Am I Depressing?

Memandangkan aku dah berjaya habiskan semester pertama, aku nak buat confession sikit lah dekat sini. Confession kenapa sejak ke belakangan ni aku nampak macam kemurungan sikit.

Okay, let’s start the confession. First, as you know aku withdraw dari UiTM. Sebabnya, aku bodoh giler dalam course lama aku. Memang dalam mana-mana kelas, otak aku jammed giler nak catch-up segala. Termasuk nak lukis plan tu. Hmmm..

Bila dah withdraw, aku balik Johor. Masa tu tebalkan jela muka bila semua makcik-makcik bawang tanya kenapa aku balik. Belum lagi yang jenis hentam aku sebab aku balik. Katanya aku dah bazirkan duit parents aku. Hmmm. Yela, budak loser kan.

Masa dekat Johor tu memang down gila la bila dah kena hentam kan. So, aku tekad. Aku nak tebus balik kesilapan aku. Aku pergi try mohon ipt lain yang ada course yang aku minat. And memang tu azam aku sebelum aku pergi withdraw. Aku check mana-mana ipt yang ada course tu. Aku mohon. And, disebabkan aku dah jauh. Peluang untuk ke ipta tu macam dah terlepas, terpaksa aku mohon ipts yang ada dekat Johor. Jalan terakhir.

Tak lama lepas tu kira-kira sebulan lepas aku withdraw, permohonan aku berjaya. Memang masa tu hanya Allah je yang tahu betapa happy aku bila permohonan aku lepas. Dan dapat course yang betul-betul aku minat.

Waktu pendaftaran, aku memang excited gila. Yela, tak lama lagi aku jadi student balik. Tapi, bila aku dah sampai dekat ipts tu aku rasa semacam gila. Masa nak masuk kelas orientasi, aku macam rasakan ada aura negatif di sekeliling aku. Lagi-lagi bila student yang sama batch intake dengan aku tu. Dan feel dia sumpah lain macam mana first time aku masuk UiTM dulu. Aku bukan nak banding-bandingkan. Tapi itu memang kenyataan. Memang aku rasa something bad je dekat situ. Untuk sedapkan hati, aku pun cakap lah tu mainan fikiran je. Yela, ipts tu betul-betul dekat tengah hutan. And, aku tak biasa lagi dengan tempat tu. Dan jumpa pulak muka-muka baru. Mahu tak rasa semacam. Bak kata orang itu semua first impression. Aku cuba sedapkan hati dan cakap aku ke sini nak belajar. Nak tebus balik dosa yang aku buat dekat parents aku. Nak pulihkan balik perasaan dorang yangg kecewa dengan aku dulu.

Habis orientasi. Kita orang dicutikan. Sebab jadual kuliah start tahun baru. Okay, masa start je kuliah. Memang semangat. And kuliah start time new year, memang berazam giler nak do the best kali ni.

Masuk kelas, aku tak rasa apa. Tak nervous macam mana kita first time masuk ipt and first time masuk kelas. Sebab aku waktu tu macam dah berpengalaman sikit lah macam mana hadapi situasi dalam ipt. Cuma beza kalini, lecturer baru, classmates baru and subject baru.

And ini best. Disebabkan aku ni batch last. Sesi december. Yang memang betul-betul terakhir untuk intake 2017. Kelas untuk course aku hanya ada 8 orang je. Dan satu je kelas yang ada. Hahaha, kelakar kan? Mesti best bila nak belajar. Tak serabut kepala semua. Betul tak?

Ye, masa mula-mula memang aku anggap macam tu. Tapi bila dah pertengahan semester, aku dah rasa lain. Classmate yang dulu aku anggap baik, boleh sama-sama masuk kepala dan senang buat kerja tu dah jadi lain.

Itu la puncanya.

Kau bayangkan lah. Aku ni dari mula bersemangat nak belajar. Dah tak sestress masa dekat UiTM dulu. Tapi bila dia buat perangai. Terus aku jadi stress. Aku bukan nak bangga diri atau riak, tapi aku ni memang jenis perfectionst sikit bila berkaitan dengan assignment. Yes, itu aku. Sebab aku bila dah masuk ipts ni, aku jadi selfish sebab nakkan markah. Nak pungut markah untuk dekan setiap sem.

Aku tahu, korang yang baca ni mesti kata aku acah. Berangan. Janji melayu. Tapi, demi Allah aku memang nak dekan. Lagi-lagi at first semester. Yela, waktu macam ni lah kita kena jaga pointer kita. Nanti bila masuk next sem, senang nak kejar. And, senang nak maintain. Bayangkan kalau first sem, kau dah main-main. Pointer teruk. Macam mana next sem kau nak jaga balik pointer kau? Makin naik sem, bukan makin senang subjek kau tu. Makin susah. Betul tak?

So, disebabkan aku punya hasrat nak dekan. Aku cakap dekat classmate aku yang kalau boleh kita buat yang terbaik untuk group assignment ni. Masa mula-mula, semua kata ok. Semua semangat. Bila sampai je assignment tu, haram!!!! Semuanya dah terbalik. Sampaikan satu hari tu memang aku tak tahan, aku tegur lah. Cakap bila nak start assignmentnya? Kau tahu apa yang jadi?

Aku kena sembur balik dengan dorang. Yez! Aku hanya tegur pasal assignment. Sebab tu group assignment! Bukan individu. Kalau individu lantak kau lah!

Kau bayangkan, submission date tu dah nak dekat. Tapi, satu hape pun group aku tak buat. Lagi berapa hari nak hantar, baru lah terhegeh-hegeh nak buat. Bila dah siap, aku tengok lah hasilnya. Ya Allah, hatiku ni macam kena hiris seyh tengok hasilnya. Cincai! Group lagi satu (lelaki) punya assignment kemas wei. Ni group perempuan, ya Allah..

Start sini aku dah down habis. Memang serious down. Aku dapat rasakan harapan aku dah punah!

Itu baru satu hal. Hal classmate. Second, ada lagi halnya. Yes. Kisahnya buat henti dekat situ. Ada lagi kes lain.

Kesnya, bermula masa sesi kokurikulum. Actually, bukan koko pun. Ni sekadar apa benda ntah. Aktiviti sampingan ke apa. Aku tak ingat. And koko ni, dia merupakan aktiviti badan uniform. Tapi ipts, dia wajibkan dekat fakulti aku je. Memang sebelum ni dah buat macam tu. Aku tak tahu kenapa fakulti lain takda. Ok, hal tu aku taknak sentuh. Sebab tak penting sangat.

Untuk aktiviti ni, aku dipilih jadi ketua organisasi. Setiap course akan ada ketua masing-masing. (Fakulti aku ada 3 course. Setiap course ada 2 orang ketua. So, ada 6 lah kan?) Pada mulanya, aku taknak. Memang aku tak berkenan nak pegang apa-apa jawatan. Termasuk CR or ACR. Tapi, entah kenapa aku juga yang kena. Nak tak nak terpaksa lah terima.

Waktu sesi perkenalan ketua-ketua organisasi, tenaga pengajar ada tanya dekat student2 tu, ada sebarang bantahan tak dengan pemilihan ketua ni. Again, ADA SEBARANG BANTAHAN TAK DENGAN PEMILIHAN KETUA. Semua macam monyet lah bersorak macam baru lepas umum keputusan PRU. Semua kata TERBAIK lah, BOLEH lah, HEBAT lah. Itu lah jawapan dorang. So, hari tu, bermula lah tanggungjawab aku nak uruskan segala aktiviti-aktiviti koko.

Next weeknya, aktiviti koko start. And, memang arahan pihak atasan suruh student kawad dulu sebelum start aktiviti lain. Biasalah, badan uniform kan? Memang dah diwajibkan ada kawad.

Masa nak arahkan suruh kawad tu, ya Allah..!!! Tension ya amat! Aku rasa masa aku suruh kawad tu, aku macam suruh budak-budak sekolah rendah tahu? Bukan mahasiswa atau mahasiswi. Dengan main-mainnya. Suruh masuk baris je. Dia punya bengap macam suruh lembu masuk kandang!

Aku tak tahan, aku mengamuk lah! Haaaa, start sini lah kes kedua terjadi. Lepas aje aku mengamuk, dah mula dah budak-budak tak puas hati dengan aku. Yang perempuan, pandang slek dekat aku. Yang lelaki, acah-acah teror bab-bab kawad ni.

Yang ni best. Disebabkan ada beberapa monyet yang rasa dia hebat dalam kawad, aku saja suruh dia jadi commander. Kalau ikutkan cara, memang dorang ada ciri-ciri commander terbaik. Jujur, tak tipu. Bila dah dengar suara dorang, aku bincang dengan ketua2 yang lain, nak suggest nama dorang jadi ketua commander for this merching. Kalau nak tahu lah, waktu perbincangan ni, hanya aku dengan ketua-ketua yang lain je tahu. Sebab kita orang ada group whatsapp lain and bincang dalam tu. Tapi, apa yang jadi hairan bin ajaib, segala maklumat yang kita orang bincangkan tu dah sampai kepada ahli biasa. Bila dorang dah tahu, masing-masing protes (Monyet2 tu la). Semua kata kita orang sengaja nak tindas dorang. Pastu, tiap kali selisih masing-masing maki aku. Kata ketua tak guna lah. Salah guna kuasa lah apa lah.

Ha, ini memang betul-betul aku angin. Aku dah cakap aku tak teringin pun nak jawatan ni. Sebab memang akan ada je yang tak puas hati. And sangkaan aku betul. Kalau betul la tak puas hati, kenapa masa mula-mula pemilihan ketua tu taknak bantah? Kenapa semua macam macai? Sorak sakan? Oh sebab masa tu ada pihak atasan heh? Tak berani nak bantah.

Sekali lagi,

Aku memang waktu tu tertekan ya amat! Dah lah kejadian tu sama-sama terjadi waktu classmate aku buat hal. Start daripada tu, mana budak-budak yang sama fakulti dengan aku semua bermusuh dengan aku. Kalau selisih dekat cafe ke, library ke, nak ke kelas ke mesti carut aku. Siap sindir beb.

Habis kisah kedua. And now, masuk kisah ketiga. Yes! Ada lagi! Kalini, budak kolej kediaman pulak. Ok. Kalau korang penat nak baca, takpe la. Korang pergi rehat. Buat lah benda yang lebih pentin dari baca confession aku. Aku buat pun sekadar nak lepaskan apa yang aku rasa sepanjang 4 bulan aku dekat ipts ni.

Ok, kita sambung balik kisah budak kolej kediaman. Aku panggil kolej jela. Tak penat jari nak taip full. Kisahnya macam ni. Aku ni jenis tak suka masuk campur hal orang. And, kawan-kawan aku pun tahu aku ni jenis tak akan layan hal orang lain. Lebih suka buat hal sendiri. Sebab tu aku susah nak berenggang dengan headphone or earphone. Sebab kalau dorang ada je benda nak diisukan, aku pakai binatang tu. Kalau takda, aku lari keluar.

Aku ingat, aku buat macam ni aku selamat. Sebab dekat UiTM pun memang aku buat macam ni. Dan selamat. Takda perang bilik.

Tapi, rupanya jadi wei!

Rumet aku yang sorang ada masalah dengan budak bilik lain. Dengar cerita sebab lelaki. Yes! Perempuan memang tak lari masalah lelaki ni. Dia mengadu la kat kita orang. Yang mana satu bilik. Aku pun nak taknak terpaksa lah dengar. And tolong apa patut. Tapi aku takkan masuk campur. Masalah sendiri. Settle sendiri.

Aku cakap kat dia, pergi settle elok-elok. Jangan sampai bergaduh. Sebab kalau hal bergaduh ni sampai ke telinga penyelia. Masak dorang. Tapi entah kenapa keras kepala. Dia tetap nak berlawan jugak! Paksa semua rumet dia ikut dia serang. Allahu! Aku dah cakap jangan babitkan aku. Yang nak lawan dengan budak tu pahal? Benda boleh bincang elok.

Bila dorang semua sepakat nak serang, aku terus larikan diri. Sebab tu bukan hal aku. Buat apa nak masuk campur. Baik aku buat kerja aku. Tengok anime ke. Dalam berapa minit ntah dorang pergi buat perang hendap tu, aku masuk bilik. Tengok2 dorang dah ada dalam bilik. Means dah settle la kan? Aku pun tanya lah. Dah settle? Dorang cakap dah. And siap cakap rugi aku tak join dorang. Aku pelik lah. Nak rugi apa. Masalah kau. Bukan masalah aku. Semua diam je bila aku balas gitu.

Esokkan harinya, budak yang ada masalah dengan aku tu pandang semacam dekat aku. Eheh? Dah pahal? Selama ni jumpa aku elok je senyum. Sekarang boleh pulak buat musuh. Kaji punya kaji rupanya budak tu terus anti dengan bilik aku sebabkan rapat and sama bilik dengan musuh sebenarnya.

Aku dengan rumet aku tu bukannya sama course. Rapat pun tidak. Sekadar tegur gitu-gitu je. Kalau ada benda penting baru bercakap. Tapi dia punya anti tu ya Allah! Budak-budak sungguh! Padahal umur dah 20 ke atas! Matang la sikit!

Bila dia dah macam tu. Aku pun buat tak kisah lah. Aku pun bukan kawan dengan kau. Aku teruskan hidup macam biasa.

Bila dah nak dekat final, budak tu tunjuk belang. Aku bila nak study, aku pergi study room. Kau tahu tak? Budak tu punya anti, dia bawa geng dia masuk bilik study pastu memekak. Terpekik terlolong. Siap sindir aku. Sumpah! Aku makin tertekan. Pakai headphone sekuat mana pun dorang boleh dengar dorang buat hal. Tak tahan, aku cabut masuk bilik. Dekat bilik pula, rumet memekak. Gelak tawa sini. Tengok movie kuat-kuat. Sedangkan masa tu, minggu final! Kalau minggu lain, aku boleh terima! Tapi ni minggu final! Aku nak belajar pun tak tenang. Nak ke library, jauh ya amat. Takkan malam-malam nak redah pergi library? Pastu waktu tutup pukul 9. Aku ni jenis nak menelaah sampai lewat malam. Bila dah jadi macam tu, aku terpaksa bangun awal pagi. Buat macam SPM dulu. Telaah malam-malam buta! Orang nyenyak tidur, aku telaah sorang2. Dah itu je masa yang ada.

Disebabkan tiga masalah ni, aku jadi takut nak facing others people. Sampaikan aku nak bayar makanan pun aku tundukkan kepala. And time weekends, rumet keluar jalan-jalan. Aku rela duduk dalam bilik sorang diri.

So, aku rasa itu jela yang aku mampu cerita. Bayangkan. Baru first sem dah macam-macam masalah datang. Dulu masa kat UiTM, tak pernah ada masalah. Masalah aku pun hanya pada course aku je. Memang betul la aura yang aku rasa masa first time masuk ipts ni.

Aku tak tahu lah macam mana aku nak teruskan hidup kalau macam ni jadinya. Takkan nak withdraw? Dah berapa ribu aku habiskan dekat sini. Dah lah swasta! Kau faham-faham jela swasta macam mana.

Tapi benda-benda ni la yang buat aku jadi ‘lembik’. Sampaikan, kawan aku yang dekat UiTM dulu pun pelik kenapa aku boleh ‘lembik’ macam ni. Sedangkan masa dekat UiTM, aku boleh tahan. Kuat.

Okey. Setakat itu jela confession aku. Aku nak buat confession ni pun sebab aku hari tu pernah buat psychology test, and resultnya semua mengatakan aku hampir nak kena anxiety disorder and depression. Tak sangka, selama ni aku paling active settlekan masalah depression orang. Selalu cuba comfort dengan orang yang depressed. Tapi, benda tu kena dekat aku. Aku harap siapa yang baca ni, dapat tolong aku. Dapat doakan aku sihat. Dan doakan aku jauh dari depression clinical.

Thanks for spend your time reading my confession, fellas. And maaf kalau-kalau apa yang aku ceritakan ni tunggang terbalik.

– Loser

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *