Aku Gila?

Aku Gila?

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Aku pelkenalkan diri aku sebagai An. Aku menulis ni dalam keadaan aku tengah murung & tertekan. Panjang luahan aku ni. Tujuan aku confess ni semata-mata nak luahkan rasa yang menyesakkan dada aku sekarang ni. Ini kisah benar yang terjadi kat aku, tiada yang aku reka-reka. Maaf kalau penulisan aku terterabur, dah lama sangat aku tak mengarang. Sebelum aku cerita panjang masalah kemurungan aku ni, aku nak bagitau macamana bermulanya kemurungan aku tu.

Aku mula kenalpasti aku depress bila aku kenal husband aku, Ahmad. Untuk pengetahuan, aku ni 2nd wife. Jangan kecam dulu, jangan kata aku salah saluran sebab luahkan kat page ni. Bagi aku page makcik-makcik bawang tu sekadar tempat untuk makcik-makcik bawang memaki hamun mencarut kat tt. Bagi aku explain. Aku & Ahmad bercinta dari aku 1st year lagi. Tapi dapat tentangan daripada abang & akak ipar Ahmad. Macam-macam yang abang & akak ipar Ahmad buat untuk pisahkan kitorang. Aku pernah kena pukul, sepak terajang.. Maki hamun tu memang berbakul-bakul la. Mak Ahmad pun tak terkecuali cuba pisahkan kitorang.

10tahun kitorang bercinta, Ahmad kena paksa nikah dengan kawan baik akak ipar dia. Aku dapat tau pun dari makcik Ahmad yang memang kamceng dengan aku. (Many thanks to Mak Yah sebab sampai ke hari ni masih support & bagi semangat kat aku.) Beria sangat abang & akak ipar Ahmad recommend kan perempuan ni (sekarang ni 1st wife Ahmad). Kenal 2 bulan je terus nikah. Hebat kuasa Allah, tak mampu kita nak halang urusan jodoh ni.

Ahmad ikutkan aje sebab nak puaskan hati family dia, lagipun abang dia dah ugut macam- macam sampai nak buang dia dari family bagai kalau Ahmad masih bercinta dengan aku. Aku frust gile bila Ahmad macam takde pendirian, ikut je apa orang lain suruh. Beberapa minggu sebelum Ahmad bernikah dengan 1st wife dia, aku kena pukul sepak terajang bila abang Ahmad tau yang kitorang masih berhubung. Time tu Ahmad datang kat tempat kejadian & bergaduh bertumbuk pulak dengan abang dia. Aku buat police report & pegi hospital untuk check up. Tapi abang dia tak dikenakan apa-apa tindakan pun… :(

Ahmad selamat bernikah dengan perempuan tu masa birthday aku. Surprise!!!!! Sedey baiii.. Time tu aku kena outstation kat Kuantan & colleagues aku sorang pun tak perasan aku tengah sedih gile babeng masa tu. Sorang pun tak tau kekasih hati aku tengah happy bersanding masa tu. Aku busy kan diri dengan kerja. Pegi outstation kat KK ada 1 number tak dikenali call aku, tapi silent tak cakap apa-apa. Aku tak syak Ahmad call sebab 3 minggu dia tak contact aku. Seronok agaknya dah hidup berumahtangga :)

Aku cuba redha dengan ketentuan Allah ni. Aku pikir mungkin Allah nak temukan aku dengan lelaki lain yang jauh lebih baik dari Ahmad. Aku balik dari outstation Ahmad datang office aku, mintak maaf merayu- rayu ajak aku nikah. Ahmad kata dia dah tak peduli apa nak jadi lepas ni. Of course la 1st wife dia mengamuk call aku macam orang hilang akal. Mulanya aku pikir dah tak nak Ahmad wujud dalam hidup aku. Aku solat istikharah banyak kali. Pendek kan cerita la k, bodoh tak bodoh nya la aku nikah jugak dengan Ahmad lepas tu. Meroyan jugak la 1st wife dia sebab baru je lagi jadi wife tiba-tiba dapat madu. Untuk pengetahuan, sebelum diorang nikah, perempuan ni & adik beradik perempuan ni dah jumpa dengan aku & perempuan ni cakap dia tetap nak juga nikah dengan Ahmad walaupun tau aku & Ahmad bercinta dah 10 tahun. :(

Bermula la nightmare dalam hidup aku. 1st wife control macam-macam sampaikan Ahmad tak berlaku adil kat aku. Letih & penat berbincang dengan Ahmad apasal ni. Setiap kali aku ajak berbincang pasal ni je automatic akan terus jadi gaduh besar. Ahmad tak balik rumah aku berhari-hari, kadang-kadang berminggu. Aku rasa sangat perubahan besar pada Ahmad. Aku ajak bincang elok-elok je pasal hak-hak aku & anak, tapi Ahmad terus melenting. Dia kata aku tak paham keadaan dia. Aku tak minta lebih pun..aku cuma minta adil kat aku & anak je.

Sampai la 2016 Ahmad halau aku & anak dari rumah tu. Adik aku yang datang ambil aku then bawa aku balik rumah parents. Beberapa bulan lepas tu aku & Ahmad berbaik semula. Tapi sampai ke hari ni aku tak tinggal sebumbung dengan Ahmad. Bukan aku tak nak, tapi Ahmad yang tak nak. Sebulan sekali je dia balik kampung jenguk aku & anak. Anak aku dah nak masuk 3yrs bulan depan, dah setahun lebih dia membesar tanpa perhatian ayah.

Bila tinggal di rumah parents aku jadi makin tertekan. Jiran-jiran kiri kanan mula tanya mana suami, kenapa tak tinggal sekali. Hujung minggu adik beradik aku balik rumah parents, aku rasa diorang pandang semacam je kat aku sebab aku hidup menumpang kat rumah parents. Aku jobless. Aku rasa adik beradik aku dah tak nak bercakap dengan aku. So, aku decide sewa rumah lain tapi kerap juga aku balik ke rumah parents.

Aku cari kerja untuk busy kan diri supaya aku dapat lari dari depression yang aku rasa. Tapi aku stress dengan persekitaran kat tempat kerja aku. Aku suka kerja aku tu, tapi aku tak boleh blah dengan manusia-manusia yang busy body tanya pasal rumahtangga aku & ramai yang serkap jarang. Ada yang fitnah kata aku janda. Ada yang hari-hari asyik perli janda suka kebas suami orang. Staffs lelaki pulak acah-acah try aku padahal diorang dah berbini & beranak pinak. Seriously aku tertekan dengan orang camtu.

Masa company annual dinner aku ajak Ahmad ikut sekali. Lepas tu senyap cerita konon nya aku ni janda. Tapi dengar pulak suara-suara sumbang tak puas hati dengan gaji aku. Katanya aku buat kerja sama macam orang lain tapi kenapa gaji aku lagi besar. Apasal increment diorang cuma rm70-80 je sedangkan diorg dah kerja 5,6 tahun. Apasal aku dapat lebih berganda-ganda dari diorang. Mana diorang dapat tau tu aku pun tak tau, mungkin budak HR yang rapat dengan diorang yang sampaikan. Wallahu’alam. Kenapa la diorang tak boleh fikir dalam sebulan berapa kali diorang ambil mc, berapa kali datang lambat, berapa kali ambil EL, ada jaga kpi masing-masing tak, perform ke tak. Apasal tak boleh fikir…

Ada yang sengaja cari kesalahan aku. Pantang aku ada buat error sket habis di canang 1 tempat kerja. Stress dengan orang-orang camni aku ambil keputusan untuk resign. Again aku jobless. Aku rasa susah sangat-sangat sekarang ni. Ahmad memang bagi duit setiap bulan. Tapi cukup untuk beli pampers, susu & jajan anak aku je.

Aku dalam keadaan tertekan minta Ahmad ceraikan aku sebab aku dah tak rasa macam isteri dia. Tapi Ahmad tak nak ceraikan aku. Family aku semua dah malas nak ambil port pasal rumahtangga aku sebab gaduh berbaik smula, gaduh berbaik semula. Sampai kan aku rasa sebenarnya family aku suka kalau aku ni hidup sebagai janda.

Aku rasa dada aku sesak sangat-sangat. Aku jadi rimas dengan anak aku. Sumpah aku kesian kat anak aku. Aku pukul dia. Aku maki dia. Pastu bila aku dah cool aku menyesal sangat-sangat. Aku menangis sampai bengkak-bengkak mata. Aku sayang sangat sangat sangat sangat sangatttttttt kat anak aku tu. Aku tak nak dia membesar dalam keadaan macam ni. Tapi aku tak mampu nak kawal anger. Kadang-kadang aku asek tidur je & biarkan anak aku main sorang-sorang. Ya Allah bantu la aku..

Aku putuskan hubungan dengan semua kawan-kawan aku. Aku jadi silent reader kat fb & wsapp group. Diorang pm aku tak reply, call aku tak answer. Aku ada perasaan jealous tengok kawan-kawan aku berjaya, bekerjaya & ada family yang bahagia. Aku rasa rendah diri sangat-sangat.

Nak buat apa pun aku dah takde rasa berkeinginan. Sampai ada masa aku malas makan, malas mandi, malas masak, aku asek tido…tido..tido.. Ya Allah berikan la aku kekuatan, berikan aku kesabaran, berikan aku petunjuk, permudahkan segala urusan aku. Please aku merayu

Ahmad tak nak cuba faham apa yang aku lalui. Tak support aku. Dulu kitorang tak macam ni. Dah bertahun aku cuma mengadu kat journal aku je. Journal aku fancy & colourful sebab aku creative..Tapi tak macam hidup aku..suram.. Aku sedih sangat-sangat sekarang ni. Selalu fikir nak mati je. Kerap rasa nak bunuh diri, tapi takut la pulak. Takut nak gantung diri, takut nak toreh lengan, takut nak terjun bangunan. Pastu terpikir pulak kalau aku mati macam mana dengan anak aku? Ke aku patut sama-sama terjun bangunan dengan anak aku? <—bercakap macam orang takde pegangan agama kan? Mesti korang nak cakap camtu kat aku kannnnn… Korang tak paham..

Aku solat. Aku mengaji. Tapi jiwa aku tak tenang. Korang nak kata solat aku tak sempurna ye? Menangis2 aku kat sejadah setiap kali solat sampaikan anak aku takut, dia diam je, pastu pujuk aku & usap2 bahu aku then cakap “ummi jangan la nangis, ummi diam ye.. Syyhhh syhhh”. Anak aku umur 3 tahun wei…aku kesian tengok dia.

Ahmad memang ada wsapp & call aku, tanya khabar aku & anak. Tapi aku dah takde feel, takde interest nak berbual dengan dia. Aku banyak senyap je. Dengan family pun aku tak banyak bercakap, macam bermusuh pulak. Diorang tanya apa-apa aku akan jawab sepatah dua, tak pun angguk geleng je. Aku dapat rasa diorang anggap aku kurang ajar, mesti diorang tak fikir yang aku ni tengah sakit jiwa. Sakit sangat-sangat. Tenat.

Aku tak tau nak cerita kat saper. Yang aku paling kesian sekarang ni kat anak aku, kesian dia dapat emak macam ni. Aku ni betul-betul tak guna. Aku takde masa depan. Aku rasa tak mampu nak bagi anak aku hidup senang macam anak-anak orang lain. Pernah aku terfikir nak buang anak aku ni. Entah kenapa aku rasa dia macam 1 bebanan pada aku. Tapi lepas aku dapat berfikir macam orang waras aku rasa menyesal sebab pikir yang bukan-bukan. Sebenarnya aku ni gila ke apa? Aku takut sangat nak pegi jumpa psychiatrist. Lebih tepat lagi aku sebenarnya malu.

Sekarang ni aku tengah menaip confession ni dalam gelap, dalam bilik sambil nangis-nangis. Anak aku kat rumah parents. Aku tak suka anak aku tengok aku dalam keadaan macam ni. Aku selalu menyesal marah-marah anak aku, dia baru umur 3tahun. Apa la yang dia tau.. Aku cuba manage anger aku ni, aku cakap elok-elok kat anak. Tapi tak lama.. Lepas tu aku tinggi suara semula. Ya Allah, kenapa dengan aku ni. Aku ni dah jadi gila ke?

Kat pekan kecik macam ni memang susah nak dapat kerja yang gaji besar. It’s ok.. Aku ni bukan jenis memilih kerja pun. Kelmarin aku isi form kat 1 kilang plywood ni. Pastu orang tu terus panggil aku interview & cakap aku dapat kerja tu & mintak aku datang semula bawa certs. Dia kata klau nak apply kerja clerk dia nak tengok certs. Pastu dia suruh aku datang semula sebab nak tunjuk tempat kerja & explain scope of works. Jantung aku macam nak pecah sebab happy sangat-sangat.

Semalam aku datang bawa resume & certs. Hati aku berbunga-bunga… 45 minit aku tunggu kat lobby area sebab p.i.c tu takde kat office. Pastu 2 minit je dia jumpa aku. Dia cakap camni ye…. “Hmmmmmmm.. U ada degree ye…hmmmmmmmmm… Tunggu la nanti kita call semula tengok macam mana k. That’s it”. Panjang dia punya hmmmmmmmmm tu. Dia wat muka. Aku macam tercengang. Pastu terus rasa down yang teramat. Lepas ni aku nak apply guna PMR je la, baru dapat kerja kot. Kalau guna spm nanti interviewer tu tengok pulak dulu aku sekolah sains result pun ok tak kan tak sambung study kat u pulak. Pasni guna pmr je la. Nak apply kerja general worker/production worker, mungkin dapat kerja kot. Dah banyak tempat kat sini interviewer perlekeh bila ada degree diorang cakap nanti aku dapat good offer dari tempat lain je aku blah. Choyyy! Aku ni loyal gile. Bagi gaji murah pun aku hadap je. Sumpah aku down sangat-sangat sekarang ni.

Lagu-lagu kat fon aku ni banyak lagu sedih-sedih. Aku delete semua lagu. Aku download lagu-lagu yang bersemangat & bertenaga. Sampaikan lagu ” jika kau fikir kan kau boleh” tu pun ada kat fon aku ni. Punya la nak motivate diri. Tapi sekejap je aku rasa ok. Pastu confirm down semula.

Rumah aku takde TV. Bila balik rumah parents aku tengok TV, tapi takde channel yang menarik. Layan channel diva & axn je sebab kadang-kadang ada movie. Tapi movie nya pulak asek cerita murder, suami curang, broken family, broken hearted. Aku bertambah stress. Last-last aku tengok ceria je la dengan anak aku. Dengan harapan hidup aku ni ceria la sikit pastu.

Entah apa-apa yang aku confess kat sini. Nampak sangat jiwa aku kacau. Aku just nak luahkan apa yang aku rasa je. Kepada yang baca confession aku ni sampai abis, terima kasih & tolong la sama-sama doakan aku dimurahkan rezeki, doakan aku diberi kesabaran & dapat teruskan hidup ni dengan penuh kegembiraan & keceriaan. Doakan aku jadi periang semula macam dulu. Dulu aku ni memang jenis happy go lucky, kawan aku siap gelarkan aku ni “pelawak wanita” sebab aku selalu buat diorang gelak. Aku tak tau la ke mana hilang nya An yang dulu..

Assalamualaikum.

– An

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments