Balasan: Hidup Hanya Untuk Diuji

Hi semua, aku Yuyun asal dari kedah. Sorry aku tak pandai sangat menulis. Tapi confessions dia hidup untuk di uji sangat menarik perhatian aku. Aku harap admin sudi approve cerita aku nie.

Cerita aku nie pelik sikit. Sebab aku dari kecil tak sama macam perempuan lain. Aku sakit dan akhirnya aku di rujuk pada doktor pakar. So.. long shirt story aku kumpul kekuatan aku untuk rujuk pada pakar dan doktor pakar sendiri sebab emak ayah aku memang tak ambil peduli mana soal aku dan sibuk. Pada umur aku 21 tahun aku di sah kan mandul oleh doktor. Dan doktor kata aku untuk mengandung adalah mustahil. Dan masalah aku bukan tentang period tak teratur atau sebagainya atau ovarian cyst . Aku dilahir tanpa rahim yang berfungsi. Jadi doktor kata peluang untuk aku menggandung ada almost 0% .

Aku tak dapat nak gambarkan bertapa hancurnya hati aku masa tu. Dan depan doktor tu juga aku menangis tanpa berhenti. Kau bayang dalam usia kau yang muda kau diberi berita bahawa dalam ramai- ramai wanita kau yg terpilih untuk dikatakan bahwa kau mungkin tak ada zuriat . Kau memang akan rasa dunia kau gelap gelita.

Jadi bila aku baca entry, ‘hidup hanya untuk di uji’ hati aku kosong. Tanpa perasaan . Dan aku rasa mereka lebih beruntung sebab mereka di kurniakan zuriat. Walaupun di uji. Namun harapan untuk jadi ibu masih ada. Walau di uji dengan kematian dan kekurangan pada zuriat. Mereka masih di beri peluang untuk ada zuriat dan untuk rasa bagaimana jadi ibu dan ayah  Maka bersyukurlah tuhan masih beri kalian rahmat di sebalik ujian.

Dan aku, masih lagi cuba mencari hikmah di sebalik apa yang telah takdirkan untuk aku. Bertahun dah berlalu aku masih lagi meniti hari-hari aku cuba untuk terima takdir aku. Walau pahit, walau sakit aku terpaksa terima takdir aku. Jadi aku harap pada kau orang yang di uji dengan zuriat, sebagaimana pun kalian diuji aku harap kau orang kuat. Bagi aku kalian masih beruntung di kurniakan zuriat walaupun lambat . Insyaa Allah ada hikmah disebalik apa yang Allah uji kalian. Terima kasih.

– Cik lara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *