Aku Belum Gaji

Aku Belum Gaji

Assalamualaikum.
Pertama. Aku mintak maaf, kerana respon agak lambat. Beberapa hari selepas confession aku disiarkan baru aku tahu. Lambat sikit la tersedar.
Tapi apa yang aku nak sampaikan disini.
Terima kasih sangat2 kepada yang mendoakan aku. Serius terkejut. Tergamam. Sebak pun ada.
Lepas aku perasan confession aku disiarkan, aku cepat2 balik office, sebab data celcom yang free biasalah, slow sikit.
Dapat je connect wifi, perkara pertama yang aku scroll ialah komen.
Ya Allah. Menitik air mata aku baca. Thank you guys. Aku tak tau nak ekpress perasaan aku cmna. Tapi nasib baik time rehat. So xda org kat ofis.
aku lap air mata sesorang.
Aku scroll dari atas sampai bawah, berpuluh puluh doa yang aku trima. Itu tak kira yang lagi mengaminkan.

Kalian tak pernah jumpa aku, tak kenal pun aku siapa. Tapi kalian tak berhenti bagi semangat. Doa dan kata2 positif yang kalian bagi, sgt2 memberi kesan pada aku. Terima kasih. Sungguh, xmampu aku balas. Setiap kali tadah tangan doa, aku mesti sebak, bukan sebab kesulitan yang melanda, tapi sebab teringat doa2 dan harapan yang kalian tulis. Klau ikutkan rasa nak g salam and cium tgn2 yg bg kata semngat tuh. Sgt terkesan pada diri aku.

Kepada yang mintak no account. Aku mintak maaf, aku rasa belum layak. Baru di uji dgn wang, aku dah melatah. Baru satu nikmat Dia tarik, aku dah merungut meyalahkan yang lain. Lagi pun mak pasti tak suka sekiranya aku meminta, sedangkan dia lansung tidak merungut. Jgn risau, kami still ok. Cukup makan, daging korban pun ada.

Pasal mak, aku belum bawak ke klinik lagi, baru je lepas cuti, jadi agak susah nak dapat cuti lagi. Bengkak pun dah surut, lepas makan pil farmasi tu. Tunggu masa nak cabut je nt. Oh ye, untuk yang kirim salam kat mak, aku dah sampikan. Aku cakap “kawan Facebook kirim salam”.

Sebelum aku berhenti, aku sgt2 meminta kalian supaya jgn berhenti memberi moral support kepada yang lain. Sgt2 memberi kesan. Kadang2 bukan duit yang diperlukan, tapi sokongan untuk terus berusaha. Begitulah sikap manusia, bila berada dibawah pasti akan hadir perasaan lemah, tiada yg ingin mengambil tahu dan hati kadang mempertikai kenapa jalanku begini sukar. Sedangkan ramai diluar sana yang sanggup tak berhenti mengulur tangan, bantu dengan apa adanya mereka.
Sebelum ni aku slalu fikirkan jalan untuk lari dari jadi kerani. Selalu dambakan pekerjaan lain yg lebih bagus. Tapi mulai hari ini tidak lagi. Aku akn buat, bersungguh2. Aku tak akan tanya lagi diri aku tentang benar atau tidak jalan yang dipilih. Buat yang terbaik, yang terbaik pasti akan datang. Terima kasih, kalian buka mata seluas luasnya.

Setiap kali rasa down aku akn scroll balik nasihat2 yang strangers nih suma bagi kat aku. Dan aku akan sentiasa ingat bahwa, ‘masih ada yang peduli’.
Terima kasih tau korang!
Allah sahaja mampu balas.
Jujut dari hati aku.

– Jojo Arsyid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments