Agama, Akhlak dan Akhirat

Mohon admin akhiri confession KRT dengan confession saya ini . Kerana confession saya ini bukan semata2 perihal KRT tapi menjurus kepada bahan ilmiah . Jika admin sentiasa approve confession KRT ia akan membuatkan pembaca2 IIUMC jadi muak dan jemu .

Al kisah .

Sekarang Musim kahwin jadi saya nak beri nasihat untuk kita semua khususnya kaum lelaki.

Mohon jangan sibukkan diri dengan soal jodoh . Tapi sibuklah dengan sentiasa mencari bekalan hari mati . Dalam mencari bekalan untuk hari mati didalamnya juga sudah tersedia dengan ilmu rumahtangga .

Perjalanan Alam perkahwinan ini sama seperti perjalanan sebuah kapal di lautan .

Jika membina sebuah bahtera perkahwinan tanpa struktur dalaman yang kukuh pasti tidak akan bertahan lama . Kerana sebuah kapal di lautan keadaannya kadang2 dipukul ombak yang setinggi gunung dan kadangkala ditiup angin yang kencang . Jika rupa sahaja cantik dan fasilitinya sahaja canggih tapi struktur dalaman buruk lama kelamaan akan karam di lautan .

Begitulah juga alam perkahwinan .

Rupa kapal sahaja cantik merujuk kepada paras rupa manusia hensem mahupun cantik .

Fasilitinya sahaja canggih merujuk kepada poket tebal , berharta , jawatan tinggi dan sebagainya .

Struktur dalaman kapal merujuk kepada akhlak yang baik dan mempunyai kefahaman dalam ugama .

Apabila bermulanya saat lafaz sakinah . Ketika itu kita sedang menjalani suatu perjanjian antara kita ( bakal suami ) dengan Allah dan para malaikat .

Aku terima nikahnya si fulan binti si fulan dengan maskahwinnya 1000 ringgit tunai.

Maksudnya

sesungguhnya aku suami kepadanya, bermula saat ini sampai pengakhiran hidupnya akan aku bertanggungjawab ke atas dirinya.

Bila sahaja saksi mengatakan sah maka bermulalah penyerahan tanggungjawab dari bapanya kepada aku .

Jika aku membisu tatkala dia ( isteriku ) melakukan dosa di depanku ataupun depan pengetahuanku maka dosanya itu jatuh dibahuku.

Lafaznya ringan , tanggungjawabnya berat

Justeru , sebelum kahwin tuntutlah ilmu ugama supaya hidup after kahwin terbela.

Jika seorang suami sayangkan isterinya pasti dia tidak akan mengheret isterinya ke neraka dan jika seorang isteri sayang dekat suaminya pasti dia akan berusaha supaya dirinya tidak menjadi asbab untuk suaminya terjunam dalam neraka.

Marilah kita sama2 menghayati peringatan ini .

Lelaki tidak dibebani dengan sakit bersalin, tapi dibebani dengan beratnya menanggung nafkah keluarga dan memelihara ahli keluarga dari api neraka.

Lelaki yang cuai dalam melunaskan nafkah, hingga isteri dan anak-anak menderita, tidak peduli tentang dosa pahala isteri dan anak-anak pasti akan menerima hisab yang berat oleh Allah.

Apa keadaan paling bahaya bagi kaum lelaki ?

Apabila meninggal dunya tapi meninggalkan anak dan isteri dalam keadaan jahil . Ia juga akan memberi ancaman pada kita di hari akhirat dengan mengalami kebocoran amalan .

Bukan senang untuk memikul amanah sebagai suami dan ketua keluarga.

Berkaitan hal kerja2 rumahkan . Mohon para suami membina keluarga dalam keharmonian dan saling bertolak ansur . Sebagaimana isteri kita mampu mengandung sehingga melahirkan anak . Begitulah juga kita dalam melakukan kerja2 rumah .

Barakallah .

– Ayah Aiman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *