Adakah Aku Sempat Bertemu Ramadhan dan Syawal Hadapan

Esok org beraya tapi aku lansung tak rasa nak raya.

Semenjak 2 menjak ni perangai aku lain sangat sebab aku sendiri memang perasan yang aku lain sangat. Sejak ibu aku meninggal 5tahun dulu aku jadi seorang yang sangat beremosi. Tak boleh duduk rumah lansung. Kalau duduk rumah aku lebih suka habiskan masa dalam bilik seharian dan tak suka lansung nak buat aktiviti apa-apa tak suka jumpa orang. dan yang paling ketara sekali aku tak boleh kena ganggu dengan orang sekeliling. Contoh kalau aku tengah diam tiba2 ada orang tanya aku itu ini lepastu kalau aku tengah buat sesuatu ada orang nak ambil tahu.

Aku jadi terlampau beremosi dan aku rasa emosi aku semakin teruk. Kadang2 bangun tidur tiba2 datang satu perasaan yang aku tak tahu kenapa aku ada perasaan tu. Perasaan tu akan berlanjutan sampai la ke malam. Aku tak boleh ditegur lansung kalau perasaan tu datang dan akhirnya orang yang menegur tu free2 ja kena maki. Sebab tu aku dah bagi amaran awal2 dekat orang jangan datang tegur time aku tengah diam sbb aku tengah kawal perasaan ni tapi ada je jenis orang yang xfaham amaran aku. Ye memang orang cakap jangan sombong bila orang tegur kita sebab mungkin dia nak eratkan silaturrahim dengan kita. Tapi aku sendiri pun tak faham kenapa perangai aku macam ni. Aku dah cuba untuk berubah tapi lama2 aku rasa aku macam dah xboleh kawal emosi aku ni.

aku anak bongsu dari 3 adik beradik dan hanya tinggal ayah aku dan abang aku sahaja kat rumah.kakak dah kahwin. Jadi kami bertiga duduk di rumah. Ayah aku seorang yang panas baran. Dulu aku selalu tengok mama aku kena marah dengan ayah aku tak masuk lagi dengan adegan bergaduh siap baling2 pinggan mangkuk lagi. Hampir setiap hari aku tengok mama ayah aku bergaduh dulu sampai kan aku terlampau benci dekat ayah aku sebab pernah satu hari tu mama aku mengadu dekat aku dia cakap kenapa la ayah aku buat kat dia macamtu dan aku balas dekat mama aku xpe la mama kat akhirat nanti dia tanggungla apa yang dia dah buat.

Yang aku respect ayah dia xpernah naik tangan dekat mama dan dia sangat sayangkan aku berbanding kakak dan abang aku. Dia selalu bagi duit kat aku time aku belajar,beli makanan macam2, beli macam2 la. Tapi baran dia tak pernah hilang sampai sekarang.kalau dia marah dia suka tengking kuat2 dan keluarkan perkataan yang tak elok. Bila baran ayah aku bertembung dengan aku yang emosi tak stabil ni maka jadi lagi bertambah teruk sampai adik beradik lain tak berani masuk campur. Nak kata kami kurang agama kalau nak tahu dalam rumah aku tak ada seorang pun yang tinggal solat 5waktu siap solat berjemaah lagi tapi aku rasa hati aku kosong dan tak gembira lansung.

Aku lansung tak gembira dengan diri aku, dengan keluarga aku, tak gembira lansung dengan hari2 yang aku lalui. Kadang2 aku berlakon gembira depan semua orang kalau orang tengok aku mereka akan cakap yang aku ni happy good lucky tapi dalam hati aku ni memang xkan mampu diluahkan dengan kata2. Satu benda yang aku suka buat untuk melupakan segalanya adalah dengan tidur. Kalau tak da kerja memang aku akan habiskan masa aku dengan tidur sampai kan tidur tu pun bagi effect kat diri aku.

Aku susah nak tidur malam selalunya paling awal aku boleh tidur pukul 4pagi dan effectnya kat diri aku keesokan harinya aku akan menjadi agresif kalau orang ganggu tidur aku. Kepala selalu pening macam nak pecah kadang2 berdenyut. Orang sekeliling mungkin berfikir yang aku ni mengada-ngada, pemalas, suka marah-marah, tak boleh ditegur, tak boleh dibawa berbual. Ya Allah kalau la aku boleh kawal benda yang ada dalam diri aku ni aku pun xnak jadi macam tu. Dulu aku pernah kena kecam dengan bapa saudara aku yang suka jaga tepi kain aku dan sampai sekarang aku dah tak boleh tengok muka dia. Kalau dia datang rumah aku, aku akan keluar dari rumah sampai la dia balik sbb aku xnak jumpa dia

Harini hari last puasa dan aku ada krisis dengan ayah aku sebab benda kecil ja pun tapi sebabkan aku dengan emosi aku yang tak menentu ni aku jadi tak tentu arah end up aku keluar rumah dari pagi sampai nak berbuka baru aku balik rumah. Aku jenis yang xboleh dipaksa tapi bila ayah aku tekan aku, aku xnak buat dan akhirnya ayah aku tengking aku siap menghambur ayat yang macam2 kat aku yang membuatkan aku teringat balik dulu dia selalu buat perangai macam tu masa mama aku masih ada. Padahal aku dah plan dalam otak aku, aku nak kemas rumah buat tu buat ni untuk persiapan raya esok.

Bila aku balik rumah aku terus masuk dalam bilik dan diamkan diri. Aku tak nak lansung diganggu sebab emosi aku masih tak hilang dan kepala aku rasa terlampau sakit sangat sekarang. Aku tak makan apa lansung dari pagi hanya minum air masa berbuka tadi. Ya perut lapar tapi disebabkan emosi yang degil ni aku biarkan sahaja. Esok hari raya tapi aku lansung tak rasa nak sambut raya. Rumah yang patut aku kemas aku biarkan disebabkan aku xda mood lansung hanya cuma disebabkan kejadian pagi tadi.

Aku pernah jumpa kaunseling tapi aku sendiri tak tahu apa benda yang aku nak luahkan kat dia dan kaunselor tu suruh aku rujuk dekat hospital buat ujian psikologi. Aku tak pergi pun hospital sebab aku rasa masalah aku ni tak besar sangat berbanding orang lain dan aku takut orang2 yang dekat hospital pula cakap aku mengada-ngada. Patutnya apa yang patut aku buat sekarang sebab aku dah terlampau buntu dengan perasaan aku ni. Aku nak berubah jadi macam dulu balik. Seorang yang aktif, bersemangat dan happy.

– Lyn

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *