Bahana Pendiam

Aku yana, umur 25, bekerja.

Aku ada terbaca artikel bertajuk “Berdosa Ke Terlalu Pendiam”. Cerita yang aku nak sampaikan ada sedikit kaitan dengan tajuk confessor tersebut, Pendiam bukan berdosa, pendiam juga tidak salah pada pandangan aku, namun tidak bagi orang sekeliling kita.

Aku bukan terlalu pendiam, tapi jika di tempat kerja, aku agak pendiam dengan mak cik-mak cik dan kakak- kakak di pejabat, namun aku ada alasan sendiri, hal ini kerana, aku pernah dengan dan pernah nampak mereka terlalu rapat dalam berkawan namun dalam hal tertentu, mereka sanggup tikam belakang dan berkata buruk sesama sendiri, contoh, bila melibat kan kerja, mereka akan kipas dan aircond bos sendiri hingga sanggup menjatuhkan kawan baik sendiri.

Di pejabat, aku boleh dikatakan paling muda, dan aku beranggapan mereka boleh dijadikan idola kerana umur mereka sebaya dengan kakak dan mak aku, namun hal sebalik nya berlaku. disebabkan sifat aku yang pendiam dengan mereka, tidak bergaul, tapi bukanlah bermaksud langsung tidak bercakap. Aku akan berkomunikasi dengan mereka jika melibatkan hal kerja. Tetapi tidak jika hal melibatkan peribadi.

Pada pandangan aku, mereka tidak akan menggangu aku oleh sebab aku memang tidak ambil kisah hal berkaitan mereka, Namun, satu persatu masalah melibatkan aku dipersoalkan sehinggakan perihal peribadi turut dipersoal, contoh aktiviti aku pada hari cuti atau selepas bekerja. Selain itu, kerja aku turut dipersoal, contoh kerja turut dipersoal adalah, mak cik-mak cik bawang ini telah memfitnah aku dengan mengatakan aku tidak menunaikan tanggungjawab aku seperti yang termaktub walhal aku ada bukti yang menyatakan aku telah menjalan kan amanah yang diberikan, aku pernah membuat laporan kepada pihak atasan berkenaan masalah ini, namu mak cik-mak cik bawang ini mengambil langkah terlebih bijak dengan memburuk kan nama aku ke pihak atasan, mereka juga turut memfitnah aku dengan kesalahan yang aku tidak pernah buat.

Kekadang aku tertanya, salahkah jika aku memilih untuk berdiam diri? namun aku berdiam bukan bermaksud aku merelakan diri untuk terus difitnah, aku berdiam lantaran ingin melihat sejauh mana mak cik-mak cik bawang sanggup meniti cabang dosa yang mereka lakukan, Namun untuk setiap kata nista yang dilemparkan aku tidak akan memaafkan perbuatan tersebut jika sebuah kata maaf yang aku nantikan dari mulut mereka tidak kunjung tiba.

Setiap perkara ada had, setiap perbuatan ada batas. Namun jika ia melebihi batas sempadan seorang manusia, aku juga tidak teragak-agak untuk bertindak. Aku mengharapkan semoga mereka di luar sana tidak menilai manusia lain juga tidak menjadikan orang lain sebagai tempat untuk dijadikan bahan fitnah. Insaf lah kematian sedang menghampiri.

#Semoga admin melindungi maklumat peribadi aku.

– yanna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit