Abang dan kekecewaan

Abang dan kekecewaan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera warga iiumc.

Harini saya nak mencerita kan tentang perangai seorang abang dan juga kekecewaan ibu bapa. Saya ada dua orang abang, biar lah saya perkenalkan mereka sebagai abang A dan abang B. Harini saya nak cerita pasal abang A. Abang A dah di perhujung 20-an, tapi, masih belum berkahwin, sebabnya dia seorang yang homoseksual, kitaorang satu family tahu yang dia homoseksual, dan kitaorang kenal pasangan dia. Tapi kenal tak bermakna kitaorang setuju dengan perhubungan itu, malah, mak dan ayah saya sebaik mungkin cuba untuk cari kan pasangan hidup untuk abang A. Tapi abang A masih belum terbuka hati untuk terima seorang perempuan dalam hidup dia. Dan benda yang lebih mengecewakan ialah dia tengah berbahagia dengan pasangan dia ( M ). Dan susah untuk halang hubungan diaorang sebab abang A dan M duduk di KL dan kami jauh. Abang A cuma balik rumah hujung minggu. Tu pun kadang kadang.

Masalah kekecewaan mak dan ayah saya jadi bila, abang A mula mencuri dekat tempat kerja lama, bukan jumlah yang sedikit, puluh ribu jumlahnya. Duit yang dia curi tu kitaorang tak tahu lah dia guna untuk apa. Tapi, kantoi dengan boss lama. Dan boss lama dia tengah process menuntut hutang dia dengan cara minta daripada saya. Sebab saya pernah buat part time dekat tempat kerja lama abang saya tu. So, boss ada lah contact number saya. Abang A terus sepi, tak angkat phone calls daripada boss lama, dan meninggalkan beban kat saya. Tapi saya ni masih seorang student di sebuah ipta. Saya macam dapat satu tekanan. Ibarat macam kena kejar ahlong. Dan tekanan tu tak boleh dipendam. Saya luah kan apa yang saya hadap kat mak dan ayah.

Tapi hari demi hari, kekecewaan mak dan ayah makin bertambah bila tiba tiba lawyer drpd bank call mak ayah sebab abang A ada hutang dengan bank, dan hampir di blacklist. Saya boleh rasa kekecewaan mak dan ayah makin hari makin bertambah, sebab diaorang asyik fikir, abang A berhutang untuk apa. Bukannya abang A tak ada kerja. Abang A seorang engineer. dan tak kahwin lagi. Kitaorang syak dia tanggung makan pakai rumah pasangan dia. Sebab tu duit tak pernah cukup, mula mencuri dan berhutang.

Kalau nak cakap pasal kekecewaan mak dan ayah saya ni, abang A banyak buat benda yang mengguriskan hati mak ayah saya. Dia menipu, dia suka tinggi suara bila cakap dengan mak dan ayah. Malah dengan abang B dan saya pun jadi tempat dia lepaskan marah. Abang B dan saya memang tak suka bercakap dengan abang A, dia suka marah dan mengarah kitaorang. Kadang kadang bila dah kerap sangat kena marah, abang B dan saya melawan juga. Tapi kadang kadang kitaorang senyapkan je. Bila melawan di kata kitaorang kurang ajar.

Banyak lagi perangai abang A yang buat mak ayah kecewa. mak ayah macam dah takde selera nak makan, asyik murung je semenjak kebelakangan ni sebab fikir kan perangai abang A. Abang A cuma menambah beban dan hutang kepada mak dan ayah. Mak dan ayah terpaksa bayar balik hutang hutang dia. Mak ayah sudah 50 lebih. Tapi kena tanggung hutang anak. Yelah anak kan, buruk macam mana pun tetap sayang.

Mak ayah pun ada kata, yang lepas ni dia tak mengharapkan abang A untuk jaga diaorang bila dah tua nanti. Tapi mengharap kan abang B dan saya untuk jaga diaorang. Jelas yang diaorang dah cukup kecewa dengan perangai abang A.

Saya nak minta pendapat warga iiumc.
1. Boleh ke saya sebagai adik nasihat kan abang A?
2. Patut ke kitaorang paksa abang A kahwin dengan pilihan keluarga ?

Terima kasih warga iiumc dan admin sebab post kan confession saya.

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments