Aku Pun Pekerja Bujang

Aku Pun Pekerja Bujang

Aku baru terbaca confession pasal pekerja bujang so aku pon terpanggil nak tulis confession ni. Aku baru berkerja tak sampai 3 tahun, dalam opis aku ni aku sorang je perempuan yang bujang. Sepanjang aku berkerja ni, ye memang pekerja perempuan yang telah berkahwin ni rajin ambik cuti dengan alasan “anak” dan “family”.

Company aku kerja ni kecik je ( 5 orang je: 3 pekerja perempuan dan 2 bos lelaki) so kalau ada orang cuti, memang kerja dia akan dibuat oleh mereka-mereka yang lain, and mostly aku lah tu. Tahun lepas 40hari aku tukang buat kerja sorang kakak ni, (aku panggil Kak A ) sebab dia cuti bersalin. Tu cuti yang tak boleh dielakkan so aku redhooo jelah walaupon tension lah jugak kerja berganda tapi gaji tak berganda pulak. Start pertengahan tahun lepas Kak A masuk kerja pukul 10 lepas tu pukul 12.30 dah keluar.. pukul 3 baru dia masuk balik. Bos aku jenis tak kisah asalkan kerja siap. Memang kerja dia siap tapi masalahnya Kak A ni punya kerja termasuk menjawab call, dah dia takde kat opis aku lah pulak jadi tukang jawab call. Setakat jawab tu oklah jugak tapi time client nak tahu details tentang something, manalah aku tahu. Berpeluh jugaklah nak menjawab, jadi satu kerja pulak nak kena check sana sini.

Sorang lagi ni rajin jugak ambik cuti atas alasan “check up anak”. Yang tu xpelah sebab bila dia cuti, Kak A yang akan cover kerja dia. Setakat ni nasib baik diorang berdua tak pernah cuti sama-sama, kalau tak memang gila lah aku nak kena buat semua benda. Berbalik kepada cerita Kak A, start hujung tahun lepas dia rajin ambik cuti dalam 2-3 hari seminggu. Bos aku ni tak kisah lah pulak sebab Akak A cakap dia akan buat kerja dari rumah. Well kadang-kadang aku still kena cover kerja dia. Bab kerja tu ok lah lagi aku sebab dah terbiasa kot. Lama kelamaan dia rajin mintak pinjam duit pulak. Dia pinjam tak banyak dalam RM10-20 dua kali dalam seminggu, tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit jugak kan! Aku memang tak reti nak say no dan tak reti nak mintak balik. So aku memang sakit hati sorang-sorang jelah.

Sebelum cuti tahun baru haritu aku ada kemas-kemas segala fail, borang and all dan aku terpandang borang cuti Kak A, sebelum ni bab fail dan borang-borang ni Kak A yang uruskan so aku tak pernah ambik tahu pon. Terkejut aku bila baca sebab dia cuti ialah husband dia masuk ICU. Tak pernah pulak dia cerita pasal tu. Ya Allah, aku dapat bayangkan kenapa dia masuk kerja lambat dan selalu keluar lunch lama-lama. Husband masuk ICU, so mungkin dia sorang yang kena uruskan soal anak-anak. Kak A ni ada 3 orang anak, kecik-kecik lagi semuanya. Duit yang dia pinjam tu pon mungkin untuk beli makanan akan-anak. Aku tetiba termenangis sendiri. Aku halalkan segala duit yang dia pinjam. Aku pon tak pernah sebut atau tanya pasal keluarga dia. Yelah ada orang memang jenis tak akan bercerita tentang kesusahan hidup mereka.

Aku dulu pon memang berpandangan buruk pada golongan yang rajin sangat guna alasan “anak” dan “family” untuk cuti. Memang ada golongan yang ambik kesempatan cuti/MC dengan alasan “anak” atau “family” tapi mungkin ada juga kisah terpencil macam Kak A ni. Marilah kita sama-sama doakan Kak A dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aku nak tolong dia pon aku tak tahu macam mana, cuma sekarang ni kalau dia nak pinjam duit tu aku bagi lebih dari apa yang dia minta. Aku cuma suruh dia tolong doakan aku murah rezeki.

– Cik Bujang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments