Alif Lam Mim

Hai admin. Nama aku atan. Terima kasih sebab sudi baca. Kalau sudi share, alhamdulillah. Hopefully I spell it right.

Kalini aku nak share cerita pasal sujud tilawah. Maafkan aku admin, aku ni suke cerite pasal solat sebab aku rasa solat ni macam satu bende yang sangat menakjubkan. Hari-hari, ada aje bende baru yang kita boleh belajar pasal solat. Ilmu Allah ni luas sebenarnye. Alif lam mim tu mukadimah je.

Nak dijadikan cerita, aku ni memang pemalas nak solat. Baru-baru ni je terasa macam nak betulkan diri sendiri. Ni kalau mmbe aku taw, memang kene chop riya’. Tapi kalau x share, berdosa pulak sebab kedekut ilmu. Kali pertama aku jumpa sujud tilawah ni bile aku solat terawikh ramadhan 2017. Sebelum solat, imam ada baca something. Ade perkataan sajdah kalau tak silah. So aku da bole teka yang dia nak buat sujud ni.

Arini, August 18 2017 aku tergerak hati nak pergi kerja awal. Aku pon mandi la awal. Dalam kol 5pg da siap. Aku memang seblom tido da decide nak gi awal. Acah-acah nak subuh masjid tapi selalunya aku kandas. Setan yang selalu menang. Kalini aku yang menang. Aku berjaya ke masjid subuh ni. Achievement la jugak biarpon baru 2 3 kali. Aku sampai surau bawah block ni mamai la jugak. Ngatuk beb. Selalu bangun kol 6. Ni kol 6 da siap mandi.

Rakaat pertama pon start. Imam senyap je takde cakap ape ape. Aku assume dia solat cam biase. Lepas fatihah dia baca surah. Alif lam mim. Aku ni ngaji tak pandai. Dah la tak pandai, tak habis lak tu. Selama yang aku tahu, alif lam mim ni surah albaqarah je. Aku taw surah2 pendek. Ngaji tak abes. Khatam tak yah cite r. Belom sampai hidayah agaknya.

Ayat lepas alif lam mim dia lain. Aku hafal ayat kedua albaqarah tu. aku da mula pelik. Aq dengarkan je dia baca. Ni albaqarah lagu taranum lain agaknya sebab tu bunyi pelik. Da lama pastu imam sujud. Aku dengan mamai tu nak rukuk. Laaaaa. Sujud tilawah rupenye. Naseb baik aku penah jumpe ni masa terawikh dulu. Aku pon sujud. Motion sujud tu wajib. Tak taw bacaannya takpe. Kalau time tu aku mamai teruk, memang aku sorang la yang gile rukuk sorang2. Hehehehe.

Abes tu aku google. Rupenye surah al-sajdah ade alif lam mim jugak. Aku sorang je yang ngaji tak abes.

Moral of the story sini, alif lam mim tak semestinya al-baqarah. Ade orang cakap ayat sajdah ni ade 30 ayat. So maybe tiap2 kali sujud tu bacaan nye lain. Sebab memang aku rasa bacaannye tak sama dengan bacaan aku jumpe masa terawikh dulu. Masa terawikh dulu takde alif lam mim. Jakun sekejap aku. Banyak bende yang kite kene belajar lagi. Solat hari-hari tak semestinya solat kita paras itu sahaja. Banyak yang kurang. Banyak yang boleh ditambah.

-Atan-

– Atan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit