Aku, Kerja dan Tekanan

Assalamualaikum..terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan confession aku ni..dan terima kasih jgk kepada pembaca semua..semoga anda sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T. Apa yg aku nk share pada para pembaca adalah berkaitan diri aku.

Lebih kurang bulan 7 tahun ni aku ditamatkan perkhidmatan kontrak setelah 7tahun bekerja memandangkan company aku perlu kurangkan pekerja. Jadi ada beberapa org yang ditamatkan perkhidmatan dan aku salah sorangnya. Yes of course aku sedih sangat yelah dah 7tahun bekerja dan kau pn dah expect dalam bidang tugas kau. Tapi aku redha dan terima ketentuan Allah S.W.T ni. Cumanya aku mengalami tekanan yang agak teruk. Aku bertukar jadi murung. Tak jumpa orang. Mula rasa nak marah je hati ni. Aku rasa malu sgt nak jumpa orang. Kawan-kawan ke. Jiran ke. Even saudara mara pn aku tak nak jumpa. Setiap hari aku menangis.

Hampir beberapa bulan aku bergelar pengangur dan 1 day aku diterima bekerja. Memang aku bersyukur pada rezeki yang Allah berikan pada aku ni. Kerja yang aku dapat ni memang jauh sgt bezanya dengan kerja aku sebelum ni. Dan juga memang takda kaitan dengan bidang dan pengalaman kerja aku. Tempat kerja juga mmg jauh dari umah aku. Hati aku mula serba salah utk terima atau tidak. Atas nasihat family dan org sekeliling aku, aku cuba untuk tempoh seminggu. Tapi xsampai seminggu aku dah mula stress. Company aku ni macam company construction.. so keja aku ni dah macam arkitek or engineer pn ada..kena semak plan bangunan suma utk setiap projek. Aku blank. Yes memang org akan cakap ala biasa la baru-baru memang kena struggle sikit. Tapi aku tak tau kenapa setiap hari aku cuma tunggu nak balik. Bila balik aku akan menangis n jadi tertekan sangat. Aku macam push diri aku utk buat jgk walaupun aku tak mampu.

Keadaan aku makin teruk. Biasala baru-baru memang kau kena buli je..aku ok je cuma kadang-kadang aku rasa agak melampau jgk. Bos pn tau aku tak da pengangkutan. Dia suruh nya aku pergi print kat tempat yang memang agak jauh dari opis aku. Dan yes aku pergi jalan kaki. Sepanjang jalan aku menangis. Tempat yang budak opis aku akan pergi naik kereta dan xpenah langsung jalan kaki, tapi aku disuruh pergi jalan kaki. Hati aku makin tawar kerja sana. Jiwa aku memberontak. Dengan jarak dari umah nak ke opis agak jauh. Awal pagi keluar pun takda nasib memang akan sampai lambat. Sekarang ni aku decide untuk berhenti kerja. Dari aku tertekan dengan hidup aku setiap hari…

Memandangkan aku juga alami depression dan anxiety yang agak teruk jadi aku rasa aku tak mampu untuk buat kerja ni. Aku tak nak baru kerja prestasi kerja aku dah teruk. Sekarang ni pun aku sedang cari kerja yang lebih sesuai dengan bidang dan pengalaman aku. Semoga ada rezeki yang lebih baik untuk aku nanti. Aku takut sebenarnya untuk berkerja dengan keadaan kesihatan aku sekarang. Tapi aku terpaksa juga memandangkan family aku langsung tak tau aku ada masalah depression dan anxiety ni.

Aku harap aku diberikan kesembuhan untuk penyakit aku ni dan dapat kerja yang sesuai dan mampu aku buat.

-InsanBiasa-

– Insan Biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit