Aku dan Rumah

Salam semua, aku akan cuba sedaya upaya utk ringkaskan luahan ni. Aku tahu korang orang² yg baik, so aku harap korang tak judge aku.

Sedikit mengenai parents aku, ibu aku menghembuskan nafas terakhir masa aku sekolah rendah. Arwah arwah kemudian decide utk kahwin lain, dia stay kt rumah ibu tiri aku dan menghembuskan nafas terakhirnya masa aku menginjak usia 18 tahun. Adik beradik aku pulak, ada study luar negeri dan kerja di KL so dorang balik masa cuti panjang atau raya.

Dari form 1, aku selalu sorang² kat rumah, kdg² sengaja balik lewat dari sekolah, lepak di perpustakaan la, jalan² dlm shopping complex la sbb tak nak duk sorang kat rumah. Tapi time tu aku takde rasa sunyi sgt sbb arwah arwah aku selalu datang utk hantar dan ambil aku dari sekolah, belikan makanan utk aku dan bagi duit belanja walaupun dia stay kat rumah lain. Sekali sekala dia datang jugak rumah ajak aku gotong royong. Hehe..

Sunyi itu dtg dan menebal bila arwah ayah pula pergi menghadap Ilahi lepas aku graduated SPM.. Start dari saat itu, detik itu, everytime aku bukak pintu rumah, perasaan yg tak pernah aku rasa muncul. Walaupun sjk form 1 aku duk sorang, tak pernah lagi aku rasa kosong mcm tu, rasa kebahagiaan tu hilang. Perasaan anak yg kehilangan ibu dan ayah je tahu. Walaupun adik beradik semua dah balik, takde yg mampu isi perasaan tu malah perasaan tu makin parah. Kitorang selalu bergaduh, selalu memarahi antara satu sama lain. Aku dgn dorang memang tak rapat so hal ni membuatkan kitorang lagi tak bersefahaman and berbeza pendapat. So aku kemudiannya decide utk bawa diri ke KL, adik beradik aku pulak kdg² dorang outstation so dorang kdg² je ada kat rumah.

After couple of years, aku decide utk stay rumah parents aku ni balik. Time tu mmg aku yakin sgt utk balik. So aku akhirnya bertolak balik and bila sampai kat rumah, pulas je tombol pintu rumah tu..mcm angin, serta merta perasaan tu dtg and jauh lebih teruk dari sebelum ni. Rasa kena tanam dalam tanah. Rasa terkurung dlm rumah sendiri. Keluar dari rumah pun rasa sunyi, masuk ke rumah pun sunyi. Perit sangat perit. Tak tahu nak ungkapkan mcm mana. Bila merantau, sunyi tu mcm dah kurang so that’s why aku decide utk balik. Yela kononnya rasa mcm aku dah okay kan. Tapi bila dah sampai, lain pulak jadinya. Dahlah still cari kerja baru kt sini, pastu member² pun bukan selalu free, so mmg banyaklah masa tu duk rumah je la..

Rumah ini sunyi. Sunyi mcm hati aku jugak.. Bukannya tak meredhai, cuma tak mampu mengharungi hidup tanpa mereka. Aku hrp satu hari nanti aku boleh stay kat rumah tanpa rasa sunyi lagi..

Kalau orang lain, rumahku syurgaku.., bagi aku ayat itu hanya boleh diucap bila ibu dan ayah jugak ada dalam tu. Aku tahu ini cliche tapi aku nak jugak cakap, korang hargailah, jgn lukai hati dorang dan sentiasa tunaikan apa yg dorang nak.

Itu sahaja, salam…

– Pufferfish

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *