Aku, Kamu dan Dia

Aku, Kamu dan Dia

Aku tak tahu nak mula macam mana dan aku pon tahu pada siapa aku patut luahkan segala yang tertanggung ni. Aku mintak maaf kalau korang rasa confession aku ni menyemak. Aku dengan N (suami tak jadi) dah bercinta lebih kurang 3 tahun manakala Aku dengan K (kawan perempuan) pula adalah sahabat baik dari sekolah menengah sampailah bila pon aku tahu title sahabat baik ni wujud antara kami berdua.

Aku dengan N kenal di sebabkan aku selalu kerumah K yang berdekatan dengan rumah N, jadi setiap kali aku kesana aku akan lalu di hadapan rumah N, mula -mula dulu kami hanya kawan-kawan biasa sahaja tapi semasa aku di ipta, N menyatakan hasrat untuk berkawan dengan lebih rapat dengan aku dan maka dengan hari itu, bila dah suka sama suka, kami pon bercinta. Aku di selatan tanah air manakala waktu itu N baru sahaja tamat latihan satu badan beruniform dan di tempatkan di pantai timur. Hubungan kami masih saja baik, sama macam pasangan bercinta yang lain, kami kadang-kadang berjumpa, kadang-kadang bergaduh, sama sahaja sehinggalah aku pon tamat belajar dan tunggu untuk tawaran kerja.

Sepanjang menjadi penganggur, aku berada di kampung dan teruskan aktiviti semasa, mencari kerja. Di kampung kemana sahaja aku pergi, aku akan keluar dengan K kerana K bekerja berdekatan rumah. K semasa tamat spm dia tak sambung belajar seperti aku sebab dia nak bekerja walaupon hakikatnya result spm dia agak bagus. Rezeki Allah, K dapat tawaran temuduga kerja kerajaan, mulanya dia tak mahu tapi aku paksa dan aku tahu dia tak ada duit masa tu, tempat temuduga jauh dari kampung, di sebabkan sayang, aku keluarkan duit bawa dia pergi temuduga dekat Ipoh, segala perbelanjaan aku tanggung.
Beberapa bulan lepas tu K dapat surat yang dia dapat kerja yang temuduga dulu. Aku sebagai sahabat baik gembira bila kawan aku pon gembira. Masa tu aku pon dah bekerja, aku bekerja di sebuah pasar raya berdekatan rumah. Bagi aku mudah, mana-mana pon boleh asal boleh dapat pengalaman.

Hubungan aku dengan N baik-baik sahaja, bila N balik kampung dapatlah kami jumpa. Tapi mak N tak beberapa sukakan aku, sepanjang bercinta hanya waktu raya aku kerumah N begitu jugak N, jadi kira dua-dua belah memang tahu hubungan kami. Berbalik pada mak N, aku pernah tanya, kenapa mak macam tak suka aku, N akan cakap mak dia suka aku tapi perasaan aku tetap menyatakan yang mak dia tak suka aku tapi aku biarkan, lama-lama nanti okey la..

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, N nyatakan hasrat untuk meminang aku, aku apa lagi, suka nak mampos la.. hahaha.. Dan akhirnya aku menjadi tunang N, indahnya dunia ketika bersama orang yang kita cinta. Ok waktu ni aku dah dapat kerja okey sikit dekat Kuala Lumpur dan N dah dapat tukar balik berkhidmat berdekatkan kampung. Tempoh bertunang kami hanya 6 bulan, jadi aku dah mula buat persiapan sikit-sikit, mak ayah pon bukan main seronok nak dapat menantu bongsu, dah siap kata nak tumbang lembu bagai. Masa ni, dugaan bertunang pon datang, aku perasan yang N dah makin senyap, kalau tidak hari-hari dialah yang asyik kacau aku, dia dah makin jadi cepat marah, nak gurau sikit pon susah dan penamatnya yang takkan aku lupa, Mak telefon waktu aku tengah kerja, ” adik, mak mon datang mintak nak putus tunang”. Aku call N , tanya sebab kenapa buat aku macam ni tiba-tiba ja tak ada angin tak ada ribut. ” Mak tak suka awak, mak saya syurga saya, saya minta maaf” lebih kurang macam tulah alasan N dekat aku. Senangnyaa, dah buat aku sayang lepastu nak buang. Seminggu aku ambik cuti, aku balik kampung, pergi berdepan dengan mak mak mentua tak jadi aku. Aku pergi rumah N dengan cara elok dan mak dia sambut aku dengan cara elok. Aku cakap aku cuma nak tanya kenapa dia tak suka aku jadi menantu dia dan aku rasa mak N memang dah pendam lama, habis semua keluar sebab musabab dia tak suka aku jadi menantu dia. Nak tahu sebab apa? Sebab aku kerja swasta, anak menantu dia yang lain semua kerja dengan kerajaan, malulah aku sorang kerja swasta, nanti esok-esok menyusahkan anak dia kemudian hari.. Ya Tuhan, wujud lagi manusia macam ni di dunia, tak pala , nasib tak jadi mak mentua aku, hahaha.. Sedih memang sedih tapi alasan mak mentua tak jadi aku tu memang lawak. Aku still tak puas hati masa tu, jadi masa seminggu dekat kampung tu kira aku ulang-alik rumah N la, konon nak pujuk mak mentua tak jadi, nak tukarkan budaya pemikiran tu tapi hampa bila N marah-marah aku cakap buat benda tak berfaedah dah suruh aku terima kami tak ada jodoh.

Selepas balik dari kampung, aku kerja macam biasa walaupon hakikatnya aku macam syok sendiri, aku akan whatsapp N setiap hari, ada ketika N pon layan aku dan kadang-kadang aku rasa kami masih bercinta. Satu hari aku dapat tahu K bertunang tu pon selepas aku tengok dia muat naik gambar dekat facebook dia, tapi cuma gambar dia tunjuk cincin sahaja, aku ada kata sampai hati tak bagitahu kata kawan baik, dia cuma cakap tak mahu heboh-heboh nanti kenduri dia panggil. Aku pon okey sahaja dan aku pon tahu macam mana rupa tunang K.

Aku dengan N masih lagi berhubung, kadang-kadang dia datang K.L , kami akan jumpa , macam aku kata, N seumpama masih buka ruang untuk aku, dia layan aku macam kami bercinta dulu-dulu.

Tapi aku bodoh, bodoh dengan diri sendiri, bodoh yang di perbodohkan oleh dua orang yang aku sayang dalam hidup aku. 10/3/2018 takkan aku lupa, sebulan yang lepas K jemput aku ke kenduri dia, aku tanya bila nikah dia tak jawab cuma bagitahu tarikh kenduri sahaja, aku pon gembira bila dengar kawan baik nak kahwin. Hari dia nikah pon aku tak tahu bila, dan bila malam sebelum kenduri aku yang baru sampai dari k.l tanya dia , nak pergi rumah boleh tak tapi dia tak bagi, alasanya kesian aku penat dan aku pon okey sahaja la. Pagi sabtu 10/3/2018 waktu sarapan mak tanya aku nak pergi kenduri K ke dan aku jawab mestilah, kawan baik aku, mak masa tu berkias-kias suruh aku tak pergi, pelik memang pelik. Aku pergi kenduri dalam pukul 1, hajat aku memang nak jumpa K, kononya nak selfie. Aku jumpa ramai kawan-kawan sekolah dulu, ada yang macam pelik tengok aku dan aku dah tahu kenapa ada dua tiga orang tengok aku dengan pelik, pelik mungkin bagi yang lain bila bekas tunang datang kenduri bekas tunang kahwin dengan kawan baik sendiri, mungkin diorang fikir aku memang tabah giler waktu tu, hahaha.. Ya Allah, dua manusia yang kenal tengah sedap makan dekat meja pengantin. K dan N, sampainya hati korang buat aku macam ni, bodohkan aku, sampai hati K, walaupon dia tahu aku sayang sangat dekat N dan aku dah bertunang pon tinggal nak kahwin. Sampai hati juga N, mainkan hati aku, dalam diam sanggup bercinta dengan kawan baik aku sendiri padahal dalam masa yang sama masih tetap layan aku. “Mak saya syurga saya” konon, puihhh!..

Sunggu tak sangka, hati aku memang betul sakit, terhiris-hiris. Aku mungkin boleh terima kalau cakap benda jujur sejujurnya dekat aku bukannya buat kejutan macam ni. Malu, rupanya aku memang syok sendiri, kesian dekat mak ayah, hati aku mungkin boleh terima tapi hati mak ayah, harapan nak tengok aku kahwin hancur macam tu sahaja.

Tak apalah, mungkin hari ni hari aku, aku patut sedar diri jugak, aku kerja swasta mana layak dengan kerja kerajaan
(hahahha). Hati, moga terus move on, muda lagi, ramai lagi kumbang-kumbang dekat dunia ni,kumbang tolong hai sikit.. hahaha..

– singa lapar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit