Aku sakit yang tak nampak

Assalam & Hi.

Mohon admin baik hati tolong approve saya punya confession ni. Terima kasih.

Just nak share. Aku ni sebenarnya dah lama sakit. Sakit sejak form3 sampai sekarang. Penyakit aku ni lagi teruk daripada segala penyakit yang ada kat dunia ni. Aku ni berpenyakit was-was. Serius lah weh aku dah tak tahan sebenarnya nak tanggung penyakit ni. Was-was aku teruk sangat-sangat! Kadang-kadang aku rasa give up dah dengan semua ni tapi sebab Allah je aku cuba sedaya upaya hari demi hari bangkit semata-mata untuk cari hikmah disebalik dugaan ini. Bagi aku, dugaan ni ada baik dan buruknya. Baik sebab duagaan ni banyak ajar aku untuk jadi sabar, syukur dan buat aku lebih mementingkan agama daripada hal lain. Buruknya bila aku terpaksa kuat untuk menghadap semua ni sorang-sorang dan ejekan dan cacian orang lain. Serius, sedih weh.

Aku was-was bila nak ambil wuduk, mandi wajib dan ada lagi benda lain. Tapi was-was aku kat semua perkara ni macam makin lama makin ok sebab aku rasa Allah tanamkan sedikit demi sedikit perasaan confidence dalam diri aku berdasarkan beberapa ilmu yang dah aku pelajari. In shaa Allah. Sebab aku dah belajar pun kadang-kadang aku confiuse.

Aku paling sedih bila part solat. Allahu… hanya Allah tahu segalanya. Dia tahu sakit yang aku tanggung ni macam mana pedihnya. Lagi perit daripada putus cinta tahu tak!

Gaiss, aku was-was bila time nak baca alFatihah. Allahu… kan kena baca alFatihah berlafaz cukup kita saje yang dengar alFatiah yang kita baca tu kan. Tapi aku, bacalah macam bisik ataupun baca bersuara sikit mesti aku rasa ada je part-part ayat fatihah tu aku tak dengar. Bila jadi macam tu mesti ah kan aku nak ulang balik part yang aku tak dengar tu. So aku kerap kali ulang-ulang baca fatihah dengan alasan ada sebahagian ayat fatihah tu aku tak dengar. Bila aku duk ulang-ulang tiap kali solat, so orang sekeliling aku dengar la apa yang aku baca. Dorang dengar aku baca fatihah ulang-ulang. Kadang-kadang masa tengah solat aku perasan ada orang pandang aku. Maybe dia pelik sebab aku duk ulang-ulang fatihah. Aku tak ulang surah fatihah tu dari mula just aku ulang balik ayat yang part aku tak dengar tu.

Benda ni bertambah worst bila aku kena selsema atau batuk. Hmm makin menjadi-jadi kesukaran untuk melafazkan surah fatihah ni. Masa solat subuh pon sama. Baru bangun suara kurang ada. Nasib subuh dua rakaat je. Lagi bertambah teruk bila aku tiap kali nak baca alFatihah ni aku akan rasa berdebar sebab aku tahu aku mesti baca tak betul and aku mesti ada je part-part yang akan aku tak dengar. So sebab tu aku macam trauma dan kadang-kadang aku stress untuk solat. Aku takut satu hari nanti aku give up then tak solat langsung. Pas solat aku kerap nangis. Doa pada Allah, tanya napeww aku jadi camni? Aku mintak kat Allah bantu aku baca fatihah dengan baik dan sempurna terutamanya semasa solat. Aku doa, aku minta maaf pada Allah sebab fatihah aku teruk sangat. Dahlah tak khusyuk solat then baca alFatihah pun teruk. Aku takut Allah tak terima solat aku. Siapa tak takut bila Allah tak terima solat dia? Gila ke

Ibu aku banyak bagi nasihat kat aku. Ibu aku cek fatihah aku. Ibu aku kata ok je. Aku baca fatihah depan ibu aku memang lah ok. Tapi bila dalam solat, hmm serius susah. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku naik buntuh fikir benda ni. Satu je buat aku kuat iaitu Allah. Sebab aku yakinkan diri aku Allah sentiasa ada dengan aku. Sebab tu je weh. Aku sorang2 tapi aku tahu Allah faham sangat-sangat dengan apa yang aku alami ni. Orang lain? Hampeh! Marah aku ada lah. Ejek aku pun ada. Sampai aku pernah menangis sebab benda ni. Tak tahan sebab dorang marah aku sebab lama sangat solat, lama sangat ambil wuduk, lama sangat dalam bilik air tu. Allahu… aku sorang-sorang hadapi benda ni. Kadang-kadang aku tak sangka yang aku kuat untuk terima benda ni sampai sekarang.

Satu je aku nak kata. Aku tak mintak semua benda ni jadi kat aku. Aku tak nak pun solat lama sangat padahal takdelah khusyuk pon. Aku bukannya nak sangat duduk dalam bilik air tu lama-lama. Semuanya sebab was-was weh! Korang tak tahu apa aku rasa korang boleh lah marah-marah aku ejek-ejek aku. Bila korang kata kat aku, "Cuba lawan perasaan tu boleh tak? Jangan ikut sangat was-was tu. Syaitan tu sebenarnya!" "Liiy (nama samaran) cepat sikit solat tu. Kau tu dahlah solat setahun." "Liiy, p mandi dulu. Kau tu mandi terhegeh-hegeh nak siap." "Liiy, pergi amek wuduk dulu. Awak tu dahlah amek wudhuk berjam-jam."

Allahu, sakit sangat dengar semua ni. Rasa macam disindir banyak kali. Dorang suruh aku berubah. Padahal dorang tak tahu aku sedang berubah tiap hari! Aku berusah lawan sakit ni tiap masa! Dorang apa tahu? Dorang ejek aku marah aku sindir aku macam-macam ingat aku ni memang suka ke dengan semua benda ni? Gila ke apa? Orang gila pun tak suka benda was-was ni la. Syaitan je suka. Memang nak mati setan ni suka kacau aku bab-bab macam ni. Tapi takpe. Aku masih mampu bertahan sebab Allah. Aku bukan berlagak alim ke apa. Tapi serius aku kata, aku masih kuat sebab Allah je. Aku fikir Allah dengar apa yang aku luahkan kat Dia dan yang paling penting Allah je rasa apa yang aku rasa. Takde manusia faham apa yang aku alami ni. Sebab dorang pandai cakap tapi dorang takkan pernah rasa.

– Liiy

CREATE A POST

3 Comments

  1. Weh serious sebijik sama cerita ni dengan aku! Aku ingat aku sorang je yang kena. Rupanya ada jugak orang yang sama macam aku?. Memang orang lain tak faham apa yg kita rasa! Allah je yang tahu semuanya. Semoga kita berjaya lepaskan diri dari penyakit was was ni. Aamiin

  2. Adik laki aku pon perangai mcm ni, sentiasa was2, mandi, amik smyg lame2. Aku pon xsure ape masalah dia. Dah byk kali kene marah dan tegur, x ubah2 perangai dia. Aku pernah dengar cite yg org mcm ni ade masalah tertentu, tpi xde la serius sgt, better jumpe kaunselor. Hope korg dpt ubah or cure.

  3. aku pernah kawan jgk kes macam ni. Dia sampai basuh baju pun dia akan gosok banyak kali sebab rasa was-was tak bersih baju tu. Dia pi jmp ustaz, ustaz tu kata penyakit was-was ni adalah kerja syaitan. ustaz tu kata lagi, Mula-mula kita was-was sikit2 tapi bila layankan lama-lama syaitan tu akan menetap kat hati seolah-olah macam akar tunjang gitu. Jadi makin parah was-was kita. Memang senang orang nak cakap kuat lah lawan perasaan tapi bukan semudah tu bagi yang tak pernah alami. Banyakkan berdoa pada Allah sebab tiada kuasa yang lagi kuat dari kuasa Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *