Anxiety dan Raya

Anxiety dan Raya

Assalamualaikum, salam ramadhan kepada semua pembaca iiumc. Terima kasih admin siarkan konfesi ini.

Nama saya sofi, sudah tiga tahun berkahwin. Alhamdulillah dikurniakan suami dan anak yang jadi penyejuk mata saya. Rumahtangga saya alhamdulillah baik2 saja. Semuanya okay, namun yang masalahnya adalah saya sendiri.

Lima tahun yang lepas saya disahkan oleh pakar psikatri ada major depresion dan tahap anxiety yang sangat ekstrem. Sakit ni serba sedikit mengganggu masalah rumahtangga saya, kerap kali bersangka buruk dgn suami, moody, dan kemurungan yang berpanjangan. Tapi suami tetap sabar dan terima saya seadanya.

Setiap kali raya, saya jadi risau, bimbang, sesak nafas, dan murung tanpa sebab. Namun, psikatri kata ia dsebabkan social anxiety, saya takut akan berhadapan dgn orang ramai, terutama musim raya, mesti berkumpul sanak saudara.

Tahun ni,hari raya pertama di rumah mertua. Saya bimbang, dan risau dgn keadaan diri saya untuk berhadapan dengan 13 orang adik beradik suami dan 30 orang anak buah. Saya pernah hadapi situasi ini raya tahun lepas, tiba2 saya jadi menggigil, berpeluh, serba tak kena di rumah mertua. Akhir sekali, saya terpaksa pujuk suami pulang ke rumah.

Sejak dari peristiwa itu, mertua selalu pandang sinis pada saya, kata tak reti bergaul, sombong, dengan ipar duai. Padahal, bukan niat saya. Tapi suami tetap memahami saya dan minta saya bersabar. Ipar ipar saya pun pernah nasihat suami supaya didik saya untuk bergaul dan mesra dengan ahli keluarga depan saya, masa tu saya sangat terasa dan sedih dengan keadaan saya

Disebabkan sakit ini buatkan saya jadi sensitif, saya lawan cakap suami, saya minta suami cari perempuan lain yang lagi baik dan mesra dari saya. Saya nak bawa diri sendiri dan anak jauh dari keluarga dan suami. Kebetulan ibu dan ayah saya dah tak ada. Lagi bertambah depress saya.

Setiap tahun, bila raya mesti isu ini jadi masalah. Saya serba salah, kalau beraya rumah mertua, saya jadi panik dengan ramai orang. Tapi kalau tak beraya dan tidur sana,nanti saya dicop sombong. Setiap raya jugak saya kerap kali ambil ubat anax atau pillkiller untuk tenangkan diri lepas berjumpa ramai orang.

Namun, jauh di sudut hati, saya redha dgn ujian ini. Doakan saya sembuh dari sakit ini dan saya nak minta nasihat dan pendapat untuk hilangkan rasa risau berhadapan dgn orang ramai ketika raya khususnya bagi yang ada sakit macam saya. Dan macam mana tips nak bagi mertua dan ahli keluarga faham keadaan saya.

– Sofi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit