Ajaibnya Solat Dhuha

Ajaibnya Solat Dhuha

Assalamualaikum.. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Kali ni, Sy terpanggil untuk berkongsi dgn anda melalui pengalaman saya amalkan solat dhuha.

Alhamdulillah sy sgt tertarik dan teruja dgn perkongian sister dari tajuk TESTIMONI AL KAHFI. Betul. Dgn mengamalkan ayat2 Alquran, kita akan nmpk ‘nur’ nya dlm kehidupan kita. Automatically pntu maksiat perlahan2 ditutup, pintu kebaikan yang sentiasa terbuka.

Saya seorang isteri, ibu dan suri rumah yang berpendidikan tinggi. Niat sy dr awal apabila ada anak nanti, saya nak jadi guru yg pertama dan sentiasa mendidik anak dgn ilmu yang sy perolehi. Siapa kata bljr tinggi2, rugi jadi suri rumah? Yang penting redha suami dan jgn putus berdoa dan solat DHUHA.

Di sini, sudilah membaca pengalaman DHUHA sy agar ia juga dapat menyinari hidup anda.

1. Allah sentiasa beri rasa tenang walaupun kita ada bimbang mengenai kewangan. Tapi kena yakin rezeki tu sentiasa datang x disangka2. Yelah suri rumah kan jarang ada income. Itupun sy dapat la juga melalui ajar Quran dan english pd anak2 jiran. Walaupun sedikit tapi cukup. Sentiasa rasa nak belanja org je berbanding zaman kerja mkn gaji dulu.

2. Allah kurniakan suami yang sentiasa rajin membantu isteri. Walaupun saya suri rumah, sy selalu bdoa agar rumahtangga ni Allah kurniakan rasa tanggungjawab dan harmoni. Suami sy walaupun penat bekerja, tapi syukur dia cuba bantu seperti mandikan anak, sapu dan mop rumah, lipat baju. Suami yg sudi menantu tanpa diminta. Jgn kata sy pemalas. Org yg suri rumah je faham yg kami sentiasa x cukup masa untuk uruskan semuanya serentak.

3. Walaupun gaji suami kecil, Allah cukupkan keperluan kami. Dapat extra income sana sini, menyewa rumah yg selesa. Boleh mkn luar jika dah bosan masak. Kereta kecil kami tapi jarang buat hal. Suami boleh beri pd parent. Mcm2 lagi. Kdg2 sy yg risau tgk suami belanja untk keluarga. Tapi dia yakin wang yg keluar untuk keluarga lagi bernilai disisiNya.

4. Apabila kita solat dhuha,rezeki itu meluas. Bkn hanya untuk kita, Allah salurkan melalui suami dan keluarga. Ada suami pernah tanya ” kenapa tadi urusan dia mudah je. X penat. Enjoy je mengajar”. Alhamdulillah byk kali juga begitu. Itulah keajaiban doa seorang isteri.

5. Jgn sia2kan doa pada waktu dhuha. Mintalah apa sahaja dunia akhirat. Sy pernah tbaca hadith mengatakan sesiapa solat dhuha, Allah cukupkan rezeki sampai ke ptg. Betul dan percayalah.

6. Kadang2 apa yang sy terlintas dalam hati seperti teringin makan sate, nasi tomato, pizza atau apa sahaja, tiba2 suami bawa balik. Katanya ofis bagi, student hadiahkan. Adakalanya tiba2 jiran kami bagi kuih. Tengok semua itu kuasa siapa. Kata Allah: ” berdoalah, nescaya ku perkenankan”.

7. Sejak ada anak, rezeki juga melimpah2. Alhamdulillah lps lahir terus buka akaun tabung haji. Walaupun sy x bekerja makan gaji, ada saje duit dan hadiah yg anak dpt. Sy selalu pesan pd suami dimana kta kena bersyukur dgn rezeki yg kita dpt, semua Allah dh susun dan ada juga melalui anak.

8. Alhamdulillah dgn mendidik anak sendiri, kini anak sy boleh bertutur dan berjalan seawal 10bln. Dah boleh panggil papa, mama, ummi, nak mamam dan mcm2 lagi. Hikmah dgn meluangkan masa bsama anak. Kami juga diberi kesihatan yang baik dan jarang sakit. Itu nikmat yang sangat bernilai bila keluarga sihat. Kalau anak sakit atau demam, hanya untuk seketika atau sehari. Jangan give up berdoa.

10. Jgn ambil kesempatan pada ibubapa kita. Dr awal perkahwinan, sy pesan pd suami agar kita tinggal berasingan dgn keluarga. Dari situ kita ada masa untuk beribadah, berkeluarga dan jalankan tanggungjawab. Kalau x, kita akan ambil jln mudah harapkn masakan ibu, anak kita dijaga oleh mereka, pakaian dibasuh mereka dan lain2. Alhamdulillah berkat dari pilihan kami, ibubapa kedua2 pihak sentisa mengambil berat. Yelah dah tidak sebumbung dgn mereka, mestilah ada yg rindu dr tergigit lidah. Kadang2 bagi ikan basah, lauk, perkakas rumah. Semuanya dapat tanpa kami minta.

9. Pesanan sy, belajarlah untuk berdikari dan hanya berharap pd Nya. Jika kata jauh dr tuhan, hidup kita pun tidak terurus. Perbaikilah hubungan dgn tuhan. Dan jgn susahkan ibubapa kita. Niat untuk jaga ibubapa, bukan sebaliknya. Rezeki itu semuanya telah tercatat dan tugas kita jd hamba Allah yg bertanggungjawab. BERDHUHA lah.

10. Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman hidup saya. Panjang kan. Moga sama2 dpt manfaat. Doakan saya agar terus yakin dgn rezekiNya dan menjadi lebih baik. Skrg Allah bagi rezeki melalui kehamilan kedua. Ajaib sungguh ketentuanNya. Moga anda semua istiqamah dalam berdhuha dan beribadah. Ramadhan kareem

– Nur Dhuha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments