Aku Bukan Perampas

Aku seorang pelajar di Ipta tempatan. Aku terpanggil untuk membuat coretan ini kerana aku dalam dilema dan fobia untuk terima mana mana lelaki. Perasaan ini hadir selepas aku dituduh cuba merampas kekasih kawan sendiri (kamilah).

Akhir tahun 2016, aku terima whatsapp dari nombor yang tak ku kenali. Lalu aku bertanya siapa empunya dirinya. Setelah dia memperkenalkan dirinya, baru ku tahu dia adalah kekasih kawan aku, kita panggil dia spongebob jer lah.Tujuannya adalah untuk berterima kasih sebab aku dah meyakinkan kamilah untuk terima diri dia.

Sejak dari itu, dia kerap whatsapp aku untuk tanya khabar dan bagi lagu yang dia nyanyi. Sampai sekarang masih dalam simpanan. Oh ya, Lupa nak bagitahu… pada waktu tu..aku minat dekat orang lain…cukup aku gelar dia teddy bear…dan ada seorang lelaki minat pada aku namanya Mr. F. Tapi aku x pernah pun minat pd Mr. F. Haha. Macam macam aku buat untuk buat Mr. F tarik diri.Sampai satu tahap spongebob menawarkan diri untuk jadi tunang olok olok aku.

Salah aku juga terima pertolongan dia….sudahnyaa…sampai sekarang Mr. F masih tunggu aku. Okey okey back to the story…aku dengan spongebob aku Cuma berhubung selama 2 bulan. Aku dengan dia janji yang kami tak akan berhubung antara satu sama lain Sebab aku tak sampai hati buat macam tu pada kamilah. Lagipun aku sama sama perempuan. Faham apa yan kawan aku rasa bila dia tahu. Then, dia pun sedar apa yang dia buat tu salah. So, aku pun delete nombor dia and block dia punya nombor.

Hari pun terus berlalu…sampailah bulan 6…iaitu selepas 4 bulan aku tak berhubung dengan spongebob. Tup tup, one day dapat whatsapp dari nombor yang tak dikenali mengatakan dia ni spongebob. Hurm…rasa lain macam..so aku check balik nombor spongebob dkat list block…aku terpaksa unblock balik sebab nak tahu kepastian. Then aku marahla spongebob ni…jangan mungkir janji.

Bila diperiksa…nombor yang menyamar jadi spongebob tu bukanlah spongebob yang betul…rupa-rupanya dia tu cikgu kelas tambahan kawan aku….nak panggil apa eh..ok..kita panggil dia takeshi…haha. tetiba whatsapp tanya hubungan aku dengan spongebob…korang rasa?. Bila aku tanya kamilah, dia mengiyakan…so aku speechless…dahla serabut dengan assignment. So aku cakap elok elok dengan cikgu tu…korang tahu tak dia cakap apa. Then aku buat group whatsapp dalam tu ada aku, kamilah( kawan aku), takeshi dan spongebob.

So dalam group tu, aku cakap terang-terang yang dengan spongebob xde apa apa hubungan. Kalaulah aku ada simpan screenshot whatsapp aku dengan spongebob tu….hurm….mesti diorang ni baru nak percaya kan. Tapi aku tak simpan sebab tak pernah terfikir benda ni akan jadi. Then, diorang pun left group tu sorang demi sorang. Aku masih ingat pesanan cikgu tu yang berbunyi:

“awak tu perempuan…so, jagalah maruah tu sikit…jangan nak jadi perempuan murahan”.

Kau rasa….weh…kau ingat aku terhegeh-hegeh dekat lelaki ke?. Cukup la aku minat teddy bear sorang. Aku hilang respect dekat cikgu tu. Sejak dari tu, hubungan aku dengan kawan aku putus. Dengan spongebob lagilaaaa…..aku block sekali lagi nombor dia.

Sejak peristiwa tu, mana mana lelaki yang datang mendekat nak kenal ke apa….aku tak boleh terima. Baik mana pun..selagi tak kenal betul betul..jangan nak mendekat dengan aku. Aku fobia buat baik dengan lelaki.

Sekarang Alhamdulillah, i feel happy with my life now, ada Mr.F, teddy bear and my family and friends. Aku hanyalah seorang perempuan biasa, siapa kamu untuk uji seorang perempuan yang lemah macam aku. Pengajarannya, kalau ada masalah dalam hubungan, cuba selesaikan masalah tu tanpa melibatkan orang lain.

Pesanan buat lelaki, Jangan kerana perempuan berbuat baik pada kamu, kamu anggap dia ada perasaan pada kamu. Begitu juga buat perempuan. Jadilah perempuan yang garang seperti singa jika ada lelaki yang ingin mendekatimu. Biarlah dia mendekati dirimu dengan cara yang halal.

– secret woman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *