Anak Mak

Aku anak mak. Anak yang kelima dari enam beradik. Nama aku Amin. Ayah aku sudah lama meninggalkan kami sekeluarga. Aku ada dua orang kakak, dua abang, dan satu adik lelaki. Ini kisah tentang mak aku dan adik beradik aku. Mak aku seorang ibu tunggal. Dialah ayah, dialah mak. Mak aku berniaga kecil-kecilan dan mempunyai satu gerai makanan. Tiap-tiap pagi, mak aku akan bangun jam 4 pagi untuk menyiapkan barang jualan. Aku dan adik beradik aku akan bangun jam 5.30 pagi untuk membantu mak. Kemudian, lepas subuh mak akan hantar aku dan adik ke sekolah sebelum ke gerai.

Jualan pula selalunya akan ditutup pada tengahari. Tapi, kerja mak tak berhenti disitu. Mak akan ke pasar pula untuk membeli barang mentah untuk jualan esok hari dan mengambil aku dan adik dari sekolah. Kami akan sampai di rumah jam 3 petang lebih kurang. Kemudian, mak aku akan berehat dan malam itu mak aku akan masuk dapur untuk menyiapkan barang jualan esok pula. Tidurnya selalu jam 2 pagi. Itulah rutin mak setiap hari. Hanya 2 jam tidur.

Mak aku berumur 40 an. Masih muda tapi tubuhnya sudah penat. Mak kelihatan sangat uzur. Berjalan kadang tak seimbang. Kadang bila adik aku berjalan dengan mak, mereka akan tanya mak aku, “Cucu ke ni?” Mak aku mestilah sedih, sebabnya, hanya perempuan yang tahu katanya. Tapi, mak tak peduli semua tu. Mak kata biarlah. Janji anak mak semua terurus. Dapat belajar tinggi-tinggi. Mak dulu nak belajar, tapi tak ada siapa yang nak tanggung mak.

Hidup mak masa muda sangat perit. Masa muda mak tinggal merata sebab tiada siapa yang nak jaga mak betul betul. Mak terpaksa jaga diri sendiri walaupun masih muda. Hampir dirogol, diabai keluarga, hidup sendiri, telah bagi pengajaran buat mak. Mak selalu cerita kat kami supaya kami tahu susahnya hidup mak dulu dan ambil pengajaran. Mak sanggup bersusah payah jaga kami walaupun ayah dah lama mengabaikan kami sebab mak pernah terabai. Hidup tak tentu arah. Mak sanggup bekerja walaupun mak dah penat sebab mak tak nak anak-anak mak tak dapat sambung pengajian.

Banyak lagi kisah mak. Takkan habis jasa mak kalau aku nak cerita. Sekarang ni, mak tengah tidur depan aku. Mak menangis sebelum pejam mata tadi. Tapi, Alhamdulillah. Mak dah berdengkur.

Mak menangis kerana adik beradik aku. Kami selalu bergaduh. Bila kami bergaduh, kami tidak bercakap selama beberapa bulan. Aku cuba bercakap dengan abang dan kakak, tapi mereka buat keras. Mereka dengan fikiran tidak masuk akal mereka.

Aku tengah makan tadi, mak tengah baring depan aku. Tiba-tiba mak menangis. Tapi mak menangis perlahan. Mak tak nak abang dengan kakak dengar. Nanti diorang buat perangai tak nak balik raya kat kampung. Aku dengan tangan tak basuh, aku pegang kepala mak dengan tangan lagi satu. Banyak uban kat kepala mak. Aku tak tahu kalau abang dan kakak perasan. Aku pujuk mak. Kalau diorang tak nak ikut tak apalah. Kita balik kita-kita sahaja. Mak cakap hati mak takkan tenang kalau tinggal anak kat rumah. Mak ada anak perempuan. Mak risau. Sambil cakap, mak nangis.

Mak cakap kat aku, abang masa gaduh dengan mak, abang tak bertegur dengan mak. Abang gi kerja, tak cakap sepatah pun kat mak yang ada kat ruang tamu. Mak tengok je abang start motor gerak gi kerja. Balik pon macam tu. Abang masuk rumah terus masuk bilik. Mak tengok je. Salam tak diberi. Tegur dan pandang wajah mak pon tidak. Mak menangis lagi. Mak tanya aku, nanti mak dah tua, nak ke abang jaga mak? Abang tak hormat mak sekarang, nanti mak dah tua, abang akan hormat ke? Mak menangis lagi. Abang sekarang makin berubah. Dia selalu terlepas subuh. Tidurnya jangan dikejut nanti habis ditengkingnya kalau tidak kena angin. Abang kata dia banyak dosa dengan mak, sembahyang pun tak guna.

Mak termenung kejap. Mak sambung lagi. Dahi berkerut, air mata masih turun. Aku picit dahi tua mak. Tangan mak ada di bawah kepala. Mengiring tidurnya. Mak kata, masa abang dan kakak gaduh dengan mak, diorang tak nak angkat call mak. Masa tu mak kat tempat niaga. Mak tertinggal barang penting. Mak call rumah sebab nak minta tolong hantar barang. Seorang pun tak angkat. Aku dan adik pergi sekolah. Mak nangis sebab mak niaga untuk sara anak-anak. Mak kata kalaulah ada apa-apa jadi kat mak, mak accident ke, mak masuk hospital ke, macam mana? Sanggup diorang buat macam ni kat mak.
Mak selalu kata mak niaga untuk anak-anak. Tapi abang dan kakak selalu kata mak mengungkit. Padahal mak bukan mengungkit. mak cuma nak kita bersyukur. Hargai apa yang kita ada. Aku tahu…

Mak cerita lagi. Mak cakap, bila mak tak masak untuk makan, mak akan beli makanan luar. Mak akan call tanya. Ya, benda ni betul. Mak sentiasa call aku tanya nak makan apa. Mak tak masak harini. Tapi bila abang dan kakak gaduh dengan mak, diorang beli makanan dari luar terus masuk bilik tak pelawa mak. Tak bagi mak merasa. Tak peduli pasal mak dah makan ke belum.

Kakak, dari luar cantik, lemah lembut, sopan dan sangat mesra dengan kawan. Tapi dalam rumah, kakak jaga diri sendiri. Kakak tak jaga adik adik. Kakak pastikan barang kakak cukup, kemas, teratur. Berkrim sebelum tidur. Tidur jam 10 malam, bilamana mak masih di dapur, dengan kain batik yang basah menitik sebab memasak dan guna singki. Tidurnya harus cukup, tidur mak tak dipeduli. Mak sakit, tak tahu apa, mak baring tak datang picit-picit mak. Kulit kakak cantik, putih. Kulit mak berparut kena minyak panas. Banyak… bertompok. Kulit tangan mak keras sebab selalu pegang benda panas. Kulit tangan sedikit kuning. Aku sedih.

Mak nangis. Sebab mak nak balik beraya rumah nenek. Dah bertahun mak tak balik dan rasa suasana raya kat kampung. Mak rindu. Tapi abang dan kakak tak faham. Mak cakap kat aku, kalau mak kena kanser, mak akan mati cepat. Sebab hati mak tak tenang, mak sedih dan terluka.

Korang, aku banyak lagi nak cerita. Tapi, biarlah korang fikir sendiri. Jaga mak korang elok-elok. Jaga hati dia. Senyum selalu. Bila kau buat salah dengan mak, terus minta maaf. Jangan buat mak menangis. Takkan kau nak tunggu kau kaya hidup senang baru kau nak bahagiakan dia? Walau tak serapat mana pun hubungan kau dengan mak, berdendam setara mana pun, panas setara mana pon dengan mak, tu syurga kau. Kau banyak dosa dengan mak, kau tak nak sembanhyang sebab rasa cam tak guna je kan? Allah bagi kau hidup sebab nak bagi kau peluang bertaubat. Berubahlah. Buang rasa dengki dengan adik beradik. Senyum dengan mak selalu. Fikirlah. Kau dah besar.

Kalau kau mati sekarang, kau rasa mana agaknya tempat kau nanti? Dengan adik beradik buat tak bercakap. Berubahlah. Peka dengan suasana. Pegang tangan mak, tangan adik beradik. Hargai nikmat ni.

Maaf aku cakap ni. Buat sesiapa yang kurang ajar dengan mak waktu mak dia masih hidup, tak menghargai mak waktu dia masih hidup, tak tunjuk sayang kau kat mak waktu dia masih hidup, lepas mak dah tak ada dalam dunia ni, jangan kau menyesal. Jangan kau nak bersedih hati mencari tempat kau luah rasa.

Jangan kau post gambar arwah mak kau di media sosial kau dengan caption “Rindu mak..”. Aku benci. Meluat.

– Anak Mak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *