Aku Mangsa Rogol

Thanks admin kalau confession ini di post.

Setiap kali aku baca paper pasal kes rogol aku jadi cukup terkesan. Aku A, umur 20+ tahun. Baru je grad tapi bukan dari uni ni lah ya. Ya, kalau ikut tajuk tu memang aku mangsa rogol. Aku mangsa rogol pedo, dan yang rogol aku masa tu pun aku rasa dalam umur 16-18 tahun. Aku tak pasti sebab aku kena rogol pun masa umur aku 4-5 tahun. Bukan sekali , tp beberapa kali sebab hampir setiap kali mak aku datang rumah mak S tu aku dirogol anak lelaki dia. Aku gelar kan dia abang SG stand for setan gemuk. Aku tak tau benda tu salah sampai aku dah besar. Lepas tu keluarga aku pindah rumah jauh sikit dari rumah SG. Tapi masih dalam kawasan kejiranan yg sama. Aku besar sikit aku tau benda tu salah. Aku pon dah tak ikot mak aku setiap kali dia menyinggah rumah makcik S tu. Sebab waktu tu dah besar sikit. Sibuk sekolah plus aku takut kene lagi dengan si SG tu.

Darjah 5 aku pindah rumah jauh dari perumahan dulu. Dan waktu tu sekolah aku ada buat talk pasal HIV dgn Aids. Aku takut. Sumpah aku takut sbb aku mangsa rogol. Aku takut aku kene Aids. Orang ckp aids tk boleh hidup lama. Setiap tahun aku akan cek badan aku, ada tak bintik bintk yg mcm pesakit aids yg lain. Alhamdulillah takda. Tak boleh nak salahkan aku lah. Kecik lagikan waktu tu, so bongok sikit. Nak google pon takda komputer kat rumah

Mungkin akan ada yg tanya kenapa tak bagitau parents? Dulu aku tak bgtau sebab parents aku baik gila dgn jiran aku yg tu. Bapak aku satu taman kenal dia. Mungkin aku budak, tapi waktu tu aku rasa aku taknak jatuhkan air muka mak ayah aku. Aku tk smpai hati kalau mak ayah bergaduh dengan jiran sebab aku. Plus masa kecik aku tk rapat sgt dengan mak ayah aku. Aku sorang je perempuan. Jenis bawak kepala sendiri. Anak tengah kan, jenis menyendiri sikit.

Sekarang pon aku rasa perlu lagi ke aku bagtau diorang, benda dah hmpir 18 tahun berlaku. Kadang kadang aku salahkan mak ayah aku sebab kenapa diorang tak jaga aku betul betul sampai aku kena rogol. Kenapa tak ajar aku masa kecik laki tak boleh pegang bahgian sulit wanita sesuka hati. Tapi aku sedar hakikat yang, manusia buat silap, mak ayah mungkin buat silap. Diorang lupa yg anak perempuan ni kena extra care sikit. Lama lama aku rasa aku rasa aku tak patut salahkan diorang. Aku takut lama lama luka ini jadi dendam. Ya aku terluka sebab aku rasa ini tugas diorang sebagai mak ayah.

Dan setiap kali orang salahkan mangsa rogol, aku sedih aku pon turut rasa terkesan juga dengan kata kata diorang. Aku rasa aku yang salah, aku rasa aku kotor sangat. Aku rasa aku tak layak nak kahwin sebab aku kotor. (Sorry mak, akak banyak dalih bila cakap pasal kahwin, sebab akak takut sangat)Aku takut orang akan salahkan aku sebab aku kena rogol. Aku takut kena hina. Walhal aku mangsa kanak kanak yg dirogol. Sebab aku tau, tak semua orang boleh terima benda tu. Yelah, selalunya aku tgok orang kerap pandang hina kat mangsa. So aku jadi extra berhati hati. Aku tak pernah bukak cerita ni kat sapa sapa kecuali 2 sahabat baik aku tahun lepas. Alhamdulillah, diorang bukan jenis menghakimi orang sesuka hati.

Kadang kadang bila baca paper orang kena orang kena rogol, kepala otak aku mcm dvd player sebab aku masih ingat benda tu. Sampai sekarang. Aku trauma. Aku tak tau trauma tu sampai bila akan ada . Setiap kali teringat, setiap kali tu lah dada aku sesak, kaki dan tangan aku sejuk. Aku tk boleh fikir straight. Aku pernah terfikir kenapa aku tak kena ketuk ke accident tetiba ke so that aku amnesia dapat lupakan benda pahit ni. Haha bodohkan? Nak bunuh diri takut straight masuk neraka karang. Amal pun tak banyak lagi. Doakan aku wahai pembaca, doakan aku lupakan semua memori kanak kanak yg pahit ni.

Buat parents yang membaca, aku harap korang dapat ajar anak perempuan dari kecil lagi which part of body yg boleh dipegang oleh orang, menjerit bila orang cuba pegang yang tak sepatutnya. Persiapkan diri diorang dengan segala ilmu (agama, martial arts) untuk dunia yang makin tough ni. Jangan percaya orang sewenangnya kalau tak mana ada kes haruan makan anak kan. Ajar anak lelaki supaya hormat perempuan sepertimana die menghormati ibu dan saudara perempuan dia. Lelaki sepatutnya jadi pelindung yang baik.

Dan untuk semua, lets make this world more safer for all of us. Stop jadikan wanita, perempuan atau kanak kanak perempuan sebagai objek seksual anda semua. Hormat wanita selayaknya. Tidak kira apa pakaian yang dipakainya atau dimana tempat dia berada. Dan sekiranya anda ada masalah mempunyai keinginan seks yg melampau, sorry to say. You are sick. Jadi, tolonglah cari bantuan yg sepatutnya. .

Dan sekiranya anda kenal dengan mana mana mangsa. Please aku minta sangat , jangan judge atau hina diorang sekalipun. Aku takut sebab mulut mulut yang menghina tu jadi punca kadar bunuh diri kat Malaysia ni makin tinggi. Ya, mungkin sebab mulut korang ada yg rasakan mati itu penamat segala derita. Tolong jangan putus bagi sokongan dan harapan dekat mangsa. I beg u guys for this.

Buat pembaca yang kalau korang suka salahkan mangsa rogol, aku harap satu hari nanti kau dan keluarga kau tidak jadi mangsa rogol atau perogol. Nanti tak tau nak salahkan sapa pulak.

Buat mangsa, i know how u feel. I’ve been thru it walaupun masa tu kecil lagi. Tapi the trauma is still there. Hari hari perasaan takut tu ada tak pernah lupa walau sedetik pon. And yes, i have trust issue. Saya doakan kita terus kuat sama sama ya.
Assalammulaikum.

Ikhlas, A

– A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit