Adab Komunikasi Online

ADAB BERKOMUNIKASI SECARA ONLINE

(texting/whatsap/telegram dsb) antara yang bukan mahram terutamanya dengan suami atau isteri orang lain.

Luahan ini saya tulis kerana amat kecewa dengan tindakan suami yang merasakan dia tidak salah berchatting dengan rakan sekerja melebihi keperluan. Walaupun telah berbincang berkali-kali dan telah saya suarakan rasa tidak senang namun selepas beberapa minggu dia mengulanginya.
Hati saya sedih kerana saya berusaha memperbaiki diri & berusaha untuk tidak terlalu memaksa dia tetapi sekarang dia lebih bijak “cover”his tracks. Namun Allah itu lebih mengetahui.
Here goes:

Berkomunikasi lah hanya atas urusan kerja. Jaga batas2 perbualan. Elakkan dari bercerita atau berinteraksi hal2 peribadi. Komunikasi antara lelaki & wanita tanpa hal2 yg perlu boleh dikategorikan berkhalwat kerana adanya ciri2 yg sama iaitu lelaki & perempuan di tempat yang sunyi(ruang whatsap/ telegram/wechat/messenger dll) beserta dengan hadirnya pihak ketiga iatu shaitan. Ingatlah syaitan tidak akan berhenti memasukkan “jarum”nya dan memberitahu anda bahawa tiada salahnya perbuatan ini.
Elakkan dari penggunaan kata2,emoticon2 atau foto2 yang boleh membangkitkan rasa diberi/ memberi perhatian. Icon2 ini mengggantikan lengguk bahasa pertuturan dimana boleh sahaja dintepretasi sebagai kata2 manja menggoda. Ia boleh disalahertikan oleh mana2 pihak yg sedang berkomunikasi secara eksklusif.
Jangan berlebihan menunjukkan keperhatinan terhadap suami/isteri orang apabila berkomunikasi secara online. Haruslah memikirkan perasaan suami/ isteri rakan yg sedang kita berbicara melalui whatsap/ telegram/ wechat dsb. Seharusnya suami/isteri menceritakan dan berkongsi rasa dengan pasangan, bukanlah dengan orang luar terutamanya yang berlainan jantina.
Berhati-hati lah apabila bercerita tentang diri, aktiviti2 harian, keluarga apabila chatting dgn suami/isteri orang kerana anda bukan dalam usaha mengenal hati budi masing2. Seharusnya menjaga batas2 pergaulan yang digariskan dalam Islam antara lelaki & perempuan terutamanya pada yang telah berkahwin.
Alasan kami hanya “kawan” atau dalam istilah moden “platonic relationship”. Ketahui lah di dalam Islam tiada istilah tersebut. Itu hanyalah ciptaan barat yang menghalalkan perbuatan yang dilarang di sisi Islam. Dan ketahui lah lambat laun akan terbit perasaan sayang pada salah seorang atau kedua2nya apabila kerap bercerita & berinteraksi secara chatting dimana hanya ada anda & dia. Ini akan lebih parah apabila salah seorang atau kedua2nya adalah isteri/ suami orang.
Jujurkah anda berkawan & berinteraksi dengan teman anda itu sekiranya dia suami/ isteri orang. Kenalkah anda pada pasangan (isteri/suami) teman komunikasi anda itu? Jika tidak, fikir2kan lah.
Berbalas texting di luar masa kerja dan di waktu hujung minggu di mana waktu ini adalah sepatutnya diuntukkan untuk suami/ isteri & keluarga. Tambahan pula jika yang dibincangkan bukanlah hal2 pekerjaaan dan bukanlah hal2 penting. Perbuatan sebeginilah yang akan meruntuhkan institusi keluarga dimana perceraian terjadi hasil dari perasaan cemburu atau kekecewaan akibat dibohongi suami/isteri yang mempunyai teman chatting dari kalangan teman pejabat atau sekolah. Inilah yang banyak berlaku dalam keluarga2 moden sekarang dimana masing2 melupakan batas2 komunikasi antara bukan mahram terutamanya yang telah berkahwin.
Kepada anda yang mempunyai ibu bapa yang telah melangkau ke usia perkahwinan yang puluhan tahun, tidak terfikirkah anda bahawa teman anda itu mempunyai pasangan (suami/isteri) yang mengharapkan agar perkahwinan mereka dapat bertahan sedemikian rupa. Janganlah anda menjadi sebab terputusnya hubungan mereka.

Sama-sama lah kita saling berpesan dan saling ingat mengingati kerana teknologi moden & alatan2 komunikasi tiada salahnya sekiranya digunakan dengan cara yang betul dan tidak menyalahi syarak dan batas2 yang telah ditetapkan garis panduan oleh Islam.
“Tepuk dada, tanya selera”

– Mrs Clementine

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit