Angkara Sihir

Assalamualaikum, Aku nak buat confession pasal abang aku. Abang aku dah kawin and tinggal satu rumah dengan ibu ayah aku. Mungkin boleh jadi pengajaran.

Abang aku dah 7 tahun kahwin tapi masih belum ada anak. Tahun lepas bermulalah konflik antara mereka, yang mana, pergaduhan besar terjadi. Abang aku ni macam kena rasuk marah-marah pasal Anak. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba dia jadi macam tu. Sedangkan sebelum ni, dia tak kisah pun pasal zuriat. Dan kami sekeluarga memang tak bebankan kakak ipar untuk mendapatkan zuriat. Kami tahu, ini semua kerja Allah.

Masa pergaduhan tu, kakak ipar aku menangis-nangis.   Dan abang aku hampir nak lempang kakak ipar aku, tapi ayah aku sempat tahan. Malam tu memang masing-masing marahkan abang aku. Esoknya, abang aku halau kakak ipar keluar rumah, tapi dihalang oleh ibu ayah aku. Seminggu jugalah diorang tak bertegur sapa. Ayah suruh Kakak ipar aku tidur sekali dalam bilik aku.

Lepas sebulan, abang aku bagitahu ibu aku yang dia nak lepaskan kakak ipar aku. Dengan alasan kakak ipar aku tak boleh bagi zuriat. Aku memang angin dengar dia bagi alasan tu, kakak ipar aku memang cukup perfect bagi aku. Cantik, pandai masak, hormat dengan ibu ayah aku. Takkan dengan kerana dia tak boleh bagi zuriat, abang aku nak layan dia macam tu ?

Aku bagi mesej panjang lebar kat dia. Lebih kurang macam ni.

“Along, aku tahu kau nak sangat ada anak. Tapi tak perlu buat kak ana macam tu, bukan kau je nak kan anak. Aku ibu semua menanti baby dari kau. Tapi kitorang semua tak boleh buat apa-apa termasuk kau. Kau tak boleh buat apa-apa selain doa usaha ikhtiar dan tawakkal. Itu semua bukan kerja kita, kau tak patut marah dia macam tu. Kau kena ingat, kau ada 2 orang adik perempuan. Kau buat dia macam tu mungkin balasannya kena kat aku atau kakak. Aku tak kisah kalau kau nak kawin lain. Tapi aku yakin kau takkan jumpa perempuan yang sama macam kak Ana. Kau fikir baik-baik, sebelum ni kau tak macam ni. Kau fikir baik-baik macam mana kau nak dapat kan kak Ana dulu, takkan kau nak senang-senang ceraikan dia dengan 1 alasan Dia tak boleh bagi zuriat. Aku nak kau fikir betul-betul long.” Dia hanya “Bluetick.” Sahaja.

Kelakuan abang aku makin lama makin pelik, dia jadi baran. Sembahyang entah kemana, dan dia selalu jumpa ex lama dia. Ex dia ni janda anak 1, dia putus dengan Along sebab Ex ni dah kahwin senyap-senyap. Aku takde laa nak fikir bukan-bukan. Tapi 1 haritu, aku nampak macam kelibat kat rumah aku. And aku pun selalu mimpi bukan bukan. So ayah ajak aku pergi berubat, dah alang-alang berubat. Ayah suruh Ustaz tu “Scan” Along aku ni.

Alangkah terkejutnya aku, yang abang aku ni dah terkena “Minyak Pengasih”. Dan mula laa sesi berubat Along aku. Teruk jugak Along aku tu, malam-malam tiba-tiba je muntah darah. Nampak ada perubahan sikit perangainya. Tertanya-tanya jugak, siapa yang buat. Ustaz ni taknak bagitahu, tapi setelah ibu aku tanya berkali-kali. Ustaz bagitahu, yang buat ni orang yang minat kat Along. Dan ustaz tu cakap, dia tak akan biarkan Along ni bahagia dengan Kak Ana. Ustaz cakap, benda ni kuat. Sebab dia guna bomoh siam + sami.

Aku terus berfikir, siapa yang buat Along aku ni ? Esoknya, Along aku dapat call dari kawan Ex. Dia bagitahu yang, Ex tengah nazak. Mata terbeliak, tiba-tiba badan kurus. Muka berubah macam nenek tua. Aku agak terkejut sebenarnya, terdetik dalam hati aku yang Ex dia ni yang buat Along. Tapi aku tak percaya, sebab Ex dia sangatlah pandai agama.

Setelah selesai beberapa sesi rawatan Along, dan Along pun bebas dari gangguan, Ex dia pun pergi menghadap Ilahi. Mungkin ini kebetulan, Aku masih ragu-ragu, aku takut bila aku syak Ex dia. Nanti dah jatuh Fitnah pula.

Lepas everything selesai, aku tanya Along. “Long, Kak F*** ada hasut kau ke sebelum ni ?” Masa ni barulah Along aku buka cerita “Ada, dia hasut aku, dia menangis and cerita pasal penceraian dia. And dia ada cakap, dia nak kat aku. Dia sanggup even aku jadikan dia yang no 2. Dia ada hasut aku suruh ceraikan Kak Ana.”

Aku tanya Along “Kau rasa kau dah tahu kan siapa yang buat kau ?” Aku tanya lagi “Nape kau taknak pulangkan ‘Benda’ tu kat dia ?”. Along aku cakap “Kalau aku pulangkan, aku sama je macam dia. Lagipun Kak Ana tak bagi”.

Untuk pengetahuan, memang Ex dia yang calit minyak pengasih. Macam mana boleh tahu ? Haaa. Kawan Ex (Yang Call Along) dia datang minta maaf kat Along, merayu supaya Along memaafkan dia dan Ex. Sebab masa Ex tu pergi jumpa bomoh tu, kawan dia ikut sekali. Dan sekarang, dia menyesal yang amat.

Sekarang Along aku dah okey dengan kakak ipar aku. Guys, walaupun disihir, dihasut. Menangis merayu supaya kita tinggalkan dia, kalau ALLAH tak izinkan. Takkan jadi jugak. Kalau dah bukan jodoh tu, terimalah dengan hati yang terbuka. Tak perlu buat benda syirik macam ni.

Zuriat bukan kunci kebahagiaan tapi zuriat penyeri rumahtangga. Sihir bukannya jalan yang terbaik untuk kita dapatkan seseorang/rezeki, tapi berdoa lah jalan yang terbaik. Minta, merayu PadaNya. Pasti akan diberi bila masanya tiba. Allah itu sebaik-baik perancang.

Thank You.

– Adik Yang Penyayang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit