Aku Faham Perasaan Kau

Bang,
Aku pun berada difasa kau, tapi kau jauh lebih dasyat dari aku. Aku pun tak dapat bonus macam kau disebabkan aku bukan pekerja pilihan.

Aku Graduate Trainee dalam sebuah syarikat yang agak gah. Sekarang nak cari kerja memang susah. Disebabkan ekonomi tak tentu hala, program Trainee ni diberhentikan serta merta. Kami yang tinggal ni, diberi pilihan untuk berhenti atau jadi executive. Ye! Memang bunyi best executive dan aku tak diberi pilihan untuk masuk department yang aku suka.

Aku diarah masuk department marketing dan mengisi kekosongan yang ada. Aku pun pernah melawan cakap boss aku. Perwatakan aku agak kasar tapi aku tak suka cakap belakang dan lebih berterus terang. Cuba ko bayangkan bang.. Kalau ade isu pape dalam department aku .. aku tak tau.. bila isu timbul aku dipersalahkan diarah untuk kerja waktu cuti dan buat kerja. Bila aku tanye “tak de kaitan pun dengan awak”… Boss aku memang dah lame tak suka aku, dia simpan dendam kesumat dengan aku .. sehingga review untuk bonus. Dan aku tak sedar pun boss aku tak suka aku.

Masa hari review.. aku tak tau nak menangis atau pengsan. Partner aku sendiri tikam aku, print semua kerja yang aku pernah buat salah dan bukannya yang telah dibetulkan .. dan menjadi gunting dalam lipatan. Walhal, waktu dia tengah pantang.. Aku ganti tempat dia dan aku buat kerja aku sekali dengan Tiada apa2 elaun. Dan selama 2 bulan .. aku balik lambat … dalam tempoh tu.. subdepartment aku dapat award dan award itu diatas kerja aku ……

Hari performance review:
Boss aku cakap “I dah bagi you peluang.. tapi you tak amek peluang I bagi, Nadia dah cerita semua dekat I .. apa yang you buat” masalah nye, aku tak tau pun aku ade buat salah dan aku tak tau dia bagi aku peluang. Aku …. memang suka melawan.. tapi aku tak seburuk kau Nadia .. melagakan aku demi mendapatkan bonus.

Dalam bonus ni bang, kte panggil bell curve. Memang ade yang wajib tak dapat dan kte mangsa2 nya.

dan dalam pengakhiran review tu.. “I memang nak you benti, benti jelaaaa.. I dah tak de hati nak you kerja bawah I”

Aku menahan perasan sampai aku dapat bipolar mood disorder. Bila aku orang baru, apa aku cakap tiada ertinya.. Lagi2 kita orang bawah. Ko boleh bayangkan bang.. HOD aku pun turut plan nak kene kan aku. Dan aku masuk department tu hanya mengisi kekosongan disebabkan kerja belambak Tak de orang cover.

Aku faham kesedihan kau bang.. kau menanggung keluarga .. dan aku turut menanggung keluarga . Mak ayah aku tak de rumah, kami Adek bradek sewa. Along aku pun sakit dengan Adek aku. Aku dengan Ngah je kerja. Nak tanggung kehidupan. Belanja semua mahal. Nak hantar mereka ke hospital Tiap2 bulan. Perit bang… perit…

Sekarang aku dah benti kerja.. aku masuk wad orang gila 2 minggu menahan perasaan.. nak luah mati mak.. nak ditelan mati anak.. aku nak cite panjang pun.. Tak terdaya …. moga aku dapat kerja tempat lain.. yang Lebih baik suasananye dan begitu jua kau bang… moga ALLAH memberi rezeki lebih buat mu abang Posmen.

Tergamak orang atasan buat kami macam ni…

– Kita Mangsa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit