Api Dalam Sekam

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Terima kasih jika confession aku disiarkan . First aku nak cakap, aku mintak maaf jika ada salah silap kata kata. Aku ni tak pandai sangat buat, kalau ada grammar yang tukang terbalik tu mohon di ampun ye. And aku nak mintak kepada pembaca, kalau nak tegur/comment, pleaseeee tegur cara yang baik. Dah nama pun manusia, jangan cakap macam tak pernah buat salah ok? Aku mohon, kalau ada salah silap bicara please comment dgn berhemah.

First of all, aku intro kan diri aku sebagai aku jelah ok. Umur aku 2* lebih. Apa yang aku nak cerita ni ada kena mengena dengan tajuk. Yes, api dalam sekam yang lebih mudah difahami iaitu perbuatan jahat yang dibuat dalam diam, tak ke gitu? Hahaha. Ok cita dia mula minat aku untuk membeli barang online dengan seorang hakak gadis ayu.

Aku akan start cita ni dengan introduction sikit pasal hakak gadis ayu ni ok. Aku gelarkan dia dalam cita ni A jelah . Dia umur dalam usia 2* jugak and dia adalah seller di instagram. Dia seorang seller yg menjual baju kurung, baju kurung moden dan sebagainya. So kiranya A ni bermacam jenis baju lah dia jual. Sampai satu masa tu aku pun berminat lah dengan baju yg dia jual. Time tu pulak waktu bulan puasa, raya dah nak dekat. Gilah lah tak excited nak beli baju raya masatu.

Scroll punya scroll, adalah satu pic ni baju tu mmg buat aku fall in loveeee sgt sgt sgt. Aku dok belek ig dia, tengok banyak feedback ,follower pun beribu ribu, adalah lebih 50 ribu followers. Aku pun dengan bangganya, percaya lah dengan seller ni.

Esoknya, aku wss dia then bincang punya bincang,dengan kata kata manis dia. Fuhh! Ayat kemain romantik macam mintak couple. Hahaha (JK)
esok hari aku pi bank in duit. Then terus kasi details apa semua.
Tak lama, si A ni pun reply. Dia kata esok dia akan post barang. Tunggu punya tunggu, rupanya minggu seterusnya dia baru post. Aku lek lek je dulu. Pastu dia kasi no tracking. Layan lah dulu hahahaha. (Masani aku tak syak apa apa lagi)

Hari esok nya, aku pergi trace no tracking aku, yess! Brg dah sampai di cawangan daerah aku. Tengah hari , brg poslaju dah sampai office aku. Balik umah, excited gila nak bukak. Apa taknya, baju paling feveret untuk hari first day raya kotttt hahaha. Buka parcel, nak tahu apa si A bagi? Baju yang size 2XL then pattern dia sumpah cakap tak sama dengan aku order. Weh, waktu aku order siap siap aku tulis size S ,bagi tau jenis baju aku nak. Dapat dapat baju size 2XL dengan pattern lain. Dia pikir hari first day raya tu aku kenyang sampai dia kasi baju size 2XL ke hahahahaha. Lepas je bukak parcel,aku belek lagi baju tu. Then after that, aku cuba message si A ni.

Aku message si A ni. Si A tak balas. Tiap hari aku spam message dia siap tunjuk bukti bukti sebelum dapat parcel lagi. Nak dekat seminggu kot aku message dia tapi dia tetap tak balas. Aku menangis 7 hari macam orang hilang anak tau tak hahahaha. Hari raya 2 minggu jaa lagi. Dok bayang jugak, first day baju dah macam hapa dah hahaha. Nangis terok aku dahlah baju besar, pattern lain dr yg order, seller tak balas. Hampaa gila weh! Teruk dari putus cinta. Padu betul si A ni buat aku sedih.

Hari ke 7 tu aku terjumpa ada igshop ni dia share ada seorang scammer. Then of u want to know, scammer tu adalah si A. Ig shop yg share tu aku pernah beli dah barang dgn dia. So ig shop yg share ni mmg trusted seller. And ig shop tu dia bagi semua details si A ni. Aku dapat semua details dia termasuk no ic dia, aku terus pi wss si A ni..

Aku buat buat bagi dia cemas. Then a few minutes ago, dia pun balas akhirnyaaaa! Hahahahaha.. Dia cakap, dia salah packing, then si A ni cakap kalau nak refund boleh je then si A ni akan transfer balik duit aku. Aku cakap, after dia transfer aku akan refund baju besar gedabak yg dia bagi tu. Si A ni banyak songeh pulak, dia cakap kalau no acc bank aku bagi ni lambat sikit and bla bla bla.

2 hari lepastu, dia dah transfer duit aku balik. Then esoknya aku pi pejabat post, refund balik bajuuu dia. Dia dok mintak maaf bagai cakap si staff A ni salah packing bagai. Hello, kalau takkan lah semua salah packing sedangkan ramai lagi buyers dah tertipu dengan si A ni. Serabut punya orang. Aku pun dah settle, aku malas nak panjang kan cita, aku pun terus refunr balik.

Dah lama tu, si A ni bukan nak cakap baju dah sampai. Tp takpelah, asalkan aku dapat balik duit aku. Tapi segalanya ada hikmah lah dengan terjadi tu. Suatu hr aku pi boutique kat area KL. Aku sukaaa sgt sgt baju tu. Baju raya dah takda lagi, raya dah nak dekat dah (tak silap tinggai 8 hari jaa lagi) aku pun terjah lah boutique ni. Baju tu sumpah lawaa dari yg aku order kt ig dulu dgn si A tu. Belek dok belek baju tu, aku pun beli lah.

Hari raya pun sudah tiba. Hari raya first tu mmg bermakna jugak lah bagi aku sebab ramai yg puji baju aku lawa. Hahahaha. So dr sini aku fikir adalah hikmah disebalik refund baju besar gedabak tu. And one more, aku nak kasi korang tips serba sedikit kalau nak beli barang online. Nak beli boleh je, tp ofcourse kena beware ok. Ambil sebagai pengajaran kalau rasa diri tu minat beli brg online.

Tips beli barang online;)

1) SURVEY IG SHOP
Kadang tak semua pun feedback tu, feedback dia. Kadang followers dia banyak tu pun bukan menjamin kan apa apa. Ramai je ig shop beribu ribu followers tapi scammer jugak. So kalau rasa nak selamat, cuba try call dia. Ajak sembang apa yang patut.

2) Bandingkan
Korang cuba banding harga yg ditawarkan dengan harga ig shop lain. Kalau ig shop tu jual harga tak masuk akal. Better keluarkan duit sikit janji bukan scammer. Yang selalunya, scammer tu mmg bagi harga terlajak murah.

3)COD
(cash on delivery) if ig shop yg korang nak beli tu disediakan cod, better buat lah COD kalau berdekatan atau are yg sama.

4)Kenali Produk
Kalau anda ingin membeli suatu produk, sebaiknya anda browsing dulu mengenai produk yang ingin anda beli, agar anda lebih mengenal tentang produk tersebut dan apa aja yang disertakan oleh produk tersebut jika anda membelinya (kelengkapannya). Selain itu, supaya anda bisa mencocokan produk yang dijual sesuai atau tidak (harga, foto produk, kelengkapan) dengan iklan yang disediakan penjual.

Sampai disini saja lah apa yang aku nak habaq mai. Maaf kalau ada salah dan silap. Kalau ingin menegur, tegur lah cara yg paling terbaik. Sesungguhnya yg baik datang dr Allah dan yg buruk datang dari saya sendiri.

– Tipah tertipu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit