Anak Yang Dibuang

Anak Yang Dibuang

Assalamuaikum,,salam sejahtera..nama aku E,.aku cuma nak bkongsi kisah hidup dan rasa aku selama ni yang tersimpan dalam hati aku selama ni..aku rasa bila tak luah,,selagi itu,,hati ni takkan tenang.
Aku dilahirkan dalam keluarga yang agak susah..kami ada tiga beradik..semua perempuan.aku yang sulung.mak aku cuma penjual kuih.ayah? Pemandu teksi selepas pencen dari pemandu bus.

Semasa kecil,,aku tak memahami gelora dalam keluarga. Tetapi,,semakin lama,,semakin aku sedar,,ayah tak pernah ambil berat ke atas diri kami,,

Semua perbelanjaan,,semua atas mak aku..mak aku yang usaha semuanya.ayah aku cuma balik rumah kelek pouch beg sahaja. Susu setin pun,,mak aku yang beli.belanja sekolah,,tak ada,aku berlapar seharian,,mujur masa itu ada rancangan makanan tambahan,jadi dapat la aku mengalas perut..kokurikulum sekolah aku tak pernah terlibat,mana taknya..kos tinggi,baju la,camping la…sampai kan cikgu pernah tarik tudung aku sebab tudung aku lusuh sangat.warna kekuningan. Balik dari sekolah,,masa itu darjah 4,mintak dengan ayah duit,,nk beli sepasang baju sekolah yang dah memang lusuh yang amat sangat,,itupun orang bagi terpakai.ayah kate,,dia tak ada duit.aku terdiam..aku berkata dalam hati,mungkin tak ada duit.mak aku masa ni tak ada.dia pg berniaga. Malam itu,,mase ayah aku mandi,,aku curi -curi tengok pouch beg,,mashaALLAH,,duit berkepok kepok dalam pouchbeg..hati aku menangis,,kenapa tak bagi untuk aku…sedih.aku anak dia,,kenapa sedikit pun tak dihulurkan.biarkan ank kelaparan,baju tak bertukar..ayah cuma ada balik untuk tidur sahaja.

Tahun yang same..bulan disember,,kakak tiri aku datang rumah,dia cakap pada aku..kau dgan mak kau,,adik adik kau,,keluar dari rumah.aku nak duduk.aku terpinga- pinga.ayah aku sedikit pun tak membantah.hati kecil aku menangis.kenapa ayah buat macam itu,sedangkan aku ank kandung dia.selama aku membesar,,tak pernah sekalipun dia ambil berat aku sebagai anak dia.duit belanja,layanan,tak pernah.terasa seperti aku anak buangan
Malam itu juga,kami berpindah ke rumah sewa..selepas itu,terputus lah hubungan kami dan mak aku digantung tak bertali..dan tak pernah ayah menjenguk kami sehingga tamat sekolah menengah.
Hidup aku susah sangat,tetapi entah macam mana,aku dapat laluinya,kawan di sekolah tak ramai sebab aku tak berduit.di sekolah pun aku selalu kena ejek sebab pakai baju lusuh dan gemuk..baju sekolah pun orang derma.mak aku sara kami dengan jual kuih sahaja. Belanja seharian,,

Di tingkatan 4, aku masih naif dengan erti pemberian orang.. Pak cik tuan rumah sewa,,selalu bagi makanan,duit belanja sekolah.aku berterima kasih dan menyalam tangan dia sebagai tanda hormat.tetapi dia ambil kesempatan,,cium dan peluk aku,cabul aku.lepas dari itu aku takot..sampai la kami berpindah ke rumah lain..sehingga hari tersebut,,ayah aku tak pernah jenguk kami.makan pakai kami,sekolah,,aku berdikari sendiri sekadar tak nak menyusahkan ibu aku.habis sekolah.aku kerja di kedai makan atau ambil upah kemas rumah orang.ibu aku? Hatinya kuat..berusaha mencari duit supaya kehidupan dapat diteruskan.aku lalui kehidupan serba kekurangan,ejekan kawan kawan,baju seluar koyak rabak, telekung lusuh selamat 20 tahun..aku pernah balik dari sekolah jalan kaki 3km dalam hujan sebab tayar basikal pancit..basikal pun pinjam sementara dengan kawan.sering kali aku berasa iri hati dengan kawan kawan dapat ayah yang bertanggung jawab dan baik..tapi ini kehidupan aku.tak semua bernasib baik.

Aku dapat sambung belajar dengan tajaan MARA,, dan tamat dengan baik. Sementara tunggu kerja yang lebih baik,aku kerja di sebuah petrol pump di selangor tapi tak lama sebab aku kasihan tinggal mak aku..mungkin Allah nak balas kesabaran aku lalui kehidupan susah,aku lulus dalam temuduga kerajaan dan diterima masuk bekerja..syukur,,aku ada kerja,rumah yang selesa,dan mak aku hidup dengan selesa.

Ayah? Aku sendiri tak tahu dia kemana.aku tak pernah jumpa dia hampir 25 tahun walaupun aku tinggal 1 bandar.
sebagai anak,,aku masih lagi tak mampu maafkan dia atas kesusahan selama ini..semoga dia terbuka hati untuk mencari anak yang dia buang selama ini.

Maaf,,jika ada terkurang apa apa.aku cuma meluahkan apa yang terbuku di hati seorang anak..terima kasih kerana membaca luahan yang tak seberapa ini.

– E

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit