Aku Perhati Je Pelanggan Stesen Minyak Ni

Aku Perhati Je Pelanggan Stesen Minyak Ni

Assalamulaikum kepada pembaca. aku Salmah, 23 tahun dan ini tahun akhir aku di university. aku dari Melaka. aku harap admin siarkan bebelan luahan aku ni. terima kasih snagat-sangat admin. aku hari ni nak cerita campur bebel macam mana rasa hidup sebagai seorang pekerja di stesen minyak.

dari aku lepas SPM, STPM dan setiap cuti sem, aku akan kerja part time di sebuah stesen minyak dekat dengan kawasan rumah aku. malas nak cari tempat lain sebab aku dah sebati. okay, aku mulakan. aku faham pekerjaan tak kira yang bergaji kecil sampai ke professional sekalipun, mesti ada yang menjadi halangan dan kesumbangannya. untuk setiap pelanggan yang datang dan bertanggungjawab, aku berterima kasih. kepada yang tidak, aku tak tahu lah korang ni waras ke tak.

3 hari lepas, ada seorang lelaki di twitter meroyan sebab dia nak isi penuh minyak motor dia tapi akak kat kaunter tu tak bagi, suruh bayar dulu baru isi minyak. masa aku baca tweet dia, rasa nak sumbat je petrol tu dalam mulut dia. tak reti nak fikir logik ke? ini sebab aku nak bebel pasal kerja kat stesen minyak.

1. bayar dulu.
konsep ni memang dikenakan untuk semua orang terutama di stesen minyak yang sentiasa penuh dengan pelanggan. bukan sebab tak percaya, tapi kami berhati-hati. sebab ada yang lari lepas isi minyak, kau ingat boleh kejar? setakat buat report polis, kau ingat boleh dapat balik duit? kau ingat cashier yang serve customer tu tak tolak gaji ke lepas korang lari? kesian lah kat orang yang cari rezeki ni. banyak sangat kes, pernah atas RM100, lepastu blah. ya tuhan… kepada yang regular customer, kami tak kisah sangat sebab dia akan datang hari-hari sampai jadi pelanggan setia, setiap pekerja pun dah kenal. okay tu tak apa.

tapi pernah lah jadi masa aku jaga, regular customer ni selalu isi dulu lepastu baru bayar, setiap hari. satu hari ni, dia Cuma letak duit lepastu blah. aku pun pelik. selalunya ramah, jadi aku pun husnudzon mungkin dia nak cepat. sekali aku kira duit dia, rupanya tak cukup 6 ringgit. esoknya terus tak datang sampai seminggu. lepas seminggu, dia jumpa aku minta maaf dan bayar balik rm6 lepastu dia kembali datang hari-hari. astaga bang, masa tak cukup duit tu, kau boleh je jumpa aku cakap duit tak cukup, esok bayar. aku tak kisah sebab kau regular customer. pernah lah jugak sorang lelaki ni desperate gila dia cuma minta minyak RM20 je tapi dia tak ada duit. dia nak tinggalkan IC esok dia datang bayar. oleh sebab belas kasihan, kami bagi. tapi dua bulan tak datang pun. so tell me people, macam mana kami ni nak bertoleransi kalau korang yang tak reti nak tunjuk sifat toleransi yang elok?

2. Jangan hina
pernah lah cashier ni kena, “awak salah kira ni sebenarnya awak reti kira tak? tu lah orang tak ada pendidikan memang macam ni.”

masa tu cashier ni muka dia tahan marah, aku suruh sabar… jangan jadi bodoh macam customer tu. baru dia tenang sikit. sebenarnyalah… kebanyakan yang kerja-kerja kat stesen minyak, retail shop, pasaraya-pasaraya ni kebanyakan student yang tengah cuti atau dah grad tapi tunggu panggilan kerja. betul tak? banyak kali jugak situasi ni jadi, tapi kami dah biasa jadi buat tak tahu je. kami ni tak pernah pun nak hina pelanggan-pelanggan yang datang ntah dari pelusuk mana. hati ni husnudzon je sentiasa sebab takut tersalah sangka. tu belum kau dengar orang tu cakap kat anak dia, “nanti belajar rajin-rajin. dah besar kerja bagus-bagus jangan jadi macam akak tu. sampai malam pun kerja.” hati aku masa tu memang lah meluap-luap. budak weh, budak. tapi kau dah sogok dengan mindset macam tu. aku rasa nak campak je pc cashier tu kat muka dia.

3. perikemanusiaan
“dik, tolong jagakan anak akak ye kejap, akak nak pergi cucuk duit”, kata akak Joyah kepada budak yang jaga pam minyak kat luar. tapi dia lock semua pintu. kau ingat budak-budak ni hadap sangat ke curi kereta kau, nak culik anak kau ke. tu satu hal, yang jenis tak reti nak berdikari sendiri pun satu hal. pekerja kat luar 4 orang, semua panggil suruh isikan minyak. alergik minyak ke kak? kebanyakannya perempuan pastu tergedik-gedik. selagi tak ada pekerja tolong datang, tak adanya nak buat sendiri. sanggup tunggu dalam kereta lepastu kereta kat belakang dah beratur panjang.

yang jenis stesen minyak ada ATM pun satu. kalau nak cucuk duit dulu, park kat tempat lain dulu cik abang kakak makcik pakcik. jangan park kat pam lepastu keluar pergi cucuk duit. dah tahu atm tu nanti kena beratur, lepastu nak menyinggah amik barang lah apa lah. kereta dia kat pam tu dekat 20 minit. consider lah sikit kat orang lain. nanti ada customer yang datang, “tu kereta siapa lama sangat aku tunggu”. dah tu aku nak jawab apa. bila dia tengah beratur aku mintak tolong alihkan dulu kereta, “kejap ye kejap. nak cucuk duit je”. dah habis lembut dan explain… sama la dengan yang nak beli belah dalam kedai stesen minyak ni. dibiar lama kereta kat pam. cakap lebih kang cakap kita ni biadab. habistu macam mana?

4. tanggungjawab muslim.
ni aku nak tekankan kepada muslimin muslimat. tahu kan nak tumpang solat? kami tak mintak bayar pun tapi please lah. guna lah peralatan tu semua dengan berhemah. ada ke sejadah buat alas tukar lampin anak. gila ni orang ke zombie macam tak ada otak. dah tu, ada jugak yang bagi anak-anak kencing kat tempat wudhu. astaga macam mana kau didik anak kau kat rumah. disebabkan stesen aku tukar telekung setiap 2 hari, kau boleh tahu kan kenapa? sebab kat telekung tu penuh dengan peta mekap. pakai mekap reti, nak bersihkan tak reti ke kak? ada ke lap kat telekung. kenapa tak guna dinding je lepastu sagat muka akak kat situ? mudah bukan?

muslimah, pakai telekung tu tolonglah…… lipat/sidai balik elok-elok kat tempat yang disediakan. ni dilonggok je letak atas ampai. kadang diabiarkan terbentang. eiii apa selekeh perangai kau ni. kat rumah agaknya smeua benda dah pakai lepastu campak. pakai kemain nak melawa, wangi-wangi. perangai kalah budak yang kau cakap tak educated ni. muka ni lah yang duk mengemas segala pe’el tak guna kau tu.

5. toilet
eiiii ni pun nak ajar. asal masuk je bau hancing. korang kat rumah pun jamban sentiasa bau hancing ke macam mana? elok je aku nengok paip dengan flush disediakan. tu satu hal, tong sampah dah disediakan, guna laa woi. tak mintak bayar pun. pad ada darah dengan takde, pampers la tisu semua campak je sepah-sepah. apa laa perangai. susah ke nak buang elok-elok dalam tong sampah tu? bukan takat tu je boleh jumpa, spender koyak pun boleh jumpa tau. kalau ye pun dah tak nak spender tu, buang la elok-elok. ingat sikit bakti spender tu kat kau. ni kau campak je buang. jakgi tandas tersumbat, kena tutup buat construction, korang jugak memekak kenapa tandas tutup.

pengalaman paling tragik kami pernah dapat, ada kesan tahi kat diding luar cubicle toilet. bontot bocor ke memang dah tak tahan sangat. tak malu ke? at least bersihkan lah, siram. taik kau jugak bukan taik orang lain. benda yang kau makan yang jadi tahi tu, bukan kami yang makan. ada jugak spiesis bagi anak kencing kat sink. ni satu hal, tak ada akal sungguh. tak nampak ke cubicle tu ada 5, kat sinki jugak dia bagi panjat. eiiii ni mesti kat rumah suruh anak panjat sinki bila nak kencing.

6. kucing
cemnilah kepada manusia-manusia yang pernah buat ni, kau ingat stesen minyak ni rumah pengasih kucing ke? tak nampak ke tu stesen minyak. ada ke patut buang anak kucing kat stesen. abistu kau ingat kami nak buat apa? bela? kalau tak mampu nak bela kucing pergilah cari tuan pengganti yang sesuai. jangan buang. wah kau dulu kemain suka nak bela lepastu buang. kau ingat kucing tu reti masuk toilet flush sendiri? tak pasal-pasal kena bersihkan segala najis yang dihasilkan. bukan tidak belas kasihan, habistu kau yang buang tu taka da belas kasihan ke?

7. minyak naik
ni selalunya spiesis tak reti nak sabar. selalunya bos aku akan kecikkan keluasan kon untuk beratur kat depan kaunter tu sebab yang jenis macam hanat tu tak faham Bahasa lepastu menyusahkan orang lain. “dik, kereta yang belakang tu dik”. sabar bang.. yang beratur ni punya kereta pun tak masuk line lagi. tak lari lah bang minyak tu. isi harini esok luak jugak. jangan marah-marah kami.

8. bad mood
ni yang jenis muka masam je. kami ni sentiasalah husnudzon.. “selamat datang.” “kereta yang mana?” “nak isi berapa cik?” tapi kau datang dengan muka baru kalah judi pastu mulut tak reti bukak. pastu tunjuk-tunjuk kereta kau kat pam. kau ingat kereta kau satu je kat dalam stesen ni? pernah aku kena, pakcik ni entahlah macam mana. dia datang lepas maghrib lepastu bagi RM50 sekeping. dia cuma cakap “2”. dengan cuma tunjuk kereta mana satu. cashier aku set lah RM2 lepastu pulangkan RM48, dia maki cashier aku. “bodoh ke, tu pun tak boleh nak fikir! tak kan kereta nak isi 2 ringgit?!”

seperti biasa, aku suruh diam je. hello, kau ingat orang naik kereta ni tak ada ke nak isi dalam botol. ntah motor mati ke kat rumah, nak pasang pelita ke apa ke. sebab tu kami buat ikut apa yang korang cakap. nanti kalau mandai-mandai kena marah. jadi bila cakap tu cakap lah denga terang dan jelas. jangan nak ikut hati tu bad mood sangat. eleh kau sorang bad mood. orang lain taka da life ke? kami ni robot?

turun kereta/motor, ringankan sikit kepala nak nengok pam berapa. “dik, pam 3 isi 5 ringgit, minyak 97”. kan mudah.

9. minyak
ni pun satu. kau tahu kan rakyat marhein Malaysia ni kebanyakannya guna RON 95. jadi bila kau nak pakai minyak lain, cakap lah. bila kau tak cakap, kami ni ingat kau nak minyak biasa. selalunya cashier akan tanya nak minyak apa. kadang-kadang diorang pun penat, atau letih. ni dah sampai pam lepastu minyak lain selain ROM 95 kau tu tak keluar, kau jerit-jerit dari pam marah sebab minyak tak keluar padahal tadi tak nak cakap. cakap nak marah-marah pulak tu. tak reti cakap elok-elok padahal salah sendiri. bukan kau sorang customer ye helloooooo.

10. sampah
ni satu hal. dah draw duit, buang je resit sepah-sepah. dheyy! kan dah letak tong sampah kat tepi atm tu. sebelah pintu ada, sebelah tong aiskrim ada, setiap pam ada laaaa dhey. eii tak ada sivik langsung. bukan setakat resit. ntah segala mak nenek sampah mana dia bawak ke beli saje jebuang sepah-sepah macam tak ada rasa bersalah. aku rasa macam nak amik je sampah ni buang dalam kereta kau, tahu tak?

11. budak-budak
ibu bapa, tolonglah sangat-sangat pantau anak-anak yang belum cukup umur ni. ni ntah umur berapa datang memekak pastu isi minyak. dengan tak pakai helmet, pastu ntah bawak motor. alahai.. komuniti nengok pun malu lah. kebanyakannya melayu. kita ni pun boleh beza kan cara orang bawak kenderaan ada lesen dengan tak ada lesen. pernah tau bos aku buat, bawah 18 yang bawak kenderaan sendiri tak boleh isi minyak. tapi kena report dengan pihak atas sebab menyusahkan orang. hahaha. so boleh nampak kan mak bapak yang main peranan penting macam ni. mak bapak lettew yang tukang report.

12. curi.
pernah tak kau datang stesen minyak tapi nak guna pam angin tak boleh? ye.. sebab ada manusia tak ada akal curi kepala pam angin tu. menyusahkan orang awam, menyusahkan kami pihak stesen tu. kepala paip pun kena rembat. salur tiub pam angin tu pernah jugak. pemadam api kat pam tu ada jugak yang sebat. hei! orang letak kat pam tu supaya memudahkan kita bila apa-apa jadi berkaitan dengan kebakaran kat pam, tapi boleh kau amik? sejadah, barang-barang dalam kedai, dan wiper yang buat lap cermin kereta korang tu. kenapa? tu je pertanyaan aku. kenapa menyusahkan orang? fikir lah.. curi ni taka da untung apa pun. duit tak berkat ada lah…

13. laki bini
tak ada rumah tangga yang tak ada masalah. tapi agak-agaklah nak bergaduh. maki jerit-jerit pulak tu. sorang dalam kedai, sorang kat pam. malu sikit kat orang. kami memang tak masuk campur tapi bila sampai dah naik tangan, takkan kami nak diam. pernah sampai sorang akak ni lari keluar kereta nangis-nangis cakap laki dia nak pukul dia. mintak tolong call polis. kami ni tolonglah mana yang boleh. bila polis dah sampai, rupanya bini dia merajuk sebab laki dia balik lewat. padahal tak ada apa-apa pun. muka laki dia pun innocent je. tapi memang banyak kali laki bini gaduh kat stesen aku. hempas-hempas pintu, ketuk-ketuk cermin, maki jerit-jerit, tangan naik. cuba laa control perangai tu jangan tunjuk kat public. hal rumah tangga kan… settle lah kat rumah. wah kau dulu dating reti pulak nak sorok-sorok. cis.

walaupun aku ni kerja kat stesen minyak, tapi cara kau layan kami yang kerja macam ni lah menggambarkan macam mana diri kau yang sebenar. kita ni sama-sama manusia. sama-sama nak hidup atas muka bumi ni. apalah salahnya jadi manusia yang baik sikit. okay, aku minta maaf kepada yang terasa. saje aku nak bebel panjang-panjang. sekian.

– Akak Membebel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments