Aku Ketagih

Aku Ketagih

Assalamualaikum,

Aku seorang ibu kepada seorang amanah Allah yang baru setahun, seorang guru dalam ECE (Early Childhood Education), seorang business part timer.

Kisah aku ni pendek je. Bukan kisah pon ini adalah perbualan jiwa dalaman aku yang sentiasa berbual dalam diri tapi sebab KETAGIHAN susah nak selamatkan diri. Huhuuu

Bukan ketagih dadah korang, ketagih tengok handphone.

Aku tak tau la level korang macam mana, tapi aku rasa aku dah WORST sampai kadang kadang time solat kalau lupa silent phone aku dengar je bunyi terus tak tentu arah dah. My bad i know!

Lagi worst bila aku selalu rasa aku sia sia kan amanah Allah yang satu ni. Dah la aku keja 8-5 sampai jam 6. Baru je anak aku nak kasih sayang aku dah tak sabar sabar nak tengok phone. Yang bangangnya, kat tempat kerja bukan lah aku tak tengok phone. TENGOK JER CUMA takde Unifi macam kat rumah, so slightly slow and tak dapat lah nak fokus sebab time kerja kan.

Tapi percayalah, aku tak boleh even ke tandas tanpa phone kat tangan. Penah sekali aku keluar pegi somewhere then aku tertinggal phone. Allah resahnya masatu. Macam ayam berak kapur. Tapi aku actually ada trauma bila tinggal phone. – dulu mak aku nazak, aku silent phone. Sampai dia meninggal aku tak tengok phone. Tapi sempat lah balik mandikan semua cuma aku terkilan tak sempat tengok masa dia nazak. Since tu memang aku paranoid kalau tertinggal phone.

Tapi WORST sangat pulak sekarang. Aku rasa cerita arwah mak aku tu defense mechanism aku je.

Aku selalu doa Allah ubah lah sikap aku yang satu ni. Tapi tak mampu mampu lagi. Aku ada jugak buat training ke diri sendiri. Aku keluar rumah tinggal phone tapi malangnya tiap kali aku balik mesti ada urgent things- contoh boss tanya apa apa document and she needs it so urgent, tapi aku tak tengok phone! See..

Jangan cakap sebab aku bisnes online. TAK! Aku tak bisnes pon camni juga perangai aku, so baik aku buat sesuatu yang berfaedah- aku pikir la berfaedah tapi membunuh masa depan keluarga aku dalam masa dia membantu pon.

Laki aku? Sama jeee bila dah takde apa nak sembang kiteorang pon tengok phone sesama. What kind of kids are we bringing up?

Anak aku penah baru baru ni dia tarik phone dari tangan aku. Then dia sorok bawah bantal. Penat aku cari. Dia luahkan secara dalaman. Allah malu aku rasa.

Tapi macam mana nak stop? Susah guys susah! And I do believe semua pon macam aku. Sebab selalu jee aku tengok orang semua berhandphone kat tangan. Ke tak?

Korang advise lah! Aku ingat anak, aku pejuang Early Childhood Education. Aku dig more on kids psychology. Tapi aku sendiri cam bangan. Aku sedar, tapi aku KETAGIH.

Doa kan aku korang.

Thanks for reading, huuu

– Ibu A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments