Anak Dara Tua Bermaruah dan High Class

Assalamualaikum wbt. Selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca IIUM confessions. Sejak tulisan Baim, ramai yang memberikan respon termasuklah saya cuma tulisan ini saya simpan buat seketika hingga saat ini. Saya gadis berusia 28 tahun.

Semua orang nak kahwin!

Ya ke? Jujurnya semua manusia semua orang nak menyayangi dan disayangi. Tapi apa yang menghalang mereka dari berkahwin. There are so many reasons. Belum berjumpa calon yang sesuai, ada yang nalurinya diuji tidak bernafsu pada berlawanan jantina dan banyak lagi sebab lain. Pada usia sebegini saya tak rasa saya andartu (orang lah kot yang kata) dan tak pernah rasa terdesak untuk mencari calon suami, malah saya pernah mengatakan pada diri dari berjumpa dengan calon yang salah, saya rela membujang. Apa yang penting saya ialah saya menjaga maruah diri.

Calon yang salah? Calon yang macam mana?

Setiap orang mempunyai preference calon yang macam mana yang mereka inginkan. Nak yang beragama, handsome, berduit, ada sense of humor.. itu antara yang jadi dambaan seorang perempuan. Tapi saya mempunyai rejection criteria list. Lelaki yang macam mana yang saya reject, yang i will not even consider them the moment i know them.

1. Lelaki yang di tempat kerjanya buat kerja sambil lewa (perangai majoriti staff lelaki di tempat saya antara sebab saya pernah rasa tak nak kahwin)

2. MEROKOK. Saya takkan consider perokok sebagai suami saya sebab saya rasa kalau berkahwin, perkahwinan mungkin hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja sebab saya sangat tegas dengan isu ini. I will not let my self, babies or kids being touched by a smoker before they clean themself and change their attire. I will not let myself be a passive or a third hand smoker. Plus korang yang perempuan cuba bayangkan lelaki yang merokok ada bau nikotin and even ada nicotine stain dekat gigi tu nak cium korang. Plus zaman sekarang ramai yang kena serangan jantung muda-muda umur 20-30 an dengan satu sahaja risiko- heavy smoker. Plus tahu tak perokok (especially heavy smokers) tu berisiko tinggi jadi mandul (kualiti sperma diorang rendah) dan tingkatkan risiko untuk kelahiran bayi pramatang. Jadi girls, buatlah pilihan yang bijak.

3. Lelaki yang cannot communicate. Marriage is always two way communication. Laki macam ni awal2 saya akan reject. Contoh bab pengamalan perancangan keluarga. Kalau suami yang berpegang haram mengamalkan perancangan keluarga walaupun melibatkan kesihatan isteri lagi2 isteri yang sangat berisiko tinggi, melibatkan risiko nyawa tapi suami masih bertegas tak nak merancang mohon laki2 macam ni buang ke laut bagi makan ikan jerung. Bila dalam perkahwinan xboleh communicate effectively mesti rasa stuck gila nak cari jalan penyelesaian pun payah.

4. Lelaki yang nak dirinya dilayan bagai raja. Tak nak tolong buat kerja rumah. My principle is easy life is a sharing, we work together or else, hire a maid. Kalau tak mampu nak buat kerja2 rumah berdua ikut pembahagian tugas, haruslah suami keluarkan nafkah untuk bayar maid (weekly pun cukup) sebab masa yang ada we need to spend quality time together, eg: picnic, reading time, evening walk/hike or exercise. Eh kata nak jaga body.

5. Womenizer, gambler, alcoholic and drug addict. And you know why.

6. Hot tempered man. Lagi2 yang sebelum kahwin da pukul please cabut lari.

7. Lelaki yang pecah amanah. Sanggup ke nak makan duit pecah amanah tu, silap haribulan dah kahwin suami tu masuk penjara.

Maruah

Ni antara point penting saya. Kahwin tu best (Allah bagi kelazatan halal) dan sangat best kalau kita dapat mawaddah sakinah warahmah dalam keluarga. Pasangan dan anak2 jadi penyejuk mata. Lagi best bila kita menyayangi orang yang sayang kita. Tapi jangan sebab nak mencari halal tu kita guna jalan yang salah.

Dulu saya tak faham bagaimana lelaki dan perempuan boleh sampai berzina. Mungkin sebab Allah jaga saya, saya dibesarkan oleh kedua orang ibu yang menjaga agama dan tegas, saya bersekolahbasrama yang cikgu, ustaz ustazah menjaga kami dengan baik, saya menyambung pelajaran dalam kursus yang orang-orangnya baik. Saya pernah berkawan dengan beberapa lelaki (yang berhubung dengan niat berkahwin dan rakan2 sekerja) dan mereka tak pernah ambil kesempatan hatta memegang tangan sekali pun.

Tiba-tiba saya diuji. Saya jatuh hati dengan rakan sekerja. Dia tiada ciri-ciri rejection criteria saya maka saya setuju untuk kenal dia lebih dekat. Dia bertanggungjawab terhadap kerja, always be a man selagi boleh takkan bagi saya bayar bila kami keluar, dia tegur saya politely bila dia rasa saya rude terhadap our respected boss, very cool and not hot tempered. Dia serius dan kami plan untuk kahwin. Cumanya bila mengenali dia lebih dekat, dia dari keluarga yang moden, ada siblings dia yang kahwin dengan mat saleh. Masalahnya dia sangat pandang enteng pada aurat dan zina. It’s okay for him. It’s a way to express love physically. In which i really cannot except. Ayah saya sedangkan saya solat lambat pun ayah saya merajuk inikan pula zina. Saya dijaga oleh ibu bapa saya, guru-guru saya selama 28 tahun n i won’t give up my dignity for a man. Saya percaya lelaki yang kurang ilmu agama tak semestinya tak boleh jadi suami yang baik. Tapi antara kami we have a very big conflict of principle.

So i know the only solution is to distant myself from him. It’s the safest way. Adik2, kadang2 kita rasa kita takkan diuji dengan sesetangah benda. Tapi adik, hidup ni ujian and we will never stop being tested. Umur berapa pun tak kisah. Jaga solat dan jagalah ikhtilat. Jauh dari pandangan ibu bapa tapi ingat Allah tu dekat. Berhati2 berkawan dengan lelaki walaupun dia bujang sekali pun. Lelaki nafsunya terhadap perempuan tu tinggi dan ada masanya sukar dikawal jadi jangan buka ruang. Dan once kita buka ruang ingat laki walaupun kurus sekalipun kudratnya lebih dari wanita takut kita tak mampu nak lawan walaupun kita tak nak. Dalam proses berkenalan (taaruf) elakkan keluar berdua terutama pada waktu malam, bawalah teman yang dipercayai (seperti ibu/rakan bukan adik kecik yang belum mumaiyyiz)

Mungkin ada rakan saya yang kata saya rugi tolak lelaki macam dia. Dia dari keluarga yang disegani, hebat, ada pangkat dan kaya. Wallahi saya tak pandang semua tu. Memilih lelaki berdasarkan material tu adalah saya dahulu tapi Alhamdulillah tak lagi. Bagi saya tak rugi kita pilih untuk tunaikan hak Allah dari manusia. Berkahwin atau tidak, tak mengapa. For the mean time, i will still prepare myself to be a better person physically (kena jaga makan dan do regular exercise), jaga penampilan diri, jumpa dermatologist untuk rawatan kulit, be better spiritually, timba ilmu banyak2, belajar masak lagi, teruskan perjuangan sambung belajar dan be a better daughter to my parents (benda yang saya mungkin banyak saya abaikan).

Allahua’lam. Doakan pengakhiran yang baik untuk saya.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *