Attachment Issues

Hi semua. Saya ann. 25 tahun. Saya tak pernah buat the real DASS questions. Cuma pernah buat sekali dengan counsellor lepastu minggu depannya terus tak datang sesi sebab malu cerita dengan dia. She said saya ada tanda tanda PTSD. Waktu dulu ingatkan PTSD orang balik perang je ada. Rupanya orang biasa pun ada. But ini tak diagnos betul betul. So saya tak berapa percaya.

Okay stop sampai situ pengenalan. Saya nak share kisah hidup (orang kata orang yang macam saya ni nak perhatian je nak orang dengar masalah dia) jadi saya nak cubalah. Saya tak ada kekuatan untuk bercerita dengan kawan rapat sebab saya rasa dorang mesti menyampah sebab sikit sikit cerita masalah macam saya sorang je ada masalah. Saya tak nak dorang rasa macam tu. Nanti orang tak suka.

Saya baru sedar saya ada attachment issues. To be honest, dah lama tahu cuma saya denied it. Tahun lepas baru sedar sesedar sedarnya so I’m playing it cool. Dulu pantang ada orang yang saya rasa boleh ngam, saya akan cuba dekat dan rapat. Saya ingatkan dorang boleh terima saya tapi ada sekali saya tahu orang tak suka saya bila saya nak ikut lepastu dia cakap, “Tak payah ikutlah,” dengan muka tak selesa. Saya terkedu. So saya suruh dia ulang. Dia terus cakap “em, tak ada apa”.

Saya senyum terus pergi bilik air. Saya duduk dalam 15 mins. Saya malu sangat. Saya tahan dari menangis. Sebab orang tak suka saya. Maybe sebab saya tak cantik kut. Dorang menyampah. Saya bukan nak minta puji dari readers, tidak. Demi tuhan. Saya tahu saya tak cantik. Saya ada cermin. Saya tahu.

Dan bukan sorang dua. Ada je mana mana saya pergi perangai gitu. Orang tak suka. Saya cuma nak berkawan. But.. takpa saya cuba faham. Pernah orang marah marah saya padahal kami tak kenal mana pun. Cuma satu tempat kerja. Department sebelah sebelah. Saya tak dengar bos panggil. Tiba tiba mamat ni jerit kasar kasar cakap saya pekak. Somewhere inside me tahu dia tak suka saya sebab saya tak cantik. Dah lah tak cantik over confident macam semua orang suka dia. Tu kut dia menyampah.

Tapi sebab saya tak cantik saya kena konfiden. Kalau tak apa lagi saya ada. Tbh saya pernah cuba berborak dengan mamat ni. Sebab satu tempat kerja takkan saya tak tegur kan. Bila saya cuba berbual dia terus buat tak dengar. Dia tak pernah nak balas apa saya cakap. Bila saya tanya dia buat tak tahu je. Sampai saya malu. Saya cuba jadi nice sahaja. Padahal kami tak pernah kenal pun sebelum tu. Jadi saya tahu saya tak ada salah apa dengan dia.

So last year saya pindah tempat kerja baru. Saya cuba belajar dari kesilapan. Saya tak rapat dengan siapa siapa dan be polite to everyone. Tanpa terlalu mesra. Saya tak nak hidup dalam embarassment forever. Saya buat kerja sendiri. Bila ada yang nak rapat lepas few months baru saya bagi dia masuk sikit. Saya tahu saya different. Saya tak boleh melulu nanti orang benci.

Alhamdulillah saya jumpa kawan baru yang dia tak perasan dia ada attachment issues but saya perasan sebab perangai dia macam saya. Jadi kami sekepala dan rapat berdua je.

The reason saya luahkan disini sebab setiap malam boleh dikatakan saya menangis sebelum tidur. Dengan sebab sebab yang berbeza. Jadi jika saya share satu masalah. Kurang satu sebab untuk saya menangis sebelum tidur, kan?

Maaf jika ada kata kata yang menyinggung perasaan. Saya tiada niat jadi harap tiada yang simpan di dalam hati. Sekian.

Ann, Subang Alam.

– Ann

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *