Adik Lelakiku

Adik Lelakiku

Dulu orang-orang tua kata, jaga anak perempuan seorang lebih susah dari jaga sekandang lembu. Tapi, kenapa aku rasa anak lelaki pun susah ye zaman sekarang ni?

Hancurnya perempuan kerana lelaki – jadi mangsa rogol, mangsa jenayah, mangsa ragut dan lain-lain oleh lelaki yang lebih kuat fizikalnya. Hancurnya isteri kerana lelaki – bila suami tidak bertanggung-jawab dalam perkahwinan. Hancurnya anak kerana lelaki – bila bapa jadi haruan makan anak, bila bapa tak didik anak, bila bapa tak tunaikan tanggungjawab pada anak. Hancurnya waris kerana lelaki – bila kerabat bernama lelaki mempusakai harta faraidh bertindak sellfish dan meninggalkan waris perempuan yang lain. Hancurnya politik dunia kerana nafsu serakah lelaki. Hancurnya masyarakat kerana lelaki – betapa ramai pusher dadah yang menunggu di depan sekolah, hasilnya ramai populasi lelaki di pusat serenti. Hancurnya kanak-kanak kerana lelaki – jadi mangsa phedophile. Hancurnya anak-anak perempuan kerana lelaki – digoda dirayu berzina. Hancurnya anak-anak lelaki kerana lelaki – digoda dirayu mengunyit.

Aku bukan feminis, bukan sedikit juga perempuan yang bersosial dan menjalang. Iye, masih ramai lagi lelaki yang baik dan beriman, tapi jumlah lelaki yang tidak berkualiti makin bertambah. Lihatlah statistik jenayah, kes penceraian, phedophile, homoseksual, perzinaan dan lain-lain. Aku tidak menafikan perempuan juga ada yang jahat – again, aku bukan feminis.

Aku cuma risaukan pada adik lelaki aku. Aku risau sebab dia terjebak dalam geng kunyit. Setiap kali aku baca tentang geng kunyit, aku akan trauma dan aku akan menyumpah seranah. Aku tak tau apa solusinya, sebab aku perempuan aku mungkin lacking dengan jiwa lelaki. Aku confuse betul macam mana lah mereka yang sejenis ni boleh ada perasaan feeling sehidup semati? Mungkin balasan atau ujian Allah padaku yang aku benar-benar anti dgn geng kunyit ni (atas pengalaman hidup berkongsi kasih dengan seseorang yang rupanya suka juga pada lelaki), tak sangka adik lelakiku kini terjebak juga. Aku harap adik lelakiku tak sampai ke lembah hina. Kakak doakan yg baik-baik utk adik. (Commentators, boleh tak bagi komen/cadangan macam mana nak nasihat adik saya ini – dari segi agama/psikologi/ilmu atau apa sahaja, terima kasih).

Akhir kata, wahai lelaki… Pimpinlah dunia dengan fitrah. Bimbinglah keluargamu, jagalah warismu, sayangi isteri(-istero) dan anak-anakmu, didiklah keluargamu, hormatilah perempuan, kawan lelakimu, kanak-kanak, jauhi dadah dan jenayah. Indeed, besar harapan saya pada semua yang bernama lelaki kerana di dalam Al-Qur’an memang dinyatakan lelaki itu ialah rijal kepada wanita… Rijal itu pemimpin, bukan setakat memimpin isteri, tapi kamu lelaki memimpin anak-anak, anak-anak saudara, ibu, kakak, adik dan semua warismu. Wallahuallam.

– Insyirah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments