Aku dan Depresi

Assalamualaikum IIUM confessions. Selamat berkenalan semua. Nama aku Hannan.

Aku belajar dekat sebuah university di selatan tanah air. Boleh dikatakan, aku ni seorang gadis yang periang jugaklah, happy go lucky dan aku memang peramah. Aku suka apa yang aku belajar, and study is good. My housemates are all nice people – kebanyakkannya dari background sekolah agama dan my classmates are irreplaceable. Dioranglah kawan aku sehidup semati. My family is so-so la, diorang ada sedikit abusive but I love them unconditionally. Aku pun dulu ada seorang pakwe yang agak segak jugaklah orangnya, handsome la jugak kalau nak dibandingkan dengan aku yang agak berisi dan berjerawat. Hidup aku bahagia. Hari-hari aku lalui macam biasa dan aku senang fokus masa belajar, dan disebabkan aku couple PJJ – aku bebas nak keluar kemana-mana tanpa sekatan dengan all my girlfriends masa weekends. I was happy. Tak pernah aku segembira ini.

Sampailah satu hari – semuanya jadi tunggang terbalik. Satu hari, aku bangun dengan satu rasa yang tak boleh nak aku gambarkan dalam hati ni. Dia macam resah, gelisah – tapi aku takde apa pun yang nak diresah gelisahkan. Masa ni, bermulalah satu episode baru dalam hidup aku – aku menentang syaitan dalam kepala aku. Pada mulanya, semuanya mild. Kadang-kadang aku rasa dan bila aku happy, semua rasa ni pergi. Tapi, ada masanya bila aku bangun pagi, aku rasa macam aku tak mampu nak hadapi hari ni. Aku pergi kelas, huha huha kat sana, dan walaupun aku happy, perasaan tu tetap tak mahu pergi. Dia melekat kat dada aku, kat kepala aku dan dia tak nak pergi. Aku jadi teramat penat sebab bila malam, aku tak boleh tidur. Bila aku tidur, aku terjaga awal pagi dan aku tak boleh lena sampai esoknya. Rasa tu sendiri buatkan aku penat. Tangan aku mula menggeletar. Apa yang aku makan, semua keluar balik.

Benda pertama yang aku buat, aku bagitahu pakwe aku pasal ni. Aku ingat, dia akan faham dan cuba untuk cheer up aku. Tapi, sangkaan aku meleset. Setiap kali aku luahkan rasa hati ni, dia akan bagi nasihat yang sama. Hannan, jangan tinggal solat. Abang busy. Lain kali abang text. Dan benda tu berlarutan tiap hari, sampailah akhinya kantoi – rupanya dia dah ada orang lain, dan dia gunakan alasan dah tak ada rasa cinta lagi dekat aku and dia dah bosan dengan PJJ masa dia mintak break. Aku pasrah tapi disebabkan aku ini seorang pencinta yang passionate lagi setia (cewah), this event hit me hard. Tapi, aku dah nampak kebaikan dia setelah beberapa bulan aku break. He used to tell me that, tak akan ada orang lain kat luar sana yang nak kat aku selain dia. Macam aku ni buruk sangat sampai orang lain tak nak. So, itulah – salah seorang yang aku ingat ada disamping aku waktu aku depressed akhirnya pergi tinggalkan aku. -1

Kemudian aku mua cari kawan-kawan. Tapi, apa yang aku kesalkan – bila aku bagitahu diorang, tetap benda yang sama diorang usulkan. Hannan, solat jangan tinggal. Berdoalah sekerap mungkin. Bukanlah aku tak setuju dengan diorang, tapi yes, aku solat – dan aku berdoa – aku baca quran – tapi semuanya still sama. Aku figure out aku perlukan support. Tapi, bila aku depressed perangai aku pun mula berubah. Aku jadi hilang semangat nak buat kerja apapun. Kelas pun aku mula tuang tanpa sebab. Bila aku drive balik rumah sewa, sengaja aku pusing 10 kali kat luar supaya aku tak perlu masuk rumah and hadap kawan-kawan aku tu. Diorang tak salah. Tapi diorang jauhkan diri daripada aku. Keluar sama-sama, tapi tak pernah ajak aku. Mungkin sejak aku depressed aku bertukar jadi some sort of a jerk. Aku kurang bercakap, aku tak makan sangat dan aku kerap tidur. Tapi, aku tahu diorang tahu. Sebab aku bagitahu diorang. Dan sumpah, aku pertahankan tali persahabatan kitorang ni. Memang ada masalah dalam rumah tu, dan aku tahu bukan 100% salah aku. Aku perlukan support diorang. Tapi akhirnya diorang pergi dan tinggalkan aku sorang diri. Kawan-kawan yang dulunya rapat dengan aku akhirnya jumpa kawan lain. Satu satu tinggalkan aku. Tapi, takpe. Aku faham semua orang nak happy. Aku tak berhak nak ikat diorang dengan aku. Lebih-lebih lagi masa aku tengah stress macam ni. I don’t want to hurt the others. -1

Sampailah akhirnya, aku cari family aku. Tapi, inilah yang paling menghampakan aku sebab both my parents said that I was mengada-ngada. Aku malas. Aku ni pemalas nak belajar sebab tulah aku tuang kelas dan tak buat assignment. Aku malas sebab tu test aku teruk. Tak payah nak salahkan orang memang semua musibat tu dari aku. -1

So, this fight between me and my demons, sepatutunya boleh jadi 4 VS 1, tapi akhirnya tinggal aku sorang angkat pedang dan cuba lawan. 1 VS 1. Kau rasa? Aku berkali-kali kecundang. Aku mula cari escape lain – Aku mula toreh diri sendiri. Sebab sakit itu akan numbkan rasa lain. For once, perasaan itu hilang-tapi rasa tu diganti dengan rasa sakit. Tapi, lepastu – kau akan rasa malu. Malu dengan Allah atas apa yang kau dah buat dengan diri sendiri. Tapi, disebabkan aku on this fight on my own, aku bagi masa pada diri sendiri. Aku tahu aku akan jatuh dan bangun berkali-kali tapi aku tetap berdoa agar satu hari nanti, semua ini akan berakhir. Kau tak tahu macam mana rasanya bila kau rasa mati itu satu option yang lebih baik dari hidup.

Jadi pesanan aku pada korang, kalua korang ada kawan yang macam ini – aku merayu tolonglah jangan ignore. Diorang penat melawan syaitan dalam diri, jadi boleh kan kalau kau tolong sikit dan at least dengar semua luahan hati kawan kau tu? Sikit pun tak guna duit. Jangan bagi nasihat yang sama each time diorang luah perasaan, dan kalau boleh give them hugs and assure them that whatever happens, you will be by their side. Itu yang penting. Paling aku terkilan dalam kes aku ialah kawan-kawan aku. Akhirnya diorang terbukti bukan kawan aku yang sejati. Akhirnya tali persahabatan yang aku pegang erat tu jugaklah yang lukakan aku dan buatkan aku berdarah.

Satu lagi benda yang aku kesal aku tak buat ialah aku tak perasan yang selama ni, hubungan aku dengan kawan-kawan dan ex aku adalah hubungan yang toxic. Ex aku banyak cakap pasal aku gemuk dan berjerawat semua tu – tapi aku gelakkan aja. Kawan-kawan aku pulak, selalu mintak tolong itu ini tapi bila aku mintak tolong, sorang pun tak berani tampil. Aku ada mintak kawan-kawan aku teman untuk aku pergi checkup di hospital – all of them declined. Sebab hospital jauh dan diorang ada kerja lain. Dalam setiap perkara, aku cuba husnuzon. Aku fikir yang baik-baik aja, tapi akhirnya aku yang makan hati – dan mungkin inilah penyebab penyakit aku. Im trying too hard to please the others, but I never take care of myself. Dalam hidup, aku cuba untuk beri yag terbaik. Aku harap, satu hari nanti aku akan jumpa rang yang boleh beri yang terbaik jugak untuk aku. Jadi, aku pohon doa dari korang. Doakan aku berubah okay! In sya Allah, I will write again.

– Love, Hannan

– Hannan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit