Ada Apa Dengan iPhone?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf jika ada individu yang tak selesa dengan confession saya ni dan tujuan saya tulis ni bukan lah untuk merendahkan mana2 pihak ataupun individu, tetapi sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati dan ingin meminta pendapat dari anda sekalian. Terlebih dahulu izinkan saya perkenalkan latar belakang diri saya; saya seorang penggemar dan pencinta teknologi, saya mengikut perkembangan teknologi semasa dan selalu baca artikel dan tengok video berkenaan teknologi. Dalam erti kata lain, saya ni tech geek/enthusiast, tech savvy, power user dan seangkatannya. Ingin saya ingatkan yang ada banyak term dan instilah2 yang saya gunakan dalam confession ni yang mungkin anda kurang faham jika anda seorang tech illiterate/buta IT, jadi abaikanlah post saya ni sekiranya anda kurang berminat dengan dunia teknologi.

Sepanjang hidup saya dah bermacam2 jenis phone saya pernah guna, dari symbian Nokia, Motorola dan Sony Ericsson, ke smartphone pertama saya – Blackberry Z10, diikuti Android (Nexus) dan terkini, Apple iPhone. Saya tak berkesempatan memilik Windows phone sebab market share yang menjunam dan hampir nazak. Terus terang saya cakap, antara 3 jenis smartphone berlainan platform ni, Blackberry Z10 dan Blackberry OS 10 paling saya gemari dan tetap dalam hati sampai bila2 (kenangan sentimental) walaupun senasib dengan Windows phone, yang dah secara rasminya pupus dek ditelan Android dan iOS. Setahun pakai Z10, saya beralih arah ke Android walaupun pada mulanya tak berapa minat dengan sistem operasi Android ni. Saya cekalkan hati dan beli Android phone, model dari Nexus series. Sebelum beli saya buat research dahulu dan tujuan saya pilih Nexus adalah kerana ianya line dari Google sendiri, syarikat yang develop Android dan berdasarkan review memang Nexus jadi pilihan kebanyakan tech enthusiast sebab pure (stock) Android bermaksud tiada skin dan bloatware (software bundle yang tak penting pre-installed) dan optimization dari Google. Phone ni tak dijual secara retail di Malaysia, tapi saya cekalkan hati beli new import set online dengan setahun warranty dari seller.

Ingat lagi masa mula2 pakai Android, perkara pertama yang saya perasan adalah perbezaan ketara UI dan interface OS itu sendiri. Masa tu phone dah siap2 pre-installed Android KitKat, memang saya tak berkenan dengan design UI Android dan rasa macam downgrade lepas berhijrah dari Blackberry. Beberapa bulan kemudian datang update Lollipop, dengan major overhaul dari segi design, Google perkenalkan antaramuka (interface) material design yang sehingga kini diguna pakai oleh Android dan jadi design UI asas Android Oreo. Material design adalah titik permulaan minat saya dengan Android, dengan interface colorful dan ‘lively’, rasa seronok bila guna apps yang dah update ke material design. Dan apps di Google Play jauh lagi banyak dari Blackberry World (sekarang ni dah pupus agaknya). Bila jumpa kawan2 ramai yang pelik sebab tak pernah tengok model phone saya, dikelilingi Sony Xperia, Lenovo dan Samsung, saya terangkan pada mereka yang phone saya ni memang rare, tak dijual di negara ni dan cuma golongan enthusiast je yang pakai. Masa ni iPhone belum popular lagi, ramai yang pakai Samsung S4 mini & Sony Xperia Z. Saya belek2 phone Android member lain, dan dalam hati terdetik yang betapa slownya phone Android diorang ni, tak smooth dan responsif macam phone saya, system freeze dan slow sebab tiada optimization dari Google. Sama seperti iPhone, smartphone Android Nexus dan Pixel (pengganti model Nexus), direka kedua-dua software dan hardware nya oleh Google. Bila Google, syarikat yang develop Android lancarkan sesuatu phone, phone itu biasanya lebih optimize software di dalamnya berbanding phone Android lain. Common sense kan, sebab tuan punya OS tu lebih arif dan pakar mengenai sistem operasi mereka itu sendiri dari syarikat2 lain. Ikut pandangan saya skin yang paling hampir dengan kekemasan dan kelajuan phone stock android dari Google adalah Oxygen OS, skin yang diguna pakai oleh phone OnePlus.

Fast forward, selepas 3 tahun hidup dengan Android, saya jadi pencinta Android, memang pelik bila saya fikirkan yang mana perasaan benci boleh bertukar kepada minat yang mendalam. Contacts disimpan harmoni dalam Google contacts, Google Drive, Google Photos, Google Now, Google Assistant, Youtube dan boleh kata bermacam jenis service Google saya pakai. Dalam masa yang sama, bateri phone Nexus saya semakin degrade, battery life tak sebaik dulu, housing plastik terkopek, button tenggelam, microphone dan sensor kamera rosak lepas jatuh berpuluh (mungkin beratus) kali akibat kebodohan saya yang degil tak nak pakai case. Saya mula cari pengganti phone Nexus saya, pada mulanya memang berhasrat untuk tukar dengan phone Android baru, tapi dalam masa yang sama terdetik niat untuk cuba pakai phone dari platform berlainan walaupun pada awalnya rasa ragu2. Masa ni populariti iPhone tengah meningkat dengan mendadak, saya masih ingat lagi sebelum tahun 2013 susah nak tengok pengguna iPhone kat Malaysia, tapi sekarang ni dah berlambak sampaikan budak sekolah rendah pun ada yang pakai. Kemudian timbul pelbagai persoalan – “kenapa iPhone ni popular sangat ek? best sangat ke iPhone ni? tengok model semua lebih kurang je design (kecuali iphone x). Ke iOS tu yang best pakai?”

Kalau anda perasan ramai golongan selfie depan cermin dalam instagram, facebook ni, ya saya bukan nak kecam tapi ni adalah pengalaman saya sendiri – ramai dari mereka adalah pengguna iPhone. iPhone dah macam 1 fenomena, most desired phone dari golongan budak2 hinggalah ke dewasa. Banyak iklan, drama TV, selebriti yang pakai iPhone. Seolah-olah iPhone ni bukan sekadar telefon, tapi simbol status dan produk fesyen. Mungkin sebab pengguna iPhone ni dipandang tinggi darjat dan statusnya, sebab harga yang mahal dan sebab Apple, syarikat amerika terkaya di dunia yang terkenal dari dulu lagi. Cuba fikirkan kenapa casing iPhone satu2nya yang ada lubang di bahagian belakang. Ya, untuk tayangkan logo tu. Tak pernah lagi tengok phone Samsung, Huawei, Sony atau Oppo dengan casing berlubang macam tu. Hebat Apple ni, begitu besar pengaruhnya dan satu2nya brand mewah dari syarikat teknologi yang boleh dianggap trendsetter fashion company. Kawan2 saya pun ramai yang pakai iPhone terutamanya perempuan, lelaki pun ada tapi tak seramai perempuan dan kalau anda pakai phone flagship (phone terbaik) Android, anda bukanlah normie macam orang lain dan kemungkinan besar anda adalah tech geek macam saya. Saya bukanlah peminat ataupun pembenci tegar kesemua produk Apple, cuma kurang gemar dengan policy dan business strategy dari Apple sendiri, terutamanya pricing dan software mereka yang cuma eksklusif untuk hardware mereka sendiri. Jangan katakan iPhone, macOS pun teringin nak pakai dan kalau lah bukan sebab lambakan games kt steam yang tak support, harga beli dan harga maintenance yang mahal, mungkin saya dah guna macbook/imac.

Berbalik pada iPhone, saya sekali lagi cekalkan hati dan beli satu. Pertama kali saya habiskan duit beribu-ribu demi sebuah peranti telefon pintar. Mulanya memang timbul rasa membazir, rasa bersalah tapi saya pujuk sendiri hati dan cakap dalam hati, “kalau iPhone ni tak berbaloi, tak ramai orang guna sekarang,”. Memang ramai yang tahu iPhone adalah smartphone flagship premium yang terkenal dengan ketahanannya, tapi saya terus terang tak boleh buang rasa ragu2 dalam hati sampailah sekarang sebab Apple yang sekarang bukanlah Apple era Steve Jobs, pelopor dan pengasas syarikat Apple. Hari pertama saya guna, rasa lost teramat sangat. “Rumitnya iOS ni? Arghh apesal complicated sangat nak buat basic and simple task ni? Kenapa ada gambar yang dah transfer tak keluar dalam photos? Video2 aku mana? macam mana nak play ni? Macam mana nak access file dalam sistem? laa kena guna dedicated apps ke untuk access & open specific file types? macam mana pulak kalau nak transfer gambar & file dengan Windows PC? aduh, kena install gak ke itunes ni kt Windows? bloatware berat ni kalau tak install tak boleh ke? Aikk beli phone mahal2 iCloud cuma dapat storage 5GB je? betul2 tamak haloba Apple ni,” Inilah antara luahan dan pengalaman pertama saya lepas berhijrah ke iPhone.

Sebelum ni memang pernah search kt Google dan tahu yang iOS ni agak restricted, tapi tak sangka seketat ni. Memang betul ada yang cakap guna iOS macam rasa duduk dalam jail (jailbroken = freedom?). Saya tak tahu macam mana user iPhone lain boleh bersabar dan boleh selesa guna iOS tapi saya kagum dan respect mereka ni. Notification system dalam iOS = pure dumpster fire. Kenapa notification asing2, tak grouped by app? bayangkan anda dapat mesej bertalu talu dari WhatsApp, Instagram, Facebook, email dan Youtube, jenuh nak scroll cek satu2. Notification dalam Android jauh lebih baik, semuanya dikumpulkan mengikut app, boleh expand, boleh quick reply, boleh snooze individual notification. Kemas, clean dan teratur. Tak serabut macam kt iOS. Kemudian, tambah lagi kecewa dan luluh hati bila saya dapat tahu yang WhatsApp versi iOS ni tak boleh nak customize dan masukkan ringtone dan message tone sendiri selain dari belasan default system tone yang disediakan. Dari zaman Blackberry & Android saya dah setkan tone message spesific untuk crush, nilai sentimental value tu hilang bila guna default system tone.. Dinggg! (Note tone). FeelsBadMan. Hmm, takpe mungkin apps yang lain boleh kot – sama jugak, third party apps memang tak boleh access custom ringtone. Rasa nak rebah & menangis. Patutlah tones yang saya dengar kt public selama ni sound familiar, dinggg, tinggg tinggg..rupanya pengguna iPhone yang dipaksa guna default tone.

Saya tabahkan hati, belek2 ikon apps yang float dalam grid masing2 dan akan automatik kembali ke posisi paling atas kiri kalau di drag kan ke bawah. Dalam hati, “macam ni ke hari2 pengguna iphone lalui, begitu tabah dan cekal mereka ni,” Saya cuba kuatkan hati, sekurang-kurangnya UI iOS ni agak menarik dan elegan, memang agak unik dibandingkan dengan material design, dengan antaramuka flat dan blur. Hampir secantik interface Blackberry OS 10. Bila tengok element blur teringat kt design Windows Vista dan 7 dengan transparent glass Aero, konsep yang hampir sama. Cuma ada apps yang belum update ke design iOS human interface dan kurang konsisten kalau dibandingkan dengan Android yang majoritinya dah pun update ke material design. Design & build quality iPhone – superb quality, tak secantik Galaxy S8 tapi sesuai dengan harga ‘premium’ yg dijual, dengan screen LCD yang di calibrated dengan baik dan speaker yang agak loud. 3D touch agak awesome, mulanya saya ingat ia sekadar gimik tapi bila dah guna memang sebenarnya praktikal dan banyak fungsinya. Camera – pretty good, not the best since I don’t own the greatest and latest iphone on the planet and even then – the best camera on any smartphone that has been proven on many professional reviews; is not an iPhone but it’s the Google Pixel 2, followed closely by Huawei Mate 10 and iPhone X.

Selain tu, processor iPhone ni laju, bukak apps hampir instantaneous dan RAM management pun baik. Kalau flagship Android Nexus saya yang terdahulu rasa seperti high end gaming PC – iPhone ni pulak rasa seperti gaming console, memang optimize kebanyakan apps dan safari memang smooth berbanding chrome. Cuma scrolling dalam sesetengah apps je yang agak jittery, tersekat-sekat contohnya macam kebanyakan app Quran yang saya download, agak annoying jugak sebab kt Android dulu in-app scrolling rasa smooth je. Apa pun memang betul yang mobile processor Apple adalah pendahulu market, dari synthetic benchmark pun terbukti processor Apple yang terpantas, mendahului processor Snapdragon walaupun margin dan gap tu semakin lama semakin menipis. Tapi tak lama kemudian keluar berita “Apple Slowing Down iPhones With Degraded Batteries”; “Apple Being Sued for Purposefully Slowing Down Older iPhone Models” – Apple dikatakan memperlahan peranti terdahulu iPhone tanpa pengetahuan user untuk menyorokkan kelemahan hardware dengan throttling speed processor? Huh? teori konspirasi? planned obsolescence? betul ke ni? betul ke sangkaan aku benar pasal shady business practice Apple ni? takpe, buat research dulu. Setelah puas research baca artikel dan forum discussions memang betul ramai yang terlibat, ramai yang complaint performance yang turun dengan setiap update.

Agak terkejut jugak bila dapat tahu yang model iPhone saya pun termasuk sekali dalam throttling tu. Beli harga beribu riban tak sampai setahun takkan dah kena throttle kot? Model2 yang terlibat adalah iPhone 6, 6S, SE dan 7. “Feature” ini diperkenalkan dalam iOS 10 dan iOS 11. Processor diperlahankan untuk mengelakkan random shutdowns dari battery yang dah degrade. Hmm, cuma Apple je yang boleh spin ‘throttling’ as feature, memang hebat PR department Apple ni. Tapi kenapa agaknya Apple tak bagitahu user pasal throttling to ye? kenapa buat senyap2? susah sangat ke buat pop up bagitahu user yang “your battery health is degrading, please schedule an appointment at your nearest Apple store”? Jual phone dengan processor yang pantas dan dahagakan power tapi supply sekali dengan bateri sampah. Mintak maaf kalau agak kasar, tapi inilah realitinya, bateri phone Android yang harga bawah RM1000 pun lagi berkualiti dan 2 kali ganda lagi banyak kapasiti dari iphone yang harga RM3000 – RM5000. Hmm..apple apple, kalau la dari dulu kau tebalkan sikit iphone tu & sumbat at least 3000, 3500mAh dalam phone flagship kau tu, masalah ni takkan timbul. Hmm, mungkin design flaw, mungkin engineering Apple tak sebaik yang saya anggap, ataupun mungkin Apple sengaja design phone nipis dengan bateri ciput supaya bateri cepat degrade, dapat throttle processor untuk galakkan user upgrade ke iPhone baru. Kalau betul memang genius Apple ni, memang padan la title syarikat terkaya di dunia tu. Tapi takpe, ade berita baik, ade diskaun untuk penukaran bateri lama, tapi yang buruknya cuma setahun. FeelsBadMan.

Saya baru nak berjinak-jinak dengan iPhone, baru nak menanam rasa sayang dan minat dengan iPhone yang saya beli dengan harga beribu riban ni, I really do wanna like my iPhone but there’s so much more to dislike the company that manufactured it. Hmm.. nasib baik saya masih dengan iOS 10, saya bukan jenis yang cepat update bila update baru release, saya padamkan pop up nagging dan suruh saya update hari2 tu, lepas tu tunggu, baca feedback user lain dan memang terbukti usaha saya membawa hasil bila dapat tahu iOS 11 adalah major release yang paling buggy & unstable Apple pernah lancarkan. Kepada pengguna iPhone, ketahuilah yang versi iOS terbaik untuk phone anda adalah versi iOS yang didatangkan sekali masa anda beli phone tu. Ni adalah fakta, dengan update, sistem akan gunakan lebih resource dan processing power untuk feature baru yang dimuatkan dalam versi iOS baru, jadi phone anda akan gradually slow bila anda update. Of course, anda akan compromise security bila tak update, so it’s a fair trade-off. Patutkah anda update? kalau anda pentingkan security dari performance, and the answer is yes you should. But you can’t pick both, the only way to get security patches without sacrificing performance is to buy new iPhones.

Fuhh, penat menulis. Minta maaf sebab habiskan masa anda sekalian untuk baca confession saya dan terima kasih banyak saya ucapkan. Sebelum saya akhiri confession ini, saya secara ikhlas dari hati ingin bertanya kepada anda para pembaca sekalian, iaitu pengguna iPhone yang suka, minat dan selesa gunakan peranti mudah alih Apple ni, apakah sebab2 suka dan minat anda tu? Sebab design dan build quality iPhone ke? sebab design iOS ke? sebab performance yang laju ke (sebelum slow & kena throttle dengan Apple) ataupun sebab sekadar trend dan status symbol? Saya perlukan pendapat dan pandangan anda, saya habiskan duit yang banyak untuk telefon ni, rasa macam membazir sangat bila tak dapat nak justify my own purchase, mungkin ada point yang saya tertinggal, ada perkara yang saya terlepas pandang jadi kalau anda ada pandangan dan pendapat berlainan mohon kongsikan. Mungkin saya tiada iDevice atau produk Apple lain untuk rasakan seamless integration dalam apple ecosystem, inikah sebabnya? Transition saya dari Android ke iOS tak seindah transition saya dari Blackberry ke Android, saya takut ianya tetap sedemikian, mungkinkah sebab masa yang saya habiskan terlalu singkat untuk saya nilai iPhone ni? perlukah saya guna lebih lama lagi (sekarang ni tak sampai setahun)? or could it be that iPhone and iOS is just not for me? Secara jujurnya rasa nak kembali ke android pun macam ada, tapi kalau boleh sebelum tu saya nak enjoy guna iPhone sepuas puasnya, jadi ada apa dengan iPhone?

– Tech Freak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit