Anak Dara Tua

Anak Dara Tua

Assalamualaikum. Selamat hari Jumaat.

Makcik nak bagi sepatah dua kata kepada semua yang sedang diuji. Baik ujian di tempat belajar, tempat bekerja, ujian kewangan, ujian jodoh dan ujian rumahtangga dan sebagainya. Ingat, walau di mana awak berada sekarang dan apa jua ujian yang sedang hadapi, yakinlah itu kerana awak KUAT! Awak insan terpilih olehNya.

Purata kawan2 seusia makcik dah anak dua. Makcik ni bujang. Itu ujian makcik. Makcik rilek je sebab makcik tau makcik kuat. Sejenis telinga pekak tak dengar lantaklah apa orang nak cakap, hati tak tisu, tak suka pada attachment dan cepat rimas dalam suatu relationship, jadi sebab tu Tuhan pilih makcik. Mungkin makcik lebih kuat menghadapi ujian menunggu berbanding ujian rumahtangga. Kan?

Beberapa kawan makcik pulak diuji dengan perkahwinan jarak jauh. Setiap minggu merisikokan nyawa di jalan raya untuk pulang berjumpa anak suami keluarga tercinta. Kami yang melihat hanya mampu nasihat ‘sabar.. sabar…’ hanya simpati kerana tak memiliki kasut yang sama, tak cukup empati. Ya, mereka sabar dan kuat, namun kadang-kadang rapuh juga. Sampai bila….

Ada jugak kawan makcik menghadapi ujian anak. Kawan, mungkin awak lebih kuat mengharungi ujian ketiadaan anak berbanding ujian semasa atau selepas melahirkan anak. Allah lebih tahu. Anak itu amanah. Nak pikul amanah dan harta dunia akhirat (anak soleh) itu lagi besar cabarannya.

Jadi, sentiasalah berfikir positif dan bersangka baik pada Allah.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (al-‘Ankabuut:2)

Ujian itu untuk dekatkan lagi diri kita pada Nya, Sang Pencipta. Ujian itu juga mungkin untuk menghapuskan dosa silam kita. Dosa rutin yang kita lakukan (Contoh: mengumpat, ikhtilat dll). Hadapilah ujian dengan positiviti. Ya, kita lemah, rebah, namun carilah kekuatan daripadaNya. Kembali kepada Dia.

Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan. (al-‘Ankabuut:7)

Makcik pernah terbaca tapi lupa sumbernya, ‘Kita belum betul-betul inginkan sesuatu itu selagi kita tak sungguh2 bertahajud kepadaNya di sepertiga malam’

Hmmm… makcik fikir betul jugak statement ni. Jauh di sudut hati, siapa tak teringin nak bekeluarga kan. Tapi kadang2 fikiran ‘best lagi hidup bujang’ ‘takutlah’ ‘ tak bersedialah’ ‘serabutlah’ mungkin menyebabkan rasa sungguh2 nak kahwin tu belum sampai. Kalau betul2 nak, mesti dah sungguh2 minta, usaha untuk bangun dating dengan Allah malam2 sebab semua tahu, doa masa tu macam anak panah tepat ke sasaran.

Ayah makcik pernah cakap ‘jangan paksa Allah. Dia tahu kerja Dia’ Sentap makcik. Tanpa sedar, permintaan kita itu berbentuk paksaan. Makcik pon pernah down bila kita nak sesuatu tapi tak dapat2. Jenis pulak kurang sabar, nak sesuatu mesti dapat dan cepat. Tapi tak berapa usaha bangun tahajud. So Allah uji kesabaran makcik. Pernah sampai putus harap, putus doa, rasa macam Allah tak sayang kita, sebab tak makbulkan doa kita. Astaghfirullah… insofff.

Jadi, marilah kita berusaha bangunkan malam2 kita padaNya. Ya, cakap memang mudah. Nak buat tu payah. Apatah lagi istiqamah. Memang susah. Sebab tu lah syurga mahal harganya.

Jangan takut dan sabarlah menghadapi ujian duniawi kerana Dia mahu iman dan takwa kita lebih tinggi. Tapi takutlah jika kita diuji dengan penyakit hati. Hati yang sombong dan penuh hasad dengki…

Ingat, Allah Al-‘Alim. He knows best for us. Jika tak dapat di dunia, di syurga pasti lebih indah.

(Despite of makin kurang lelaki lurus, makcik yakin ramai lagi yang berpotensi jadi calon menantu mak sedang bersembunyi. Jangan berhenti berharap guys!)

(Di kesempatan ini juga, makcik nak mintak maaf pada semua kalau ada pernah termengumpat, terdengar umpatan, menyakiti hati sesiapa. Harap diampunkan)

– Makcik Manis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments