Anak Dato’ Series, Tapi… II

Anak Dato’ Series, Tapi… II

Hai semua. Aku riana. Thanks admin sbb sudi share cerita aku lagi. Ni confession aku yang kedua. Kalau korang nak baca confession ni, better baca yg 1st.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1604241386325337&id=729187373830747

Macam yg aku cerita, aku anak Dato’ Seri. Untuk pengetahuan, ia berbeza dgn Dato’. Dato’ Seri dianugerahkan oleh Agong. Bukan sultan pahang. Haha. Agong iktiraf jasa ayah aku kepada negara.

Ada yg tnye, kenapa ayah aku kedekut? Ayah aku sebenarnye seorang yg sangat pemurah. Nak mintak sesuatu agak senang nak dapat. Waktu kecik selalu mintak mainan Barbie, Polly pocket atau block semua dapat. Mainan rumah pun ada. Dah besar ni pun, ayah aku yang bayar untuk majlis kawin aku nanti. Aku bebas pilih pelamin, baju, etc. Dia tinggal bayar je. Sbb ramai VIP yg akan attend Majlis kawin aku, so kena la buat elok2. Semua ni depends kemana duit tu nak spend. Kalau untuk makeup, bergaya hari2 susah sikit. Kalau untuk makan, takde masalah.

Kadang2 aku pun tak faham kenape susah sgt nak bagi rumah cantik. Setanding dengan rumah2 lain. Bila ajak bincang, mak ayah selalu cakap takda banyak masa. Masa kecik aku stress betul. Kawan2 yang tgk rumah aku ingat aku ni hidup susah, sbb rumah buruk.

Ayah aku jenis susah nak percaya org. Tapi aku rasa ni benda biasa. Bayangkan kalau korang duduk jauh, pastu nak bagi org lelaki yang tak dikenali datang rumah repair barang. Rumah tu cuma ada isteri & anak2. Tak takut ke? Korang sendiri pun tak suka Kan.

Lama2 kami blaja jadi flexible. Kalau tandas satu bilik rosak, gunalah tandas lain. Kalau aircond rosak, pakailah kipas. Kalau lampu mati, tukarlah baru. Aku kadang2 belajar repair sendiri barang rosak. Bukan tak pernah mogok, pernah mogok sbb keadaan rumah. Tapi nak buat camne. Kalau ade duit sendiri boleh la diam2 repair brg. Tapi aku duit sendiri pun takde. Kalau apa2 jadi, kan susah.

Mak ayah aku both org kampung, dah biasa hidup susah. Jadi mungkin diorang tak terasa. Tapi ntah la, bagi aku kalau dah duduk bandar, ikut la cara bandar. Rumah org lain cantik, tiba2 rumah kita buruk, malulah. Kalau duduk kampung takpelah nak rumah mcm tu. Sampai kakak aku nak kawin taun 2015 baru parents aku ade initiative nak cantikkan rumah. Repair semua benda. Tukar baru semua. Lepastu baru confident nak ajak org datang. Haha

Ayah aku memang ada personal driver & diberi kereta kerajaan (perdana) & bodyguard. Dapat satu rumah banglo kerajaan with elaun org gaji. Tapi kemudahan tu dekat tempat kerja ayah aku. Mcm dia kerja pantai timur, so rumah banglo dipantai timur. Kami duduk rumah asal kami dkat Selangor.

Ayah aku selalu jugak balik. Lama2 bila dah duduk jauh, ayah aku pulak yg selalu balik. Masa mula2 je aku stress sbb kena selalu ulang alik. Iyelah, weekend asyik main.. bila dah dalam bas baru nak menangis homework belum siap. Sampai2 dah pagi kena pegi sekolah terus. Pegi sana mana bawak homework. Haha

Aku jeles jugak dengan org yg selalu pergi oversea. Dapat main salji. Aku ni dapat la jugak pegang salji, tapi dkt Bukit cerakah, bilik 4 Musim tu je. Haha.

Even though mak aku takut naik flight, dia dah penah pegi Umrah & Haji 2x. Australia, London, Paris & Japan. Pergi berdua je. Honeymoon la katakan. Mak aku memang takut naik flight, tapi kalau dah takda option lain, terpaksa naik jelah. Kalau dalam negara, naik bas la. Kalau ada ayah aku, driver bawak. Sekarang ayah aku kerja dkt kl dah takda isu bas ni. Mak aku sebenarnye pandai je drive sendiri. Dia pergi kerja bwk kereta. Tapi untuk jalan jauh, dia tak berani mcm dari Selangor ke kelantan.

Sebenarnya tujuan utama aku nak cerita, bukan nak menunjuk, bangga aku anak Dato’. Aku sebenarnya dah penat. Penat nak buktikan yang aku tak sombong, aku tak berlagak and aku juga manusia biasa yang pernah susah, yang harus kau layan macam org biasa macam kebanyakan org. Aku perasan, ade org lepas dapat tau aku ni anak Dato’ terus jauhkan diri dari aku. Kesian aku kan. Lagipun aku jenis suka bergaya, pakai baju cantik selalu (bila dah anak Dato’ mesti org ingt baju aku mahal kan, padahal beli pasar je) & aku suka pakai makeup. Nampak macam high maintenance kan. Well you don’t know me. Padahal dialah yg pakai iPhone 8, kereta honda. Aku ni pakai Lenovo je, naik pun kereta axia. Pandai nak tuduh aku sombong & berlagak..

Well, aku memang bersyukur masih ada mak ayah, takda masalah duit. Mak ayah Aku alhamdulillah sihat belaka. Ayah aku dah 62tahun masih rajin bekerja. Tak pernah mengadu penat pun. Lama2 kami pun dah faham. Berbaktilah ayah until negara. Walaupun tak banyak masa dengan kami tapi tak apalah. What past is past.

Aku pun akan berkahwin, aku harap bakal suami aku lebih banyak masa dengan kami nanti. Tak kaya pun tak apalah, yang penting banyak masa sama2. Insyaallah

– Riana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit