Asperger Telah Mewarnai Hidup Saya

Asperger Telah Mewarnai Hidup Saya

Membaca luahan dari seorang confessor tentang hidupnya bersama seorang suami ‘Asperger’ membuatkan saya terpanggil untuk bercerita. Minta maaf terlebih dahulu kalau cik confessor tersinggung dengan cerita saya ni. Husband saya seorang Asperger. Macam mana saya tahu? Sebab kami bukan buat test online, kami telah pergi berjumpa dua orang psychiatrist, satu di Damansara dan satu di Taman Desa untuk betul-betul determine yang husband saya ni memang seorang Asperger.

Asperger bukan penyakit berjangkit. Asperger ni adalah di bawah payung ASD (Autism Spectrum Disorder). Sebelum klasifikasi seseorang tu jenis Asperger, fahami dulu apa itu ASD. Ada tiga cabang di bawah ASD iaitu classic autism (jenis yang paling severe sekali), mild autism (sama seperti autism tapi simptomnya lebih moderate) dan Asperger (high functioning). Mereka yang mempunyai Asperger biasanya kelihatan normal jika dibandingkan dengan classic autism & mild autism.

Mereka yang telah di diagnose dgn Asperger ni mempunyai IQ yang kebiasanyanya above average. Sama dengan suami saya. I can ask him anything, dan hampir kesemuanya dia boleh jawab tanpa check google. I call him walking encyclopedia.

Without no doubt, perkahwinan kami went through high and low. Dulu kalau bergaduh we can go up to 48 hours. Gaduh, tidur, bangun, tidur semula and still masalah tak dapat di selesaikan. Padahal gaduh pasal benda kecil sahaja. Awal-awal dulu rasa nak give up dgn relationship ni. After 6 years of marriage tak larat dah nak gaduh lama-lama ni. Kalau gaduh besar je sampai 4-6 jam. Tapi ada satu magnet yang teruskan menarik saya kepada suami.

Suami saya sangatlah romantik (bukan nak menunjuk ok! *face palm*) Sebab kebiasanya Aspie (gelaran untuk mereka yang didiagnose Autism) ni ada problem dgn intimacy. Sebenarnya tu adalah sensory problem. Dia tak suka kalau pegang dia dekat leher, telinga, atau segala jenis sentuhan yang buat dia geli. Dia kata rasa macam berjuta-juta ulat atas badan dia. Kadang-kadang rasa sakit pun ada. Tapi yang peliknya, tangan, kaki selalu luka-luka kecil. Bila kita tanya kenapa luka, dia jawab “ntahlah, tak sure bila jadi mcm tu.” Tapi, dia tunjukkan sikap penyayang/romantik dia dari sudut yang lain. Setiap tahun on my birthday saya akan dapat red roses bouquet mengikut bilangan umur dan extra satu rose putih di tengah untuk tahun berikutnya.

Memang tak dapat dinafikan Aspie mmg ada problem untuk bersosial. Suami saya sendiri tidak mempunyai ramai kawan. Nampak je macam antisocial tapi sebenarnya diorg ni tak tahu pun nak borak apa dengan orang lain. Suami saya sangat suka ambil tahu tentang world economy and how it reflects on Malaysia’s living standard. Kalau jumpa orang asyik la nak cerita pasal economy. Tak reti nak small talks. Naik bosan orang lepak dengan dia. Instead of tanya apa khabar, kerja mana sekarang, dia akan bercakap pasal world GDP, Malaysia’s GDP dan bagaimana pertumbuhan ekonomi untuk tahun depan berdasarkan GDP. Senang cerita dia mcm Sheldon Cooper dalam series The Big Bang Theory tu. Nampak macam annoying kan sebab nampak mcm he’s a know it all, tapi sebenarnya dia tak tahu nak bual apa. Sebab tu bila ada event, wedding, reunion, atau apa-apa acara keraian saya lebih selesa pergi sendiri dan bawa salah seorang dari dua anak kami.

Aspie tiada empathy. Mungkin. Kebanyakan Aspie ni panas baran. Sbb they’re often misunderstood. Tapi dalam kes suami saya dia tiada empathy kalau dia dah terlalu marah tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, saya lebih rapat dan bercerita pelbagai masalah dengan family saya. Kalau family tak dapat nak tolong atau tak ada masa nak dengar masalah saya, baru saya bercerita dengan suami. Time ni la yang dia tak ada empathy. Dia tak kesian pun kat kita. Tak kisahlah masalah besar mana. Sebabnya kepada dia, saya betrayed him. I turned my back from him. Nangis la terpekik terlolong pun dia akan kata “I know you’re crying right now but I’m not feeling sorry for you.” Relax je dia ckp mcm tu. Sebab tu la kalau gaduh boleh meleret sampai 48 jam. Penat okay kahwin dengan Aspie ni sebenarnya, especially untuk mereka yang belum lagi didiagnose and pasangan tak faham kenapa suami atau isteri mereka berperangai pelik semacam. Tapi my husband tak pandai berkasar dengan perempuan, especially saya sebagai isteri. Both anak kami lahir secara c-sec, dia sangat caring, supportive and compassionate. Walaupun pada awal pregnancy untuk kedua-dua anak kami, saya mempunyai alahan yang teruk, bangun pukul 2-3 pagi muntah dalam toilet, dia teman muntah seminggu dua je. Lepas tu dia annoyed isteri dia ni asyik muntah je, habis muntah terbaring. Sympathy dia hilang. Dia kata saya manjakan sangat pregnancy tu. Orang lain pregnant juga tapi boleh je buat kerja. Time ni rasa yang jerut leher dia dgn tali pun ada gak. Tapi sebab itu juga saya rajin buka google dan cari home remedies yang boleh kurangkan alahan di awal kehamilan. Panas je telinga dia cakap mcm tu but look on the positive side. There’s always a silver lining.

Aspie ni mmg hidup dalam dunia sendiri dan saya sangat bertuah hidup bersama dalam dunia ini. Sebab mereka hidup dalam dunia yang straight forward. Tanpa kiasan, tanpa pura-pura. Semuanya jujur. Kami mempunyai photo studio sendiri. Sudah beberapa kali suami kicked out customer dari studio sebab perangai mereka. Ada satu customer baju. Datang bersama 3 orang model (adik beradik mereka sendiri), bagi salam masuk dalam studio tak pandang langsung owner studio (which is my husband). Dah la tak pandang, terus ke photography area, turn on air cond sendiri. Tutup pintu di photography area dan start selfie sambal melompat-lompat di ruangan backdrop dgn lighting-lighting studio kami. Pada saya, saya nampak 4 orang anak muda yang tak faham adab masuk ke kawasan orang lain. Tapi buat suami saya, dia nampak 4 orang teenager yang have no respect tentang orang lain, barang orang lain dan harta orang lain. Tanpa berselindung mereka semua di humban keluar dari studio. Jadi tak dapatlah diorg nak buat photoshoot. Kalau saya mungkin saya akan teruskan photoshoot tersebut dengan perasaan menyampah, bengang dan sumpah seranah budak-budak tu. Tapi seorang Aspie tak boleh menipu diri mereka sendiri. Lebih baik dia remove sahaja masalah tersebut.

Suami mmg seorang yang cerewet. Lebih kepada perfectionist dari OCD. Filing system kena ikut cara dia, basuh pinggan kena ikut cara dia, tapi sebab dia perfectionist la ramai return customer datang semula ke studio kami. Dia teliti terhadap even the littlest thing. Dah lebih 4 orang pekerja kami hire tak dapat bertahan sbb husband sgt particular. Ada yang husband pecat dan ada yang resign sebab tak tahan sgt stress working under Aspie boss. However, life is easier sbb semua benda ada di tempatnya. Kalau ikut saya, kunci kereta pun confirm tak jumpa dalam handbag tu. Dia juga seorang yang sukakan routine. Yang part ni best. Bila nak makan tak payah fikir susah-susah. Suami hanya nak makan nasi goreng, mihun goreng, scrambled eggs, spaghetti Bolognese, spaghetti mushroom & shrimp dan real Italian carbonara. Kalau semua menu ni dah buat, order je pizza (beef pepperoni), mcd (double cheese burger set dgn 9 pcs chicken mcnuggets) atau kfc (zinger burger). Sebabkan dia suka routine lah, my birthday present setiap tahun roses je. Unless I asked for something else baru dia belikan. Last birthday dia belikan perfume sbb saya minta perfume baru. Tapi sebab saya tak specify perfume apa yang saya nak dia beli lagi perfume yang sama dan masih ada dekat rumah tu. Supplier bunga pun dia guna orang yang sama for the past 5 years. Sampai org tu sendiri contact my husband bila birthday saya dah dekat. Aspie memang lebih suka perkara mcm ni sbb they know what to expect dan mereka tahu apa akan terjadi seterusnya. Recently dia baru adapt dengan criss cut fries dkt mcd lepas tu promotion habis. Dia punya bengang, sampai hari ni belum reda lagi. If there’s anything new, biasanya kami akan discuss dulu. Saya ni seorang yang live by the moment. Kalau pegi beli groceries, tiba-tiba teringat nak bayar bil misalnya saya akan combine dua perkara ni. Tapi husband kat rumah dia dah start marah-marah sbb tak ikut routine dia kalau saya combine without his acknowledgement. So kami mmg kena discuss dulu setiap benda walaupun Nampak remeh.

Suami memang sukar nak kawal emosi. Asperger membuatkan dia menjadi seorang yang transparent. Kalau dia happy, mmg nampak sgt. Kalau dia sedih pun sama. Ada kalanya kalau terlalu sedih, dia akan menangis. Dah tak heran dah kalau nampak husband menangis. Walaupun emosinya sukar dijangka, Apsie ni biasanya high functioning. Macam di awal cerita saya tadi. Dengan IQ yang above average, kalau ada benda yang mereka minat, mereka akan menjadi hyper-focus. Sebelum ni, suami saya sgt focus terhadap music. Dia boleh duduk berjam-jam depan computer, menghadap pelbagai music software dan plug-ins. Mungkin sebab dia dalam hyper focus ni lah, husband boleh quit smoking. Few weeks lepas saya pregnant, dia cakap dia akan berhenti merokok. Malam itu he took his last puff dan dia tidak sentuh rokok lagi sampai hari ini. Dah hampir 4 tahun. Lepas music dia beralih kepada photography. Dia habiskan hampir 4 bulan tidur lewat selepas jam 6 pagi setiap hari untuk belajar segala ilmu photography melalui bacaan dan youtube. Tanya lah apa sahaja tentang cahaya dan bagaimana cahaya akan react according to subject and image, dia boleh jawab. Orang lain habiskan 4 tahun degree dekat university, dia ambil masa 4 bulan je. Sebab obsession ini juga, kami mempunyai photo studio yang sudah beroperasi selama 2 tahun, jauhnya hanya 5 minit dari rumah dengan equipment yang high tech dan sangat selesa buat customer kami.

Jangan pandang negative kepada mereka yang mempunyai Asperger. Pada saya Asperger telah mewarnai hidup saya in such wonderful ways. Tak pernah rasa Asperger tu sebagai satu yang menyusahkan sbb disebalik semua difficulties/cabaran daily task seorang Aspie (dimata kita), saya nampak a very structured life ahead. Saya hidup dalam environment yang lebih positive, lebih teratur dan lebih jujur dari sebelumnya. Memang tak dinafikan hidup dengan seorang Aspie, mmg mencabar. If you’re up, you’re high up in the sky, tapi ada masanya kita di bawah, dan rasa tak mampu untuk berdiri lagi. Hidup dgn Aspie, kena banyak tolak ansur. Kita perlu menjadi telus, jujur, dan kalau ada masalah lebih baik bincangkan bersama. Regardless pasangan mempunyai Asperger atau tidak, setiap rumah tangga pasti akan lalui pasang surutnya. To those yang rasa pasangan anda mempunyai Asperger traits saya sarankan pegi berjumpa terus dengan psychiatrist. Might be a bit costly tapi berbaloi untuk kita tahu pasangan kita mempunyai Asperger atau masalah lain. Kalau betul pasangan didiagnose dengan Asperger, rajinkan membaca. Buku-buku dan video di Youtube dari Prof. Tony Attwood helps me a lot understanding my Aspie husband. Asperger is a lifelong condition. Tak boleh di ubah. Kita boleh bantu mereka yang mempunyai Asperger sikit demi sedikit. Tak boleh harapkan perubahan yang mendadak. Suami dan isteri harus berusaha dalam hubungan sebagai pasukan untuk pastikan keharmonian. Doakan saya dan suami masih utuh sehingga akhir hayat kami. 8 years and still counting.

Hidayah Kruithof
Wife of an Aspie
Mother of a mild autism boy

– Hidayah Kruithof

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments