Baki PTPTN RM100

Alhamdulillah diberi peluang berkongsi ilmu dengan pelajar di sebuah kolej swasta. Topik utama adalah berkenaan kaedah simpan kira asas. Pendedahan kepada pelajar dalam bidang keusahawanan.

Sambil berkongsi berkenaan topik yg dibincangkan, sempat ambil peluang bincang berkenaan isu PTPTN dengan pelajar. Saya seringkali ingatkan bagi yg ambil pinjaman PTPTN, jangan lupa untuk bayar balik hutang yg diambil. Sambil itu juga diingatkan untuk gunakan wang pinjaman untuk perkara perlu sahaja. Jangan salah guna wang pinjaman tersebut.

Oleh itu saya ada bertanya pada pelajar berapa jumlah pinjaman yg diterima dan berapa baki yg tinggal selepas ditolok yuran. Mereka menjawab hanya tinggal RM100 shj!Kalau tidak duduk di asrama tinggallah RM300. Banyak kali saya bertanya baki yg tinggal untuk sebulan atau satu semester kerana seperti tidak percaya. Mereka jawab untuk satu semester. Jadi saya terfikir dari mana mereka dapat wang untuk belanja pembelajaran? Mereka jawab ada yg dapat bantuan dari PaMa dan ada yang terpaksa bekerja sambilan.

Sebenarnya saya amat terkejut dan hampir tidak percaya hanya itu sahaja baki yg mereka ada bagi pinjaman PTPTN. Saya ada dapatlan kepastian dari salah seorang staf yg bekerja di situ. Dia juga kata dulu pinjaman yang pelajar dapat ada lebihan RM1,000. Tapi akhir-akhir ini jumlah pinjaman semakin berkurang. Saya sedih sebenarnya. Dengan kos sara hidup meningkat (baru2 ni harga roti meningkat). Bagaimana hidup sebagai pelajar hari ini terutama pelajar di kolej swasta ini.

Disini saya sertakan beberapa pandangan untuk kita fikir bersama :

1. Bagi yang telah meminjam dari PTPTN, bayarlah semampu mungkin kerana duit itulah yang akan digunakan semula untuk diberi pinjaman kepada adik2 anda. Kalau ada salah guna dari pihak yang mentadbir dana tersebut, itu letak nombor dua. Kita yang meminjam wajib bayar hutang kita. Jangan kata orang lain corupt jika kita sendiri pun 2×5.

2. Bagi ibu bapa, sediakanlah tabung pendidikan untuk anak2. Tiada jaminan kemudahan biasiswa dan pinjaman pendidikan akan ada untuk anak-anak kita. Kalau ada pun mungkin tidak mencukupi.

3. Bagi pelajar yang sedang belajar, anda kena fikirkan alternatif lain untuk masalah kekurangan duit belanja untuk belajar ini. Belanja berhemah dan fikirkan bagaimana untuk menjana pendapatan sendiri.

Mungkin apa yang dikongsikan ini tidaklah seberapa tetapi diharapkan sedikit sebanyak memberi kesedaran pada semua. Ingatlah, hidup ini mungkin tidak sama seperti orang lain. Maka cubalah untuk fahami orang lain dan jauhi sikap pentingkan diri.

MFO
Hamba yang belajar erti kehidupan

– MFO

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit