Aku Yang Bersalah

Assalamualaikum wbt pembaca semua. Terima kasih admin sudi siarkan apa yg aku hantar ni. Aku cuma nak cerita kisah hidup aku. Tak pastilah bila korang baca korang rasa hidup aku ni mcm mana. Sebab aku sdiri pon lelah dengan hidup aku sendiri.

Aku ni mmg dr dlm perut lagi tak diiginkan dengan ibubapa aku. Ibu aku buang aku sejak aku dari dalam rahim lagi. Aku dpt tahu benda ni dari 2 3 sumber yang mmg aku blh percaya. Ibu aku katanya tertekan sbb bapa aku buathal masa dia mengandungkan aku. Dia tak mau aku, dia cuba bagi aku kat orang masa dalam kandungan hinggalah sampai kat 1 tempat ni. Dekat situ dia cuba gugurkan aku. Nasib ada hamba Allah sorg ni sudi nak bela aku dan tahan mak aku dari gugurkan aku.

Bermulalah episod aku jadi anak angkat dalam keluarga tu. Ya Allah baik sangat makayah angkat aku. Selama 11 tahun aku rasa mcm anak dorg. Aku taktahu aku anak angkat sehinggalah makayah gaduh sebab org ke3, mak stress mungkin sampai mak ungkit yg aku bukan anak dia. Aku keliru sgt masatu sama ada nak percaya ataupun tidak. Sampai masa aku taip ni pon kepala aq berpusing bila mengenangkan masa mak aku ckp aku bukan anak dia. Rumah tangga makayah berantakkan sebab perempuan indon yang bapa kandung aku sendiri kenalkan kat ayah aku. Aku sdiri taktahu apa niat sebab bapa aku buat mcm tu kat keluarga yang da kutip anak dia selamatkan anak dia dari hilang nyawa. Mcm tak bersyukur langsung orang tu da ambik anak kau. Susu orang bagi tuba kau balas.

Hidup aku sebagai anak angkt waktu kecil mmg bahagia. Aku anak emas weyh, aku nak apa aku dpt. Taapi mak ayah ajar aku hidup mcm orang biasa. Duduk umah kayu elektrik takda. Tapi bahagia. Tapi kebahagian aku direntap dengan bapa kandung aku sdiri. Aku benci aku dendam. Kau rosakkan rumahtangga orang yang jaga anak kau darah daging kau. Kau juga rosakkan jiwa aku, aku membesar melihat mak ayah aku gaduh, aku dihina dengan saudara mara sebab bawak sial dalam keluarga mak ayah aku. Sebab aku masuk dalam keluarga ni, bapa kandung aku kenal kan indon tu. Mak aku jadi stress, aku nampak dia berubah dia tak senyum lagi macam dulu. Aku pun kadang2 die pandang benci. Tapi dia tetap sayang aku. Sejak tu aku hidup dalam keadaan bersalah yang aku bawak sehinggalah ke hari ni mungkin selama2nya hingga aku mati. Ayah sibuk dengan indon tu, abaikan kami sampai duit blanja semua die lupa tak balik rumah. Aku pernah kena sebat dgn tali pinggang sebab aku mtak 20 sen. Allah aku sedih bila ingat. Mak makin hari nampak makin murung. Mak cuma ada aku je kadang2 mak nangis mgadu. Kesian mak. Aku rasa bersalah. Aku punca semua ni.

Menginjak ke alam remaja, ayah makin lupa kitorg sejak dorg ada anak. Indon tu suka lah. Dia cakap mak mandul perempuan tua. Walhal mak dengan ayah pernah ada anak tapi tak panjang umur meninggal masa bayi. Sampai hati dia ckp mak mcm tu. Indon tu pon berani panggil aku anak pungut. Dia marah ayah kalau ayah keluarkan duit untuk aku. Katanya aku ni anak air mani orang lain kenapa nk jaga, kan ada anak dia tu. Aku hidup dihina mana indon tu. Sedara mara panggil aku anak sial anak pungut sundal. Sampai mak masam muka dengan saudara dia sbb nk jaga maruah aku.

Jiwa aku tertekan, aku memberontak aku depresi. Aku marah2 dengan mak, aku naik suara aku mengamuk. Aku cuba bunuh diri tapi tak pernah berjaya. Aku bawa moto laju2 masa ayah tak dtg sekolah ambik report kad aku. Aku kelar tangan aku dgn pisau tapi tak lut. Aku telan panadol berpapan2. Tapi aku cuma tidur dan bangun mcm biasa. Aku hantuk kepala aku kat dinding. Tak pernah berdarah. Emosi aku tertekan. Bayangkan dr umur 12 tahun hingga 17 tahun tu aku menghadap hidup mcm tu. Alhamdulillah, aku tak mati sebab apa. Aku dapat teman mak aku, aku ada bila dia nak aku. Aku rapat dengan mak. Tapi mak makin uzur. Mak selalu mengadu mak sakit2.

Masuk fasa hidup di IPT, aku dpt sambung bljr dekat shah alam. Aku mtak mak aku doa aku tak dapat universiti jauh2. Haha. Sebab takmau jauh dari mak. Dapat U kt Melaka pon aku tolak. Mak marah sebab dia nak anak dia masuk U. Aku nk smbg belajar tu kan, ayah siap cakap ayah takde duit nk bagi aku. Duit yg dia simpan untuk aku dlu indon tu da perabis. Aku sedih, tapi aku tak tunjuk. Alhamdulillah, aku sedar ayah tak kan bg aku duit sgt sebab ayah didik aku mcm anak lelaki. Jadinya habis SPM aku kerja partime.

Semua aku buat sdiri. Takdenya ayah aku hantar2 ke ape kalo nk kemana. Melainkan mak suruh baru ayah hantar. Untuk semester 1, aku kena duduk asrama, aku balik hujung mggu je. Tiap2 hari call mak. Nitis air mata tiap2 kali call mak. Aku apply JPA dan aku dpt. Aku call ayah cakap, ayah tak payah bg blanja dah. Ada JPA ni. Maka aku bergantung dengan JPA sepnjg pengajian aku. Dengan JPA lah aku beli kereta 2nd. Aku ulang alik shah alam dengan umah sampai hbs blajar. Kdng2 aku naik motor. Aku pernah nangis atas moto, ngenangkan nasib aku yang tak berharta. Berhujan berpanas itu normal. Alhamdulillah duit JPA tu cukup cmpur2 dgn aku partime malam. Terima kasih kawan2 yg bantu aku siapkan esaimen. Kalau korg bc, mesti korg tau aku siapa.

Habis aku belajar bulan 5 terus dapat kerja. Disini aku diuji lagi dengan Allah. Mak aku sakit, dr tangan kiri tak boleh gerak terus tarik strok 1 badan. Aku hilang arah lagi. Aku tak boleh lemah masa ni. Aku kerja siang dan malam untuk tanggung perbelanjaan rumah. Separuh gaji aku bagi ayah untuk urusan seharian. Aku takda masa jaga mak. Aku banyak culas. Aku penat kerja. Kol 8 pagi kerja penyudahnya pukul 1 2 pagi. Aku jaga mak bila aku ada masa. Sabtu ahad pon aku kerja. Time ni, aku melalui fasa mcm mayat hidup. Kat tempat kerja pagi aku bnyk tertidur. Malam aku kerja tak rehat makan. Aku minum je.

Masa ni jugalah hatiku disentuh dengan sorg lelaki iaitu suami aku sekarang. Aku kecelaruan perasaan sangat masa tu. Aku tak percaya mak sakit. Aku rasa mak blh baik. Aku tak boleh terima. Mak sakit strok dengan kanser paru2 tahap 4. 3 bln mak sakit, aku pon kasar masa jaga mak dlu. Allah sayang mak, tak lama mak sakit. Aku nekad benti partime sebab nak jaga mak. Tapi 2 hari lps aku benti, mak pergi. Aku dapat suap mak makan mnum. Urut2 mak, pakaikan mak bedak baju. Ya Allah kalau masa boleh diputar aku nak jaga mak, ampunkan **** mak. Gagal jaga mak.

Hidup aku teruskan dengan kekosongan. Balik rumah takda org. Ayah tak kisahkan aku balik ke tak. Lagilah aku tertekan. Aku tau aku anak angkat. Dia ade keluarga dia. Kisah pula dia dengan aku masa tu. Cuma suami aku yg waktu tu bf aku selalu cari aku. Risaukan aku. Dia marah2 aku sebab tak balik rumah tak makan minum. Dialah yg memupuk semangat hidup aku balik. Aku sambung kerja setahun lebih. Aku konvo pon cuma ade 2 org je. Ayah dan suami aku je. Ayah pon sebab aku paksa datang. Sedihnya. Segala penat lelah aku belajar mcm tak dihargai langsung. Cemburu tgok kawan2 lain, family datang support. Keluarga kandung aku bukan kisahkan aku pon. Tanya khabar pon gitu2 je. Aku paham. Tak hidup sama, mana mungkin boleh mesra.

Sebulan slps konvo aku sambung belajar degree. Aku sambung sebab, aku pernah tanya mak masa sakit, nak tak aku sambung U ambik degree. Mak kata teruskanlah. Mak nak anak mak masuk U. Allahu aku lambat tunaikan hasrat mak aku. Sama juga masa sambung degree, aku takde punca duit. Berbekalkan duit gadai emas arwah mak. Aku sambung bljr. Aku nekad guna PTPTN tapi aku apply JPA lg sekali. Ya Allah, terima kasih bantu aku. Aku dpt lagi JPA. Aku pon gunalah duit tu sebaik mungkin. Bf aku merangkap suami aku sentiasa ada dengan aku.

Dia la htr aku masuk u, jemput aku tiap kali aku balik. Alhamdulillah, rezeki tak putus duit yg tak seberapa cukup. Kakak2 kandung aku pon ada hulur duit jugak bulan2. Itu yg buat aku hutang budi dengan dorg. Tapi aku pun manusia ada buat silap, aku hanyut dlm percintaan, aku diumpat dengan jiran2. Aku akui mmg tak manis perbuatan aku. Pelajaran aku pon tak okay. Aku ambik kptsan nak menikah. Bayangkan duit takde, suami aku baru kerja. Aku yakin dengan rezeki Allah. Aku nak nikah jugak. Segala rintangan aku lalui dengan suami aku. Buat berdua semuanya. Segala persiapan buat sama2. Tak lama aku pon berkhwin. Pointer naik. Hati tenang semua berjalan lancar. Maka PJJ lah kami selama 2 tahun . Mggu2 balikla. Hiduplah kami dengan duit gaji dan campur2 duit JPA td. Allah tolong kami.

Aku berjaya grad dan dpt kerja dengan cepat. Kali ni aku konvo pon aku kena paksa ayah datang. Sedih hati. Sedangkan keluarga mentua sanggup datang jauh2 raikan aku. Merasalah aku bahgia dihari konvo aku. Hidup perkahwinan kami pon mulai stabil. Aku pon tuka kerja lagi sebab gaji lagi elok dan dekat waktu pon okay. Tapi bahagia aku tak pernah kekal lama. Kejap je aku rasa. Aku kena tampar dengan dugaan paling bsr sekali, aku kena kanser tahap 4 yang datang dr celah mana tanpa tanda2.

Aku sakit pinggang je terus 1 bdan aq ke bawah tak berfungsi dengan elok. Allah , segala nikmat aku hilang. Aku tak boleh jalan, gerak2, jaga makan pakai suami aku. Aku mcm mayat hidup. Terbaring je. Allah, beratnya dugaanmu Allah. Kesian suami aku Ya Allah, dia kena jaga aku. Berbulan dah aku sakit. Keluar rumah pon jarang. Pergi tandas pon kena tahan sakit susah payah. Aku jatuh terduduk Ya Allah dengan dugaanMu kali ini. Tapi perlahan2 aku terima, aku redha. B

Emosi aku tak stabil sgt2, segala peristiwa lama yg jadi dalam hidup aku semua datang balik. Bermain2 dalam kepala aku. Kenapa aku mcm ni, kenapa dugaan aku bersilih ganti. Tak cukup kuatkah aku selama ini. Apa silap salah aku. Dr dalam perut aku dibuang, tak dihirau diabaikan dihina. Aku punya segala yang ada ini aku usaha sendiri. Aku takda ada adik beradik yg ada dengan aku. Aku cuma ada Allah, suami dan kawan2 tempat meluah perasaan aku. Aku pernah tanya kenapa aku dibuang dulu sebab aku nkkan jawapan yang tepat sebb aku dgr mcm2 cerita pasal hidup aku. Aku dikatakan tak matang dan mengungkit.

Salahkah aku nk mencari jwapan kepada persoalan hidup aku? Salah aku kah hdp aku mcm ni. Aku disalahkan dan tak diambil hirau dengan orang yg sedarah sedaging dgn aku. Aku ni sakit, jiwa aku tertekan. Korang blh banding2kan kesusahan korg berbanding dengan apa yang dah aku alami dari kecil. Korang nampak aku hidup senang, tapi tahu ke apa yg aku lalui selama aku membesar. Kenapa korang tak pernah cuba letak diri korang kt tempat aku. Tak nak terima keadaan aku.

Terima yang semua ni mmg ada salah orang2 tertentu tu. Tapi korang nak menang. Cakap aku yang kena pergi menghadap. Selama ni pon aq turunkan ego aku, aku berhubung je. Tapi bila aku nakkan kebenaran korg buat aku mcm ni. Salahkan aku. Baiklah aku terima. Aku yang bersalah. Selama ni mmg aku yg bersalah, akulah punca segala2nya. Bak kata seseorang tu, sakit aku ni pon salah aku sendiri. Memang tak da siapa paham apa aku rasa.

Aku yang bersalah sebab hadir dalam rahim ibu sehingga ibu tertekan sampai nak buang aku kan. Walhal bapa yg buathal. Aku la yang bersalah sebab jadi anak angkat makayah, jadinya bapa dpt kenalkan indon tu dan akhirnya rumahtangga makayah hancur. Akulah yang bersalah sebab mak tak rapat dengan saudara dia sebab tak sanggup aku dihina. Akulah yang bersalah tak jaga mak betul2 masa mak sakit. Akulah yang bersalah dapat sakit kanser ni. Akulah yang bersalah sebab aku sakit dan susahkan suami aku.

Aku mntak maaf jadi orang yang tak berguna dan menyusahkan. Aku mintak maaf sangat Ya Allah jadi hambaMu yang tak berguna. Aku mintak maaf.

– Maafkan Aku

– B

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *