Anak Terbiar

Confession ini ditulis untuk mendapatkan kata-kata semangat daripada semua pembaca. Harap ya admin publish la..

Sedikit pengenalan, Aku Peah umur 22 tahun. Masih bergelar student diploma di tahun akhir. Sepanjang hidup Aku, Aku hanyalah umpama bayang-bayang yang dipinggirkan dalam keluarga sendiri. Oh ya, aku anak kelima daripada 6 beradik. Kenapa Aku cakap macam tu ? Sebabnya Aku dah lama memendam rasa ni bertahun-tahun.

Ceritanya Aku mulakan dengan ayahku.

Ayah aku dah berusia melebihi separuh abad. Tapi aku sedih, ayah Aku tak macam ayah orang lain. Ayah kawan-kawan aku sendiri Yang masanya dihabiskan di masjid atau Surau. Berbeza dengan dia, selama Aku hidup, tak pernah sekali Aku berpeluang solat berjemaah berimamkan ayah sendiri. Buka puasa pun tak pernah lagi bersama. Sebabnya ayah Aku pun tak puasa.
Bila time Aku balik ke rumah sekiranya ada apa-apa cuti perayaan, aku biasanya akan Naik bas ekspress dan berhenti di stesen bas kuala Lumpur. Biasanya jadual tiket bas aku adalah pass waktu Malam. Ayah Aku selalu enggan untuk menjemputku pulang. Kalau bernasib baik, kalau akan menjemputku Pernah sekali, Aku sampai di stesen bas pada jam 12 malam. Aku sudah pun memberitahu ibuku untuk sampaikan kepada ayah Aku. Ibuku bukan tidak mahu mengambilku. Akan tetapi dia tidak tahu memandangkan kereta. Sudahnya, aku melangut di bangku sehingga ke subuh. Memandangkan Surau dikunci, tidal dapat Aku berbaring menghilangkan penat setelah jauh perjalanan aku lalui dalam bas. Keesokan paginya, baru la Aku beritahu kakak sulungku Yang Aku dah lama sampai. Dia pula memarahiku kenapa tak bagitahu awal-awal dah sampai. Ya, Aku agak segan untuk meminta tolong daripanya memandangkan dia sudah pun berkahwin. Tidak mahu Aku ganggu hidupnya.

Dulu pun sewaktu Aku bekerja sambilan selepas tamat SPM, Aku sering pulang pada waktu Malam. Bila Aku minta ayahku untuk jemput, disuruhnya Aku Naik bas atau teksi. Sedangkan Aku pada waktu itu hanyalah seorang gadis Yang belum capai usia tahun. Kalau bernasib baik, Aku dapat Sama syif dengan rakanku, ayahnya akan menghantarku pulang ke rumah. Aku sangat segan dengan mereka. Sepertinya aku anak Yang terbiar. Ya, TERBIAR !

Memandangkan aku sudah berada di sem akhir ini, aku akan habiskan pengajianku sebelum pergi praktikal pulak. Aku Buntu bagaimana Aku mahu membawang pulang barang-barangku nanti. Sewaktu pendaftaran Aku ke sini, kakakku Yang sulung menghantarku. Tapi bila dia dah kahwin sekarang, ekonomi dia sedikit merosot. Aku tak sampai hati untuk tolong daripada dia.

Kakak-kakakku yang lain bukan takda. Ada, Cuma seperti Aku cakap tadi. Aku ni hanyalah bayang-bayang.

Aku selalu berdoa agar dapat keluar dari keluarga Malang ini. Aku tak pernah Rasa bahagia. Kawan-kawan, tolong la doakan aku.

– si malang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *