Baby Bump Itu Aurat

Assalamualaikum.

Terima kasih admin sudi siarkan cerita aku (kalau disiarkanlah) hahaha
Dah lama sebenarnya aku nak tulis benda ni tapi aku pendamkan je cuma sejak akhir akhir ni aku rasa makin ramai yang silap percaturan (cewah)

Aku berumur 25 tahun, baru kahwin awal tahun lepas (2016) dan alhamdulillah Allah dah rezekikan untuk mengandung. Sekarang baru masuk 3rd trimester (alhamdulillah).

Aku faham perasaan bakal ibu dan bakal bapa sekalian apabila doktor mengesahkan anda bakal menjadi ibubapa, rasa macam dunia ni kita punya lah sebab happy gila kan (aku pun lalui) hahaha. Ramai kawan kawan aku pun dah jadi ibu dan aku tersangatlah happy untuk diorang sebab sekarang mcm trend la muda muda jadi parents kan.
Tapi anda kena ingat, mengandung ni la permulaan untuk mencorakkan anak kita tu nanti.

Untuk pengetahuan semua, baby bump adalah aurat ye, sayang. Ye, AURAT.
Tak boleh di sangkal lagi sebab ia adalah bentuk perut ibu mengandung dan bukankah bentuk badan wanita itu sendiri aurat? :)
Tapi apa yang aku lihat sekarang, ramai ibu2 muda yang suka up gamba perut diorg kat media sosial siap ada yang zoom in lagi, secara jujurnya aku tak jeles pun sebab aku pun ada baby bump aku sendiri, hahaha
Tapi yang lagi sedih bila video anak bergerak2 pun nak upload (walaupun perut ibu bertutup maksudnya ibu tu pakai bajulah) dan yang lagi lagi sedih bila si suami pun turut upload. Bukankah itu tanggungjawab suami untuk menegur isterinya jika melakukan kesilapan?
Tapi aku bersangka baik sebab aku pun tak tau yang baby bump tu adalah aurat pada mulanya.

Benda ni jadi kat diri aku sendiri, haritu masa first time aku rasa anak aku bergerak, terus aku excited. Tiap kali dia gerak terus aku record dan ada sekali tu, aku post kat instagram aku (haaaa nampak tak mcm mana excitednya aku siap buat live update pasal perut,hahahaha). Selang beberapa minit, aku pun bukaklah FB and guess what, artikel pertama salah sorang kawan aku like is “BABY BUMP ADALAH AURAT” *gulp*
Tanpa membuang masa, aku pn klik link tu dan baca, Allahu, terasa betul dengan setiap ayat yang kakak tu tulis, mmg deep la orang sekarang cakap :(
Terus aku fikir, “Ni mesti Allah nak tegur aku”
Aku dengan segeranya bukak instagram aku dan padam video tu walaupun masa tu dh 12 views :( kira dah 12 org tgk aurat aku T_T

Yang dah buat tu, nasihat aku ialah delete balik post2 tu dan bertaubatlah kerana Allah penerima taubat umatnya. Yang ada hati nak upload tu, lupakanlah niat tu, biarlah ‘aurat’ itu menjadi simpanan kita dan suami kita sahaja sebab kita bakal melahirkan khalifah ke bumi ini, jadi permulaaannya sangatlah penting. Kita ibubapa ni lah yang bakal mencorakkan anak kita nanti :)

Akhir kata (cewah) marilah kita sama2 usaha untuk menjadi bakal ibu dan bapa yang terbaik untuk bakal anak yang dilahirkan. Setiap permulaan itu amat penting untuk menentukan pengakhiran dan aku yakin kita semua mesti nak pengakhiran yang baik untuk diri kita dan bakal anak2 kita kan :)

– Eqa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit