Aku Tertekan

erima kasih kepada IIUMC kalau confession aku ni disiarkan . Assalamualaikum W.B.T dan semoga pembaca dalam rahmat Tuhan hendaknya .. Aku tulis sini sebab aku takde alternatif lain nak luah perasaan.. Memandangkan korang pun tak kenal aku , Maka bagi aku ini platform terbaik . Jangan keji , Jangan kecam. Baca , hadam dan berikan solusi terbaik.

Aku seorang gadis awal 20-an . Masih belajar di selatan tanah air . Confession aku ni pasal tekanan yang aku hadapi bila berhadapan dengan orang . Sejak dari Form 4 , aku hilang keyakinan diri untuk bercakap dengan lelaki mahupun perempuan . Semuanya bermula bila aku pindah masuk sekolah asrama dan tak boleh terima dengan perubahan yang berlaku . Aku tak yakin nak bercakap sebab aku dah lali dengan sikap orang yang memandang rupa bila berkawan dan spesis manusia yang kutuk belakang pasal kekurangan orang . Aku ingat lagi masa tu , aku lap air mata sorang-sorang sebab aku tak ada orang nak berkongsi masalah . Aku tahan sampai aku hbis SPM .Walaupun result aku macam orang tak pergi kelas, aku yakin yang ianya berpunca daripada tekanan perasaan yang tak terluah. Aku redha dan aku mulakan hidup baru tanpa aku ingat balik sekolah tu dan seisinya.

Straight to the point , Alhamduillah aku dapat tawaran masuk u dengan result yang ke laut tu , dan masalah besar datang balik . Aku ingat yang aku tak akan hadap lagi perkara yang lepas . TAPI AKU SALAH . 1st day , aku still tak ada kawan sangat sebab baru lagi kan? aku cuba tegur semua orang walaupun ada yang bongkak , ada yang balas nak tak nak atau balas tapi bila jumpa member lain , dia pergi. Yang bertahan lama cuma , roomate aku ni. Luarannya , dia putih gebu orangnya berkat bedak empat layer dia pakai ( NI BENAR.. DIA YANG CERITA KAT AKU HAHAHAHA) , comel manja gitu orangnya tapi satu kurang sikit , dia kuat blur dan sembang kosong kuat . Tapi aku suka kawan dengan dia sebab kami sekepala dan mostly masalah pun lebih kurang .

Maka , berduyunlah lelaki mencuba nasib untuk memikat roomate aku ni , memang biasa dia cerita kat aku . Dan aku nasihatlah apa yang patut sebab dia suka melayan mamat mencuba nasib tuhh . Mula -mula aku tak kisah dan lagi selesa untuk tak dikenali oleh mana-mana lelaki sangat walaupun kelas sendiri. Sebab aku kan dah cakap AKU SANGAT-SANGAT RENDAH DIRI UNTUK BERGAUL DENGAN LELAKI . Cukuplah dulu aku kena hina sebab rupa aku , pakaian aku , cara berkomunikasi aku . Aku dah tak sanggup nak biar pisang berbuah dua kali . Tapi bila dah lama-lama , aku perasan yang lelaki atau sesiapa saja akan memberi layanan yang berbeza terhadap aku dan roomate aku . Dari lecturer bersongkok haji sampailah budak sekolah tepi jalan , memang akan layan roomate aku baik punya . Lagi-lagi bila roomate aku keluarkan lenggok menggoda dia , cair terus laki orang ke tunang orang .

Aku cakap jujur , aku memang tak pandai nak bodek-bodek orang. Sebab aku yakin yang orang melihat peribadi dalaman kita bukan menilai rupa luaran kita . Tapi mungkin hanya 1/100 orang yang pandang benda sama macam aku . Aku sedih balik sebab aku tak ada apa yang komuniti kita nak sekarang . Aku tak lawa , aku biasa-biasa je orangnya , aku tak ada akaun ig penuh gambar hot , aku tak pandai nak borak kencang dengan lelaki . Sampaikan tak ada seorang lelaki kelas pon yang sanggup wassup aku tentang apa-apa perkara walaupun benda tu sangat berkait dengan aku .

Mungkinlah pembaca rasa macam aku hidup beralaskan pandangan lelaki terhadap aku tapi TAK , bukan aku yang nak macam ni dan YA, sebab kos yang aku ambil ni hampir 75% adalah lelaki . Bayangkan kau buat apa-apa dan di mana pun, kau tetap akan berhubung dengan lelaki. Jadi , kalau kita hari-hari tengok orang pandang kita macam kita tak wujud , tak ke down rasa hati ni ?
Bila aku rasa macam roomate aku buat aku rasa down balik , aku cuba jauhkan diri dari dia bukan sebab peribadi dia atau apa tapi sebab aku sedih tengok diri aku yang orang underestimated . Alhamdulillah aku dengan dia masih kawan sampai sekarang .

Persoalan aku yang ke-2 pula , bila umur dah 20-an ni, masing-masing mencari pasangan hidup. Maka tak terkecuali diri aku . Jujur dari aku kecil sampai sekarang , aku tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki dan aku harap aku akan jumpa dengan seseorang yang terima baik buruk aku . Cuma , aku jadi pelik sejak kebelakangan ni bila aku selalu didatangi mimpi yang pelik-pelik . Yang kadang- kadang bila aku bangun aku rasa hati aku macam tengah bercinta dengan seseorang padahal aku memang tak rapat dengan mana lelaki. Dan bila aku cuba cari penjelasan , aku jumpa satu article kat google, ” Tanda- Tanda wanita dicintai Jin” dan aku start takut sebab mostly semua tanda tu aku dah pernah rasa.

Malam aku sampai rasa takut nak tidur sebab takut kena tindih dan gangguan mimpi lagi .Perkara ni buat aku makin down sebab aku dah start overthingking pasal kehidupan aku masa hadapan . Kadang-kadang orang tegur cakap muka aku macam makcik-makcik sikit , yang membuatkan aku makin down . Dah macam-macam inisiatif aku cuba , daripada aku oles muka aku sikit dengan bedak dan gincu sampailah aku try diet untuk dapatkan body cantik. Kadang-kadang aku rasa macam aku hidup untuk puaskan hati orang lain walaupun sebenarnya aku buat macam tu sebab aku rasa down orang asyik complain tanpa tahu masalah dalaman aku .

Jadi, aku nak tanya pendapat semua , Macam mana aku nak cuba bina keyakinan aku balik ? Sebab aku memang down gila dengan lelaki .. bercakap pun tunduk bawah.. Dan pasal mimpi aku tu , apa yang patut aku amalkan untuk berubat?

– Si Introvert

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *