nanti lihat aku biadab dengan abah sendiri. Tapi entahlah, mungkin korang yang mengalaminya faham situasi aku.

Konklusi dia. Pertama, fikir lah panjang wahai laki laki. Kau kaya nak perbanyakkan zuriat, sedang zuriat sedia ada kau sekarang kau abaikan. Kau cari bahagia, tapi kau seksa perasaan anak bini kau. Isn’t that a selfish thing to do? Percayalah, esok lusa, kau sendiri yang terseksa. Bila macam cerita aku lah, hilang respect dan sebagainya.

Keduanya, aku takkan give up inshaAllah. Buat yang berada dalam situasi yang sama macam aku, teruskan perjuangan kalian. Allah kira segala usaha kau. Slowly pujuk hati sendiri, pujuk hati semua ahli keluarga kau. Banyakkan doa. Jadilah anak yang soleh dan solehah. Jangan jadi macam aku. Aku secretly percaya dalam hal aku ni, time won’t heal, tapi aku juga percaya Allah tu maha besar. Siapa tahu kan. Aku akan terus mencuba.

Terakhir, aku pohon doa korang untuk aku, untuk keluarga aku, dan untuk semua yang membaca confession ini, moga kita dalam rahmat Allah sentiasa.

Penat tulis panjang. Wassalam.

– Kakchik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit