Adab Di Walimah

Adab Di Walimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hi, aku sofea. Seorang gadis yang tengah rajinkan diri untuk hadir ke jemputan Walimah lately. Almaklumlah sekarang bulan Disember, musim cuti sekolah. Musim pasangan raja dan ratu sehari bersanding di atas pelamin yang tersergam indah. Maka, berkeping keping kad jemputan yang aku terima dan aku sedaya upaya untuk hadir ke semua jemputan. Sebab orang orang tua dulu pernah cakap, kau tak pergi kenduri orang, nanti kau kawen takde sesiapa nak datang kenduri kau. Kah. K k tak. Aku hadir ke setiap undangan atas sebab kewajipan plus aku takda benda nak buat kat rumah. Jujurnya, aku pun takut jugak kalau cakap orang orang tua dulu kena balik ke aku kalau aku tak pergi kenduri orang. Hihihi.

Ok ok straight to the point. Aku terpanggil untuk luahkan pandangan aku lepas aku attend beberapa majlis walimah. Tapi majlis walimah harini yang buat aku lagi gatal tangan nak menaip post ni sebab aku rasa annoying sangat dengan segelintir gelagat manusia yang aku jumpa.

1) Dear parents, before you attend any occasion, please, please and please remind your children to behave. Aku faham kenduri ni biasa lah dengan suasana bising bising. Kalau senyap nanti cakap ada kat majlis pengebumian pulak. Tapi tolong lah. Once kalian ibu bapa jumpa kawan kawan lama atau tuan rumah sekalipun, jangan tinggalkan anak terus. Ni tak. Anak anak terpekik terlolong kat majlis orang. Kemain lari lari di meja makan. Ada tadi yang aku pergi majlis tengok anak kecik pergi amik sendiri nasi sampai tumpah habis atas lantai. Ada tu yang siap main terkam lompat lompat atas pelamin orang. Sedangkan parents tengah gigih selfie borak rancak ke mana. So please.

2) korang kena faham kalau pengantin macam rushing dalam majlis dia. Maybe dia kena entertain sanak saudara yang jauh. Atau dia kena layan dulu orang orang yang nak bergambar dengan dia. Baru turn korang pulak nak bergambar. Ni tak. Tadi aku terlopong jugak bila dengar ayat dari sorang makcik bawang ni cakap “Ehh pengantin lelaki ni nak lari kemana pulak bawa pengantin perempuan. Tak sabar nak ‘main’ lah tu”. Astaga. Meanwhile waktu makcik tu cakap, MC announce yang ada family pengantin yang dah nak balik. So mohon pengantin pergi jumpa family dulu. Narrow minded teruk spesies ni. Nak melawak tak kena tempat.

3) Dah orang jemput pergi majlis tu, ikhlaskan hati pergi. Makan je apa yang ada. Ni tak, lepas makan satu juadah, gigih lah panggil tuan rumah majlis nak complaint makanan ni tak sedap. Aku perati je sebab satu meja enn. Malu malu tuan rumah. Siap minta maaf kat tetamu. Biasa lah tu kalau majlis. Adat ada pihak caterer yang okay, ada yang tak okay. Bagi aku satu juadah tu je macam tak nice tapi still masuk tekak juga. Licin aku makan. Main course macam nasi minyak semua sedap. Perfect. Makcik ni gigih jugak nak complain. Makan je lah. Bising pulak sampai nak kena mengadu depan tuan rumah.

4) biasa bagi aku nak bergambar atas pelamin orang. It shoukd be with pengantin lah kan. Ni tak, kau datang satu group ramai ramai, amik gambar dengan pengantin satj dua, dah tu suruh pulak pengantin stay tepi. And kau dengan geng geng conquer habis pelamin orang tu bergambar kemain lama macam majlis tu berlangsung empat hari tiga malam. So kau take time as much as you can. Sedangkan orang lain nak minta turn bergambar dengan pengantin atas pelamin, siap marah suruh tunggu turn. Astaga perangai minta aku megucap sejuta kali tengok manusia cemni.

5) Doorgift. Please please and please. Tuan rumah dah bajet dah doorgift ni setiap tetamu akan dapat satu. Mentang mentang doorgift lawa atau dapat jajan sedap sedap, kemain beria kau minta nak angkut banyak banyak. Siap mention ada anak suami kat rumah tak ikut, so nak minta on behalf of them. Ada tu perangai yang dapat doorgift awal awal, masuk sumbat semua dalam beg. Lepas tu g minta acah acah tak dapat lagi. Nak lagi tamak, upah pulak anak suruh amikkan lagi. Hah perangai cantik nauu.

Dah lah. Penat aku membebel. Japgi percaya lah cakap aku, akan ada yang kecam aku. Tak kisah mana pun. Tapi please lah, ubah perangai bila attend majlis orang. Mungkin ada setengah tuan rumah tak kisah, tapi pendapat aku mostly kisah. It’s kind of annoying scenario la. Aku rasa annoying tengok manusia macam ni. Please hormat majlis orang. Please and please. Daa. Muah ciked.

-Sofea

– Sofea

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments