Bahana Sertai Kelab Kereta

Bahana Sertai Kelab Kereta

Assalammualaikum WBT. Ni 1ST aku hantar confession. Mengenai “Bahana Sertai Club Kereta” Harap admin approve post aku hehe… saja nak tahu apa pendapat positif korang.

Pertama sekali aku aku adalah pelajar di sesebuah IPTA. Aku memang bersyukur atas segala apa yang ada. Pada usia 18 tahun aku dah mempunyai kereta sendiri iaitu perodua myvi. Aku ni bukan golongan yang senang cuma dari keluarga yang bersedehana sahaja.

Sebelum aku dapat tawaran belajar aku bekerja sambilan di kedai serbaneka boleh lah cecah 1200k sebulan untuk bayar bulanan kereta.

Entah macam mana aku boleh terjebak dengan kelab kereta pada masa tu memang best pada orang bujang macam tu lagi2 komitmen tak banyak. So dari situ aku enjoy lepak2 dapat kenal ramai orang dan dapat belajar cara bergaul. Myvi memang banyak club macam2 ada myvi xtreme, myvi empire, myvi genaration, youngter myvi club, myviC, Domc, myvi.my memang tak terkira lah.

Okay selepas sahaja aku dapat tawaran belajar memang aku rasa happy lah… siapa lah tak happy bila dapat tawaran belajar so dari situ aku mula behenti kerja dan mula beri komitmen pada pelajaran. Korang tahulah bila dah masuk dunia belajar banyak benda nak pakai duit, lagi2 orang macam aku yang ada komitmen kereta. Aku tak nak susahkan orang tua aku sebab mereka pun banyak komitmen lagi.

Bila dah masuk belajar aku buat pinjaman PTPTN nasib baiklah dapat cover bulanan kereta. Dari kawan2 lain yang guna duit PT untuk beli IPHONE.

Nafsu aku masu tu memang membuak2 untuk modifikasi kereta walaupun aku tahu status aku hanya pelajar yang hanya cukup2 sahaja berlanja untuk keperluan belajar. Aku memang minat stance atau lebih dikenal tayar kepak fitmentasi lagi pakai sportrim 17 11 jj memang rare bagi yang mempunyai minat macam aku tapi aku hanya dapat melihat kawan2 club kereta aku yang telah bekerja make up kereta dorang.

Ada sekali pernah aku skip duit bulanan kereta untuk make up kereta memang terbeban jugalah semata-mata nak cantikan kereta hehe..

Tapi Sekarang aku dah habis belajar dan terus dapat tawaran kerja so memang aku berhajat untuk make up kereta tapi aku terikat dengan pinjaman PTPTN lebih2 lagi aku nak tolong orang tua aku untuk ringankan beban mereka. So macam mana ya adakah aku nak teruskan perjuangan aku pasal make up kereta atau lone ranjer sahaja. Yela dengan keadaan ekonomi teruk lagi.. tapi minat aku mengatasi segalanya harap ada yang dapat beri pendapat. Terima kasih.

– Rahsia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments