Aku Depression Ke?

Salam. Thanks admin. Pertama sekali sebelum aku nak confess, aku nak korang yang tahu pasal depression ni komen. Yang tak tahu apa itu depression tapi nak support boleh tapi better diam daripada berkata-kata kalau tak tahu nak cakap apa.

Nama aku Cik berusia 20-an.. aku dari keluarga yang bercerai berai. Pernah suatu ketika di waktu kecil aku membuat cubaan membunuh diri dengan menghentak kepala aku di dinding terutamanya bila dimarahi ibu..disebabkan hanya ibu saja tempat bergantung aku akan rasa tertekan jika dimarahi ibu walaupun hal kecil. Menghentak kepala di dinding, pintu almari, hentak dinding menggunakan buku atau barangan keras juga termasuk. Selain tu aku juga akan bergaduh dengan kakak yang sangat teruk kerana dia suka cari pasal. Pernah juga kami bertumbuk kerana dia putuskan keychain aku yang aku beli dari hasil duit simpanan. Untuk informasi korang hidup aku tak senang. Punca kakak aku selalu cari pasal pun aku tak tahu. Ada saja apa aku buat tak kena di matanya. Sampai sekarang dia macam tu cuma bezanya sudah tidak menggunakan fizikal lagi.

Berbalik kepada cerita aku. Akademik aku alhamdulillah tiptop semua straight As tak ada masalah dan untuk informasi korang aku pun dah selamat bergraduasi pun cuma belum bekerja.

Masalah aku sekarang adalah aku rasa aku menghadapi masalah depresi. Kenapa aku berkata demikian adalah kerana setiap test atau ujian saringan yang ada di dalam carian google ini semuanya memberi ‘hint’ bahawa aku mengalami moderate to severe depression. Tanda-tanda yang aku alami juga menguatkan lagi menunjukkan bahawa aku sedang bermasalah. Contoh apa yang aku alami adalah setiap kali ada masalah yang menjengah..fikiran aku akan terfikir macam ni “alangkah bagusnya kalau aku dah tak hidup di dunia ni” dan juga serta merta akan terasa seperti tidak disayangi. Perasaan ini kerap dirasakan. Hampir setiap malam bersedih. Aku juga lebih suka tidur dari beraktiviti. Tidur aku berlebihan jam pun aku tetap selesa. Selain itu aku lebih suka bersendirian. Apabila semua ahli keluarga keluar daripada rumah aku akan rasa bahagia serta merta dan bersemangat buat kerja.

Kadang kadang aku akan terasa seperti tiada mood untuk membuat apa-apa kerja dan akan terbaring saja di rumah. Terapi aku adalah makan tetapi sejak dua tiga menjak ni terhalang disebabkan kewangan maklumlah belum bekerja lagi. Banyak lagi tanda-tanda lain yang aku alami. Aku lebih suka berbaring dan tidak membuat apa-apa itu lebih mengembirakan. Orang ada cakap orang depresi ni tak dapat belajar dengan sempurna, tak perform dalam relationship tapi aku dapat belajar dengan jayanya (aku sangat struggle masa belajar dengan perasaan tidak suka beraktiviti ni) dan aku gembira dengan relationship yang aku ada. Kami jarang ada masalah kerana dia penyabar.

Hati aku terdetik untuk buat semua test depresi semula (sebelum ni pernah buat) apabila aku ada menonton show TV tentang depresi. Semuanya memberi keputusan aku mengalami moderate atau severe depresi.

Buat masa sekarang aku tidak berkenderaan manakala ibu pula tidak tinggi pelajaran. Aku pernah bercerita masalah ini dan dia hanya diam dan tidak respon. Bagaimana aku mahu mengajak dia nak pergi check up di hospital buat masa sekarang ini. Nak pujuk senang dicakap tapi bila orang yang tak faham tentang depresi ni memang tak mahu tolong walaupun aku cakap ‘minta tolong’ .

Jadi aku mohon warga iiumc yang membaca confession aku..tolong bagi arah jalan mana aku harus menuju. Aku buntu sangat. Apa aku patut buat sekarang ni..mahu sangat aku berjumpa doktor seterusnya dirujuk ke hospital..aku perlukan bantuan. Sukar rasanya nak berlawan dengan perasaan sendiri yang sentiasa berubah-ubah ni.

Tolong aku korang..aku perlukan bantuan.. siapa yang pernah alami depresi dan sudah diubati juga mohon komen nanti aku akan PM siapa siapa yang sudi bantu..

– Insan perlukan pertolongan sebelum aku terbuat benda bodoh…

– cik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *