Di musim nak raya ni aku nak confess (juga boleh dibaca sebagai warning) kepada adik beradik dan ipar duai tentang ADAB berkumpul sesama family besar!
1. KAU MENANTU SAHAJA
Bunyi macam kasar kan? Nak nasihat sikit kat ipar duai WANITA ni. Kalau kau dah balik rumah mak mertua, korang tak payah nak berdengki sesama korang siapa yang buat kerja banyak, siapa yang penat tolong mak mertua, siapa itu, siapa ini. Buat je kerja yang mana korang mampu. Kalau tak mampu, tak larat, bagitau kat laki korang, mintak tolong dia cover, lepas tu pergi la korang nak berehat ke hape ke. Korang menantu je, bukan hamba. Tak perlu nak buat baik macam malaikat. Pekak kan telinga kalau orang nak kata apa. Dah la busuk hati berdengki, korang pergi hasut pulak adik2 ipar supaya benci biras kau. Habis berpecah belah family aku.
2. BERAYA DI RUMAH MAK MERTUA
MENANTU, tak payah nak ajak geng bas sekolah korang ke opis korang ke datang beraya rumah mak mertua. Korang sibuk layan diorang, mak mertua, adik2 ipar dgn biras yg tengah sarat mengandung yang bersilat kat dapur buat air segala. Tak kisah la kalau mak mertua dah bagi keizinan sekali pun atau korang akan sediakan segala juadah tetamu korang. Fikir juga dalam rumah tu ada orang lain yg sesama pegang title tuan rumah. Nak jemput kenkawan korang sila buat di rumah mak bapak sendiri atau di rumah korang suami isteri. Setel!
Aku tahu kau menantu yg urban, orang bandar, kalau balik beraya kat kampung tak payah nak komplen itu ini. Adat duduk kt rumah kampung memang sempit. Nasib kau la kahwin dengan orang kampung, pastu orang susah pulak tu. Siapa suruh kau terima jugak family susah macam kitaorang ni.
3. JAGA AURAT SESAMA IPAR DUAI
Ye, rumah kita rumah kampung. Abah kita tak mampu nak buat toilet dalam setiap bilik. Ade toilet 2 tu je kat dapur. Yg TUAN RUMAH pun, tak payahla nak menonong berkemban dgn towel je pergi toilet dengan buat wayang free tali bra hitam kau. Kau masih ada adik beradik lelaki yg dah berbulu, bersunat & berkahwin yg tengah melepak kat dapur & ruang tamu ni. Hormat sikit!
MENANTU WANITA pun tak payah nak buat home sweet home sgt. Seperti yg aku bgtau, kami ada adik beradik lelaki yg dah berbulu, bersunat & berkahwin yg tengah melepak kat dapur & ruang tamu ni. Walaupun nak pergi tandas untuk kecing sahaja, minta jasa baik pakai baju yg menutup aurat, hujung kaki ke hujung rambut. Tak payah nak buat gadis ayu era 80an. Rumah aku ada paip air, korang tak perlu mandi dgn air perigi yg memerlukan pakaian mandi berupa kain batik!
**Bukan setakat nak pergi toilet je, pakaian rasmi mesti yg menutup aurat selama korang berada di rumah mertua, depan ipar duai.
ANAK & MENANTU LELAKI, tak payah nak cool selamba siput babi sangat pergi toilet dengan towel shj. Kita masih ada ipar perempuan. Hormat mereka. Mereka adalah isteri kepada adik beradik kita. Walaupun dada bukan aurat tapi jaga adab. Pakai tshirt dgn towel. Dah masuk toilet nanti, korang nak bogel macamana pun suka hati la. Stail memasing.
***P/s : point ni berkecuali utk rumah yg ada toilet dalam bilik.
4. TAK PERLU PERBANDINGAN
Ipar duai WANITA la yg biasa sangat dengn benda ni. Tak payah keluar ayat2 nak compare diri sendiri dgn orang lain. Ada part yg kau tak sedar kau tu menyusahkan orang sebenarnya walupun kau rasa kau buat tu kekononnya nak mempertahan mak mertua. Tak payah nak jadi langsi tunjuk hero sgt. Mak aku ada anak. Kau tu menantu, orang luar yg diupgrade je. Sedar diri sikit.
MAK MERTUA tak payah nak compare2 menantu. Tu takdir anak kau! Sedar diri sikit anak kau bukannya baik sgt. Depan kau mcm malaikat, belakang mcm syaitanirrojim! Kau apa tau..
5. MENANTU JAUH VS MENANTU DEKAT
MENANTU JAUH, dah la balik sekali sekala je pun, nak mengomel itu tak kena, ini tak kena. Kau tak tahu apa yg orang dalam rumah ni dok hadap seharian. Dah balik sekali sekala tu, tunjuk rajin lebih sikit. Nak ambik hati mak mertua sgt kaaan…
MENANTU DEKAT, selalunya dia ni la yg kena jaga mak mertua, dok sekali dgn mak mertua, mengadap kerenah adik2 ipar & perangai entah pape mak mertua. Mak mertua & adik beradik jgn dok cari gaduh dgn menantu dekat ni. Bila dia takmau datang rumah kita, adik beradik kita jugak yg pening kepala, last2 end up kita nak gather adik beradik pun payah. Mak kita jugak yg sedih2 anak dia tak balik. Nanti susah2, sakit2 nak mintak tolong dengan yg dekat2 ni, bukannya yg jauh tu. Dia pn ada mak bapak, biarkan dia balik beraya rumah mak bapak dia dulu. Hari2 mengadap kita sekeluarga, dia pun meluat jugak tau tak?
Benda2 ni based on aku tengok family aku. Ada yg aku rasa silap di pihak family aku. Pepandaila adapt. Tuan rumah jaga adab sbg tuan rumah. Org datang rumah kita layan sama rata. Tetamu pn datang rumah org jangan dok langsi sgt memerintah, buat macam rumah sendiri.
– Tuan rumah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
jarang aku dngo permasalahan gini pada puluhan tahun yang lampau.. ternyata kini masyarakat makin beradab dan memahami seiring dengan dunia yang jantan betinanya kuat nafsu.. ada baiknya kita guna common sense(sejak dua menjak.. fofular pula 2 patah kata nie dpage iium)..
Alahai.. Serba serbi x kena bila jadi menantu ye. Huhu. Rajin sgt x leh, malas apatah lagi. Sabo je la..
Tuan rumah ni suruh buat ikut kemampuan. Tak mampu tak ape. Org phm bila kita ckp kita tak mampu or penat. Kita menantu, bukan hamba. Saya paham cmtu la..
Baguslah ade org paham. Certain people tu buat2 x paham. Bila kita penat nak rehat, org dok kata kita pemalas. Kdg2, hak x paham lagi ramai dr yg paham. Sabo je la..
dah org luar katanyaaaaa…pasni mohon kakak2 ipar dan biras, menantu2 di rumah tuan rumah dtg je, mohon tuan rumah hidangkan air dan biskut.
meraikan tetamu kan dapat pahala…
Sy faham point yg dia nak sampaikan, tapi cara meluah dia tu tak kena. Bila dia sendiri tulis scr emosi automatik hok lain yg baca pon jadi emosi, walaupon hok lain tu baik je, tak de buat salah mcm ipar duai dia tu. Sebab tu kalau nak menasihat bahasa tu kena jaga, seperti mana yg diajar dlm agama kita sendiri, kan. Mentanglah page ni tak dedahkan identiti confessor kat sini.. Selamba je dia.
Berat nanang lagu ni. Haha.
itulah. bab2 aurat semua tu betul. tp dah dia emosi, kita pun teremosi sama. dah la perut lapar berpuasa baca plak confession emotional, takke geram. ha ni dah kenyang barulah blh fikir waras.
Amboi garangnye
betul betul
Semua kena. Menantu ke, adik beradik ke, mertua pun kena… bagus betoi. 360 dia pikir. Plg sokong bab aurat..
Setuju. Dy tegur overall. Takde berat sebelah. Just my 10cents
Kann.. sy pun setuju dgn dia ni… die tegur semua.. menantu plus adik beradik mak bapak semua… xdek ape pun yg slh yg die tegur… tapi rata2 baca komen mcm hentam die blk… sorry ckp… nmpk sgt yg tak setuju dgn dia ni kot perangai sama mcm yg di tegurnya… hermmm…
Ade la tu benda yg dia rasa ketidakadilan yg dh terjadi kpd kakak/abg ipar nya yg disebut sebagai MENANTU dlm rumah dia. Mungkin dia tak puas hati sbb dia rasa MENANTU tu TAK BERSALAH. Siyesly, cer baca post dia yg next psl menantu dekat n jauh.
Benda2 mcm ni kalau baca bebetul dgn lafaz bismillah insyaallah nampak point yg dia nk ckp..
Biasa la org malaysia ni malas ni nak baca perabis, lepas tu sentap, baca dgn emosi mcm org tuju kat dia. Ada buat salah lettew..
Entah celah mana confessor tu bubuh nama dia. Tetiba nak terasa..
Hahahahahaha….
Takut lak nak kawin, banyak sangat rule.. Duk rumah sendiri, senang hati..
Ha ha.. elok gak.. x yah kawen..
kalau i terlibat dlm scene drama tali bra hitam tu, waktu i lalu dapur tu, i saje je jatuhkan tali bra tu. pastu pura2 tutup mulut seraya berkata “oooppssss i’m sooo sorry” dan berlari manja ke bilik air.
puasa bro puasa….haha
aku boleh bayangkan.
bayangkan betis kau penuh bulu pandang atas ada pakai bra hitam.
Nasib puasa jerrrr
Elok2 berlaria manja, tetiba terlentang.
hahahaha.. bongok
adeh..kenapa aku leh p bayang pulak ni..haha
hahaaha..x senonoh
Betul.. saborjela..
Banyak betul peraturannya. Baik beraya rumah sendiri lg bagus. Nk makan kuih sambil baring depan tv pun xde hal.
Sesilap aku tk balik raya tros..hahhahaa
Nasib baik x jd menantu dlm keluarga dia
Hidayah Sarah Ismail dgr ni hahaaha
Hahaha..
Shafeez Fadli Norlida Yazid Cahaya BalQis Deey Yazid Zack Murphy
Menantu tu ahli keluarga jugak. Kenapa nak cakap menantu ni org luar yg di upgrade ? Sebab tu timbul isu dengki2 sebab family tu sendiri anggap menantu org luar. Wth.
tu la. sapa ajar dia menantu tu bukan anak tp org luar yg diupgrade tah.
sok lusa dia jadi menantu rumah org baru dia tau kut langit tinggi rendah kalau inlaws anggap dia gitu.
Yess sbb tu org tua2 pesan bila kawen ni ibarat kita kawen dengan family dia sekali. Tambah ahli keluarga.
Takde masalah nak anggap org luar tp terima lah kalau menantu ajet2 jd tetamu tak buat kerja yelah org luar kan ?
Ni jenis manusia x belajar agama. Dia xtahu hubungan menantu dgn mertua mcm mana. Sampai mati x batal air sembahyang.
tak kawen lagi kut. ni mesti anak kepada tuan rumah. pastu duk observe kakak ipar biras bagai.
Menyampah baca.. ?
Saya rasa dia nak ckp memasing jaga adab je. Menantu mmg la tak batal wudu sampai kiamat. Dia cuma bg perumpamaan. Menantu ibarat tetamu yg datang yg tuan rumah kena layan elok2. Menantu ni mcm org luar yg diupgrade. Klu bukan org luar yg diupgrade, cmne nk jd menantu kak oi. Takkan nk kawen adik beradik plk.
Kan dia bgtau dia sedar ade silap di belah family dia jugak. Dia pun tegur adik beradik perempuan yg berkemban ke toilet, mcm x elok jugak kan wlpun tuan rumah jugak. Klu tak takkan la dia buat perbandingan menantu dekat vs menantu jauh tu. Siap bg timbang rasa lg bg chance ipar pergi beraya rumah mak ayah dia, adik beradik n mak mertua jgn dok cari pasal. Means dia phm jugak kan perasaan ipar dia…
Pastu isu dengki ni dia ckp antara biras jgn dok dengki pstu hasut adik beradik dia (mungkin suami kpd ipar duai dia).
Tak tahu la kan ape maksud tuan rumah ni. Tp saya baca dgn nada yg bukan emosi nk marah kat org… saya baca as pengajaran. peace no war!
pasni mohon Tuan Rumah hidang air dan biskut kepada kakak2 ipar dan biras dia bila diorang dtg. dah ckp org luar kan? org luar tu tetamu lah. tetamu kena lah dirai. dapat pahala.
Hahahahaha… ade jugak org malaysia yg tak paham sarcasm nih… deep sgt pemikirannya…
Setuju Nur Afifah Mustafa . Takde point nak marah confessor. Apa yg ditulis untuk kebaikan semua. Sentap je lebih.
ha ah kitorang baca dgn emosi. tahniahlah awak baca sebagai pengajaran. bab aurat mmg betul lah setuju. kitorang tak puas hati pasal byk nau ipar biras dia buat yg tak kena kat hati dia. dah tau mereka org luar, terima je la.
peace no war jugak.
plus oh post ni sarcasm kah? panjang gila dia sarcastik. sampai tak tercapai akal.
Kan??
Eh dia delete plk komen tu… awat delete kak oi? Nak emo psl ipar duai pergi komen katpage kisah rumah tangga. Kat sana byk benda serius2 psl ipar duai yg awk boleh komen.. hahahaha
Her point ia solid but the way she present it, seriously annoying. Bukan sebab emosi ke apa. In fact saya rasa, Tuan Rumah ni yg emo masa tulis confession ni.
Well kalau terbuka hati nak menyeru manusia utk sama2 berubah, kenalah juga terbuka hati utk terima komen2 orang kat sini.
Sama2 meluah & menasihat, tak salahkan.
Hahaha Nur Afifah Mustafa harus la delete takmo gaduh²??
ya delete pasai tak mau gaduh. senang sgt org nak twist komen kita.
bulan her la pulop. his wey his. haha
Itulah. His rupanya. Bukan her. Haha.
Kalau boleh jgn la anggap menantu tu org luar..klu buat cmtu mmg akn mengundg bnyk yg -ve..
Mn tau his ar…
nasib baik family aku dgn family mertua cool tak macam kau ni Tuan Rumah oi.
kadang sebab ada seketol dua tuan rumah mcm ni lah yg buat ipar duai biras beras cacamerba.
menantu bukan anak tp diupgrade? fuh syukur gila bukan aku jadi menantu dlm rumah kau. hahahaha!!!
Sebab benda ni berlaku dalam rumah dia la dia tulis. Sebab mmg ada manusia yg berperangai macam tu. Kalau tak takdenye nak dapat idea nak tulis.
Kalau benda ni tak berlaku pada awak better bersyukur banyak². Takpayah sampai nak perli whatsoever. ?
Ps: jangan nak sentap baca komen saya kalau rasa takde orang menyampah baca komen awak
lor kan dah ckp syukur kat atas tu.
ni kan pendapat. bila masa plak aku perli hahaha. kalau kau menyampah tu masalah kau la sama mcm aku nyampah baca post budak tuan rumah ni.
ke kau si tuan rumah? ?
Aduh segan pulak nak balas komen. Katanya macam dah kawin tapi balas komen? ‘Takpela kak saya undur diri.
Bulan puasa ni faham² la setan pon takde so…
Nak buat kuih raya jap ehhhh..
apa kena mengena aku dah kawen dgn komen aku plak aiyaaa ha elokla pergi buat kuih raya bagai. belajar jadi bini dan menantu. bukan senang nak jadi menantu kesayangan ni dik. secara teori boleh la ckp letak point2. nak mengadap nanti, akak doakan awak berjaya la ye
aminnn..
Amin.. terima kasih ye kak. Ikhlas mi
kikiki…ntah² akak ni yg org luar yg diupgradekan kot…komen acah² win…kikiki
eh tak la. akak menantu bongsu. tak ada kakak ipar. semua biras. sama level. arwah mak mertua sayang. boleh gi pm husband akak Ahmad Zack dia boleh confirmkan. hehehe
Kikikiki. Pm?
dah tu sentap knp kak?kikiki…name pun luahan kak…
bilanya akak sentap dik oi.
kalau sentap takkan aku hahahah kat belakang tu. tu cuma expresi lega sbb tak duduk dalam situasi itu.
now korang kut yg sentap dgn komen aku? ?
Kikikiki
Ini macam terlebih spesifik kepada keluarga confessor je. Siap detail lagi.
ha ah dia pun ckp tu family dia. patutnya dia print confession ni pastu edar kat setiap ahli keluarga.
baru betul haha
Masuk Whatsapp je cukup… Perang dunia ke-3 nanti.
sebab tak berani la dia confess kat sini. kalau berani dia ckp dah ‘fast to fast. ‘
die pengecut…sebab tu x berani fast to fast
Senang cita, si tuan rumah ni xpyh ada dikalangan family masa beraya kat kg. Semuanya punca dari ko je. Semua benda xkena. Mana yg penting tu je buat.
kan.
Kannn.
Kannnnnnn.
Tahnya..
Tahu xper. Wpon menantu, jgn sesekali anggap org luar. Dia jgak family kita.
Wan Muinuddin Wan Othman
Dia yg kena kluar dr rumah tu spya x yg hendak d komplen…apa la…bgtu sgt ka peraturan…mati la siapa yg jdi menantu c tuan tanah ni…
cara penyampaian kasar,ada org blh terima ada org pikir lain2.
Simpan la aib keluarga,xperlu diwar2kan..berdepan kan lagi elok..✌
Awk ni menantu dekat yg makan hati dgn mertua yg lebihkan menantu jauh kalau mnantu jauh balik ke?awk bbulu ke tgok ipar duai awk ajk opis mate dia dtg beraya sbb awk yg kena buat air tuk dorg? Atau awk jeles laki awk tertgok biras awk bkemban nk ke tandas sdgkan laki awk pun tuala nk loyot lalu dpan mata biras2 awk ahahahaha shaja je..dr confession ni pun taw confessor la yg jenis komplen mcm2 bkn org lain..
Kannn.
kannn hahahah
Entry mcm nak memecakbelahkan keluarga saja
Nasib la blom kawin n stiap kli raya msti keje.. So xpyh pning kpla nk fkir..hehehe
Mmg selalu menantu ni ngada2 gedik. Perasan suami dia milik dia sorang. Huhu
Confession ni mcm kena je ngn famly belah mak aq. Mcm tu la. Sebijik!! Nak2 part menantu dekat jauh tu. Mmg same. Tp betul, last2 mintak lg dgn yg dekat walaupun yg jauh yg dipuja2..
Confessor ni sebnrnye yg kaki komplen..serba serbi x kena..nasibla keluarga mertua ak x mcm ko..ko ni x kawen lg kot..tu yg fikiran mcm budk duk bwh tempurung..ad point ko yg betul, tp mostly ko nk menyalahkn menantu..kalau rse mnntu tu org luar..lyn lah mcm tetamu..xyh bg die bt keje berat.. Xgtu??kesian betulla spe yg berbiras ngn ko ni..
Perghh deep…x sgka life confessor ni complicated.but i salute u.ye lah x semua org ada rules kt rumah.tambah2 lagi time raya ni.too many relatives.smpaikn bilik i,u yg punya.xpun bilik u,i yg punya.gituuu
Tido pakai tudung pun xkisah sbb jarang sekali kena mcm tu. Haha.. lega hati suami tgok bini pandai tutup aurat tanpa disuruh.
Part kau cakap menantu tu Org luar yg diupgrade tu mmg bikin gaduh. Xpyh kahwinla senang
sabar shida?
Hahaha xde pe fiq saje bakorr
Adoi.. panjang lebat point. Terima kasih sharing pengalaman jadi ilmu buat diri saya.
Tu lah kan, klu travel mcm ni kan, biau byar lebih sikit dihotel takut bgi susah org, kecuali tuan rumah beria2 jemput, dia dh berlapang dada. Kdg2 tuan rumah ntah ada sakit ke letih dia tk ckp kita, dia jaga adab dia menerima tetamu, kita tak elok buat mcm khadam minta mcm2, tk hulur duit belanja utk keluarga kita mkn sama2. Mmg dari kecil arwah mak saya ajar dtg rumah org, jgn buat org gini. Suka2 tk suka mmg kena cubit lah klu tk ikut..
Sbb tu saya tk suka pi berjln rumah org. Buruk2 rumah kita pun rasa selesa dok rumah sendiri..
Tapi kan dik kalau balik raya dok hotel, kena cap mengada2 pulak.
Betul2.. kita ni jdi manusia dh jga diri pun, kdg serba serbi tk kena pd pndangan hati org lain. Takpelah elok ikut keadaan keluarga & situasi masing2, setahun sekali raya. Tolerate apa yg bolehlah kan..✌
konklusinya, tak payah balik kampung baru la orang macam ni tak bagi warning kat kau..
semua benda tak kena..
Siksa balik umah dia nih. Silap2 tak balik terus. Garang tah hapa2.
die garang kat sini je…depan2 dorg pengecut…wakakaka
Tukang confess SILA DOK DALAM HUTAN!!! ANDA TAK LAYAK BERGAUL DENGAN MANUSIA…. xperlu na wt terok cmtu..jilake
Too much of things to complain, next time set the ground rules and print it out and paste on your front door.
Marah nau tuan.rumah. i feel you
Errr apsal aku rasa takde apa yang susah sangat pun yang confessor ni mintak. Semua macam agak logik di akal je (common sense, but apparently it’s not so common).
Setuju part jaga aurat. Agak2 la nak pergi toilet tu kan. Pakai elok2. Betul la tu. Ni boleh pulak ada yang nak provoke lagi nak tunjuk tali bra apa semua
Kalau korang ni jenis yang peka dengan hal sekeliling, mesti rasa apa yang dia mintak ni sebenarnya reasonable je. Adat berkeluarga. Kena tolak ansur. Jangan suka ungkit, jangan suka gossip, jangan suka jadi batu api, jangan suka complaint kalau anda sendiri takde solusi.
Cuma aku x setuju bab “menantu ni orang luar yang diupgrade”. Tu je.
Dan maybe jugak sebab cara dia tulis ni bunyi agak emo and korang pun baca dengn agak emo. So semua benda jadi tak kena :/
Setuju..yg laen sy ok..part menantu tu org luar, tu yg sedih sgt…
kan betul tekaan aku, kau anak tuan rumah yg duk observe. hahaha. cuma tak sangka kau lelaki la kan. huhu
aku baca lagi sekali dan aku tak nampak pun tang mananya ayat kau sarcasm. ni point2 yg solid
bukan sarcasm.
nak tanya lagi satu, perenggan last – tetamu yg kau maksudkan tu, menantu urban tu la ea???
Sambut krismas la gini.
Bagi sy ape yg die ni ckp ade betul nya… even lah sy ni tak kawen lagi… die tegur pun bkn sebelah pihak je… anak menantu mak baoak sekali die tegur… bkn nye die nk buat rules sendiri pun… tp mmg betul die ckp… knp korang tak setuju?? Pelik… yg die tegur pun die tegur yg buruk2 supaya jd lbh baik… mungkinlah ayat die yg pedas… sape tak setuju tu ke kamu yg xjaga aurat?? Kamu yg kaki hasut? Kamu yg mls? Kamu yg kuat komplen??
Ummie Syazwanie Ummi Syazfera
Knp rata2 komen ckp die ni byk rules?? Korang baca phm mcm mne?? Betul ape yg die ckp tu? Xkan kita nk mls? Xkn nk hasut ipar duai? Xkan nak dedah aurat? Xkan lah nk compare kan menantu bagai?
setuju!
Wah!!pukul rata…
Fatimah Ahmed tengok point no 4..ahahaha
Betol lh pe yg dia ckp tu . Mostly org skrg lupa aurat . Lgi2 dgn sedara . Semua main taram jer . Kang ada yg haruan mkn anak taw lh .
Ak syak ko nih laki . Ko tk brani nk tegur sedara ko sbb ko still young .
Pape pon. Tegur lh sedara ko tu. Cara yg halus. Pape pon mang betol pe yg ko ckp tu . Mesti ko jaki dgn menantu yg dtg beraya tu kan . . Hmm hmm
Ade je point yg btol confesser ni ckap..tmbah2 bab aurat..cenggini haa ..tpi….yg pling tk stuju skali,bla dy ckap,menantu ni org luar yg diupgrade..amboii bhsa kau dikk..bla dh berkahwin,automatik kau kna aggp mak bpak mertua n adk bradik lki kau tu as a family,bkn lgi org luar..klau kta cerai skli pon,fmily bkas suami tkdek istilah bekas keluarga mertua ok..
Bila kata menantu tu org luar, sedih sgt..ye..dpt byngkn..Klau buat mcm tu, mmng sedihlah..rasa mcm malas nk balik kg suami..sepatutnya menantu, ipar, biras, layan sama rata…xkisah yg jauh atau dekat..
Apesal nk ajak member Raye umah mertua? Die ade rumah ke?
oii tuan umah!! kalau MENANTU tu org luar ..so bermakna tetamu la kn…so sebagai tetamu ko kene layan kami ni mcm tetamu..hidang air dan mkn…satu keje pun xyh buat…ORG LUAR sgt kan…igt kami hadap sgt umh kampung ko tu?? wakakakaka
Rasanya confessor ni punya isteri pemalas…bila kakak ipar si confessor bising2 sebab bini tak tolong dia marah pulak…tp bab aurat tu sy sokong..
ni mcm dakwah tapi kesat jugak eh, nape