Bagaimana Mahu Dapatkan Kasih Anak?

Salam semua, saya ibu surirumah yang aktif berbisnes online. Ada 3 orang anak (8,6,2 tahun).
Saya dalam dilema sekarang, rasa sedih sangat sebab waktu cuti sekolah ni anak yg lelaki 8y &6y lebih suka bermain dengan budak-budak lain di luar daripada luangkan masa kat rumah.

Salah saya juga sebab sibuk dengan bisnes online terpaksa mengadap laptop dan handset.
Saya tahu kat page ni ramai ibu-ibu yang hebat dalam mendidik anak-anak. Macamana ye untuk grab balik perhatian anak-anak. Saya rasa mereka masih terlalu awal untuk bermain kat luar. puas saya pujuk untuk tak keluar tapi mereka pandai curi-curi keluar.

Saya rasa risau kalau sampai ke besar mereka lebih suka luangkan masa dengan kawan daripada family. Harap ada masukan daripada pembaca tentang ilmu untuk bagi anak-anak selesa di rumah berbanding bermain di luar.

terima kasih .

– ibu sayang anak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit